Kelas & Bengkel Sulaman Kerawang Akademi Sri Classic

BENGKEL SULAMAN KERAWANG

Belajar Bengkel Sulaman Kerawang Secara Interaktif Bersama Akademi Latihan Sri Classic Hari Ini.

0
Tahun Pengalaman
0
Tahun Operasi
0
Bengkel Dikendalikan
0
Modul Sulam Mesin Disediakan

KEUTAMAAN #1 KAMI ADALAH

Belajar Mengikut Tahap Sulaman Mesin

Keutamaan #1 kami adalah anda, peserta bengkel sulaman kerawang kami. Kami percaya dengan perkhidmatan kami dan memberikan servis rundingan dalam standard tertinggi. Kami sangat mengambil berat tentang kejayaan peserta kami seperti yang anda inginkan pada diri anda. Untuk memastikan anda benar-benar menguasi kemahiran sulaman ayak kerawang ini, kami telah sediakan 3 tahap untuk anda pelajari.

Download Apps Bengkel Jahitan Langsir
Imej Kelas Jahitan Langsir Interaktif Akademi Sri Classic

Konsep Pembelajaran Akademi Latihan Kami.

BELAJAR MAHIR & KUASAI

Bengkel sulaman kerawang kendalian Akademi Sri Classic mendukung 3 konsep pembelajaran iaitu belajar, mahir & kuasai. Ini bermakna, anda bukan sahaja sekadar belajar tetapi kami akan memastikan anda mahir dan menguasai setiap teknik menyulam ayak mesin yang dipelajari. Untuk memastikan penguasaan anda dalam kemahiran sulaman kerawang ini adalah 100%, maka kami berikan khidmat rundingan selepas kursus percuma seumur hidup anda. Segala kemusykilan anda akan dijawab terus oleh pengasas akademi kami sendiri.

BENGKEL SULAMAN KERAWANG

Tahap & Level Sulam Ayak

BENGKEL SULAMAN KERAWANG TERKINI

Kami telah merangka dan menyusun modul bengkel sulaman kerawang kami berdasarkan tahap dan level anda. Ini bagi memastikan anda benar-benar menguasai kemahiran mengayak sulaman mesin ini. Untuk pengetahuan anda, kemahiran sulaman mesin ini bukanlah seperti kemahiran sulaman dan jahitan yang lain. Di mana, ia tidak boleh dikuasai selepas sekali anda melakukannya. Oleh kerana itulah, modul bengkel sulaman kerawang kami ini disusun mengikut tahap dan level anda.

Bengkel Sulaman Mesin – Tahap 1

Dalam modul ini, anda akan mempelajari dan menguasai teknik-teknik asas sulaman mesin terlebih dahulu. Sulaman mesin pada kelas ini akan lebih tertumpu kepada sulaman biku.

Bengkel Sulaman Mesin – Tahap 2

Dalam bengkel sulaman mesin tahap 2 ini, anda akan mempelajari sulaman-sulaman motif bungaan dan juga motif kerawang. Terdapat pelbagai kaedah menyulam ayak mesin akan diajar di dalam bengkel ini. Bermula dari menyulam ayak bunga, menyulam motif kerawang, hingga ke tebuk kerawang.

Bengkel Sulaman Mesin – Lanjutan

Dalam bengkel sulaman mesin lanjutan ini, anda akan mempelajari beberapa kaedah menyulam mesin yang lebih advanced, seperti kaedah atas benang, kaedah bunga baldu, sulam serat timbul, bunga lapis dan sebagainya. Tahap ini sesuai untuk anda memperkemaskan lagi kemahiran sulaman mesin anda ke tahap yang lebih tinggi.

Modul Sulam Ayak Kerawang Akademi Latihan Kami.

TEKNIK & MODUL

  • Sulam Mesin Biku

  • Sulam Mesin Bunga

  • Sulam Mesin Sulur

  • Sulam Mesin Kerawang

  • Sulam Mesin Atas Benang

  • Sulam Mesin Serat Timbul

  • Sulam Mesin Bunga Lapis

  • Sulam Mesin Bunga Baldu

Ciri-Ciri Bengkel Sulam Ayak Kerawang Kami

KEISTIMEWAAN & KEUNIKAN

Interaktif

Setiap sesi bengkel dikendalikan secara interaktif

Bengkel Interaktif

Untuk pembelajaran lebih seronok, pemahaman lebih mudah, dan penguasaan lebih pantas.

Santai

Sesi Latihan Kami Dikendalikan Secara Santai.

Belajar Santai

Tiada stress atau stress sifar bagi setiap peserta.

Tanpa Asas Jahitan

Belajar Bengkel Kami Tanpa Perlu Asas Jahitan.

Tanpa Asas Jahitan

Anda tidak perlu asas jahitan untuk mengikuti bengkel latihan kami.

Nota Berwarna

Kesemua Nota Bengkel Kami Didatangkan Dengan FULL COLOR.

Nota Warna Penuh

Memudahkan rujukan anda, memberikan gambaran lebih jelas & menjadi koleksi simpanan anda.

Sijil

Sijil Akan Dikeluarkan Kepada Setiap Peserta Di Akhir Kursus.

Sijil Diiktiraf

Sebagai Panel Pakar Runding yang berdaftar, anda tidak perlu ragu dengan sijil keluaran kami.

Konsultasi Percuma

Khdimat rundingan percuma selepas bengkel.

Rundingan Seumur Hidup

Anda boleh terus mendapatkan nasihat, panduan dan pertanyaan bersama tenaga pengajar anda secara percuma seumur hidup anda.

KELAS SULAMAN MESIN TERKINI

Bengkel Sulaman Kerawang Bersama Kolej Komuniti Sabak Bernam

Bengkel-Sulaman-Kerawang-Akademi-Sri-ClassicKursus Sulaman Kerawang Mesin telah diadakan selama 3 hari bertempat di Pusat Latihan Akademi Sri Classic, Melaka. Bengkel sulaman kerawang mesin ini telah dikendalikan oleh Akademi Latihan Sri Classic. Seramai 6 orang pensyarah daripada Kolej Komuniti Sabak Bernam telah hadir untuk mengikuti bengkel tersebut.  Pengasas Akademi Latihan Sri Classic, iaitu Puan Syahida bte Ramli yang juga merupakan Panel Persijilan NOSS Kemahiran Malaysia dan Panel MARA Malaysia, telah mengendalikan kursus tersebut.

JOM BOOKING BENGKEL SULAM KERAWANG KAMI

Hubungi & Daftar Sekarang

Hubungi kami pada hari ini untuk menempah tempat anda dalam bengkel sulam kerawang kendalian kami. Kami berbesar hati menawarkan 2 jenis perkhidmatan. Sama ada bengkel secara jemputan atau secara personal coaching.

Jom Booking Khidmat Latihan Akademi Sri Classic

KHIDMAT RUNDINGAN

Jemputan Bengkel

KHIDMAT RUNDINGAN

Personal Coaching