Akademi Sulaman Sri Classic menawar dan menyediakan pelbagai jenis kursus persijilan, bengkel latihan secara bersepadu dan intensif, bengkel secara inkubator keusahawanan dan bengkel-bengkel secara mingguan untuk kemahiran di dalam seni sulaman dan jahitan. Malahan Akademi Sulaman kami ini telah beroperasi semenjak 2004 lagi.

Kursus dan Latihan Yang Disediakan Dalam Akademi Sulaman Kami

Kursus Manik dan Labuci

Aneka modul dan kelas jahitan manik disediakan dari manik asas, lanjutan hingga ke manik crumble. Kelas manik 3D turut disediakan.

Kursus Sulaman Mesin

Terdapat aneka modul sulaman kerawang disediakan menggunakan mesin sulam industri, mesin domestik mahupun mesin mudah alih.

Kursus Sulam Benang

Modul sulam benang turut disediakan oleh kami. Sama ada untuk dihasilkan pada fabrik busana, krfa, dekorasi dalaman mahupun tudung.

Kursus Sulaman Reben

Juga disediakan pelbagai teknik sulaman reben untuk menghiasi busana dan dekorasi dalaman anda. Pelbagai motif flora untuk dipelajari dimuatkan di dalam bengkel.

Kursus Kraf Kreatif

Aneka bengkel kraf kreatif merangkumi kraf felt, kraf bonsai kristal, kraf aksesori wanita dan hiasan dekor, kraf bunga hantaran, dan banyak lagi.

Kursus Aneka Jahitan

Menyediakan aneka modul jahitan disediakan meliputi jahitan pakaian wanita, blaus dan kot, jahit langsir, telekung dan pakaian kanak-kanak.

Keratan Akhbar Akademi Sulaman Sri Classic

Mengapa Perlu Mengikuti Bengkel Akademi Sulaman Kami?

Dari Tukang Jahit Ke Usahawan Jahitan

Akademi Sulaman Sri Classic, memberikan anda peluang untuk menceburkan diri dan menjadikan bidang seni sulaman ini sebagai bidang keusahawanan dan kerjaya anda di masa hadapan.

Setiap bengkel yang dikendalikan akan menjurus kepada konsep keusahawanan praktikal yang memberikan fokus kepada bentuk-bentuk latihan yang mempunyai nilai pasaran yang baik dan cerah di masa hadapan.

Dalam erti kata lain, anda pasti boleh menjadikan bidang sulaman ini sebagai kerjaya keusahawanan anda sejurus selepas anda mengikuti mana-mana bengkel yang dianjurkan kami.

Hingga Jun 2009, pihak Akademi Sulaman kami sudah melahirkan sehingga 796 orang penyulam manik dan 157 orang penyulam kerawang sejak bermulanya pusat latihan kami pada pertengahan 2007 dahulu.

Angka ini tidak termasuk, para peserta bersama agensi dan penganjur-penganjur lain. Rata-rata ramai di antara mereka yang sudah menjadikan seni sulaman ini sebagai bidang keusahawanan mereka walaupun sebelum ini mereka tidak pernah mengenal jarum, manik apatah lagi untuk menjahit.

Bengkel-Manik-3D-Sri-Classic-2013
Bengkel-Manik-Crumble-2013

Inkubator Kemahiran Sulaman

Akademi Sulaman Sri Classic juga menyediakan program inkubator kemahiran sulaman kepada mana-mana agensi dan badan berkanun yang ingin melatih dan memberikan kemahiran berasaskan sulaman kepada golongan sasar di bawah tajaan mereka. Program Inkubator Usahawan Sulaman ini dijalankan secara kelompok tidak melebihi 20 orang dalam sesuatu masa dan kumpulan mengikut tahap dan jangka masa modul yang diingini.

Dalam Program Inkubator Kemahiran Sulaman ini, setiap peserta akan dipantau, diselia dan ditunjuk ajar secara praktikal berserta dengan modul latih tubi untuk setiap kemahiran sulaman yang diikuti. Malahan, setiap peserta akan diajar teknik-teknik keusahawanan bermula dari merangka, mengurus dan menyelia tadbir perniagaan dan akaun mereka.

Akademi Sulaman Sri Classic menjemput agensi dan badan berkanun yang berminat dengan khidmat konsultasi kami untuk Program Inkubator Kemahiran Sulaman ini untuk terus menghubungi pihak kami.

Bersedia untuk mendapatkan khidmat rundingan kami?

HUBUNGI KAMI SEKARANG!