Bengkel Jahitan Langsir

Bengkel Sulam Tekat Benang Emas

Bengkel Sulaman Benang

Bengkel Sulam Riben

Bengkel Sulam Bayang

Bengkel Jahitan Manik dan Labuci

Bengkel Sulaman Tangan

Bengkel Jahitan Manik

You are here:  Home  /   Akademi Sulaman

Akademi Sulaman


showcase Akademi Sulaman

Kenali Akademi Sulaman Sri Classic Collection

Falsafah Akademi Sulaman.

Falsafah Akademi sulaman Sri Classic cukup mudah iaitu ‘Belajar, Kuasai, & Mahir sulam!’. Ia merujuk kepada beberapa perkara seperti berikut:-

  • Peserta akan mempelajari setiap modul / teknik / gerak kerja yang diberikan di dalam semua latihan, kursus & bengkel hingga memahami, mengetahui dan mampu mengaplikasikannya selepas tamat sesi.
  • Tiada had masa untuk pulang bagi setiap sesi. Ia bergantung kepada pemahaman mahupun kepuasan para pelajar itu sendiri. Anda berhak menghabis & mempelajari segala modul yang diajar di dalam sesi tersebut walaupun terpaksa belajar sampai pandai hingga ke larut malam.
  • Pihak Akademi Sulaman Sri Classic akan mencuba sedaya upaya untuk mengajar anda sehingga anda faham, tahu dan mampu mengaplikasikannya selepas tamat sesi.
  • Pihak Akademi Sulaman Sri Classic ingin melahirkan setiap peserta bengkel & kursus kami sebagai seorang usahawan yang praktikal & berani untuk memulakan perniagaan sejurus selepas tamat sesi.
  • Pihak Akademi Sulaman Sri Classic akan memantau setiap peserta kami secara face to face, seorang demi seorang, untuk memastikan bahawa tiada ruang alasan untuk anda mengetahui segala ilmu yang diberikan walaupun anda tidak mempunyai asas jahitan sebelum ini.

Mengapa Akademi Sulaman Kami..

bengkel manik PUSMA Melaka2 Akademi SulamanAkademi Sulaman Sri Classic, memberikan anda peluang untuk menceburkan diri dan menjadikan bidang seni sulaman ini sebagai bidang keusahawanan dan kerjaya anda di masa hadapan.

Setiap bengkel yang dikendalikan akan menjurus kepada konsep keusahawanan praktikal yang memberikan fokus kepada bentuk-bentuk latihan yang mempunyai nilai pasaran yang baik dan cerah di masa hadapan.

bengkel manik PUSMA Melaka6 Akademi SulamanDalam erti kata lain, anda pasti boleh menjadikan bidang sulaman ini sebagai kerjaya keusahawanan anda sejurus selepas anda mengikuti mana-mana bengkel yang dianjurkan kami.

Hingga Jun 2009, pihak Akademi Sulaman kami sudah melahirkan sehingga 796 orang penyulam manik dan 157 orang penyulam kerawang sejak bermulanya pusat latihan kami pada pertengahan 2007 dahulu.

bengkel manik pulai 03 Akademi SulamanAngka ini tidak termasuk, para peserta bersama agensi dan penganjur-penganjur lain. Rata-rata ramai di antara mereka yang sudah menjadikan seni sulaman ini sebagai bidang keusahawanan mereka walaupun sebelum ini mereka tidak pernah mengenal jarum, manik apatah lagi untuk menjahit.


showcase Akademi Sulaman

Bengkel & Kursus Sulaman

Akademi Sulaman Sri Classic yang menawar & menyediakan pelbagai jenis kursus persijilan, bengkel latihan secara bersepadu dan intensif, bengkel secara inkubator keusahawanan dan bengkel-bengkel secara mingguan untuk kemahiran di dalam seni sulaman yang merangkumi:-

  • Bengkel Sulaman Kerawang
  • Bengkel Sulaman Manik & Labuci
  • Bengkel Sulaman Tangan / Benang
  • Bengkel Sulaman Riben
  • Bengkel Sulam Tekat Benang Emas
  • Bengkel Sulam Tekat Gubah
  • Bengkel Kraf Kreatif / Aksesori Kristal

Bengkel & Kursus Jahitan

Malah, atas permintaan ramai, khususnya daripada beberapa agensi yang pernah berurusan dengan kami, kini Akademi Sulaman Sri Classic turut menawar & menyediakan bengkel latihan intensif kemahiran di dalam seni jahitan eksklusif seperti berikut:-

  • Bengkel Jahitan Kot Wanita Eksklusif
  • Bengkel Jahitan Telekung Eksklusif
  • Bengkel Jahitan Langsir & Dekorasi Dalaman
  • Bengkel Jahitan Jubah, Blaus Berfesyen
  • Bengkel Jahitan Pakaian Kanak-kanak

Inkubator Kemahiran Sulaman

bengkel manik PUSPANITA KotaTinggi3 Akademi SulamanAkademi Sulaman Sri Classic juga menyediakan program inkubator kemahiran sulaman kepada mana-mana agensi dan badan berkanun yang ingin melatih dan memberikan kemahiran berasaskan sulaman kepada golongan sasar di bawah tajaan mereka. Program Inkubator Usahawan Sulaman ini dijalankan secara kelompok tidak melebihi 20 orang dalam sesuatu masa dan kumpulan mengikut tahap dan jangka masa modul yang diingini.

Dalam Program Inkubator Kemahiran Sulaman ini, setiap peserta akan dipantau, diselia dan ditunjuk ajar secara praktikal berserta dengan modul latih tubi untuk setiap kemahiran sulaman yang diikuti. Malahan, setiap peserta akan diajar teknik-teknik keusahawanan bermula dari merangka, mengurus dan menyelia tadbir perniagaan dan akaun mereka.

img4136109 Akademi SulamanTidak cukup dengan itu, setiap peserta akan didedahkan dengan dunia perniagaan yang sebenar. Teknik-teknik pemasaran praktikal juga akan didedahkan kepada para peserta bermula dari merangka konsep bisnes hingga kepada membina branding bisnes sulaman sendiri. Pembiayaan pinjaman perniagaan turut disediakan kepada mana-mana peserta di akhir program inkubator ini.

Akademi Sulaman Sri Classic menjemput agensi dan badan berkanun yang berminat dengan khidmat konsultasi kami untuk Program Inkubator Kemahiran Sulaman ini untuk terus menghubungi pihak kami.

Online Courses Sulaman

LogoMariBelajarSulam Akademi SulamanAkademi Sulaman Sri Classic juga menyediakan perkhidmatan pembelajaran atas talian atau secara online dengan 100% menggunakan kaedah video streaming untuk setiap sesi modul, contoh aplikasi, tips dan rahsia memperkemas setiap teknik. Juga disediakan platform untuk berdiskusi, mempamer produk dan perkhidmatan peserta, bonus, konsultasi secara live video dan sebagainya.

Antara Online Courses Akademi Sulaman Kami


iklan manik Akademi Sulaman



iklan kerawang Akademi Sulaman



iklan sulam tangan Akademi Sulaman


showcase Akademi Sulaman

Kelas-Manik-Crumble

Kelas-Sulam-Riben

Kelas-Sulaman-Mesin

Kelas-Sulam-Manik

Kelas-Sulam-Riben

Twit

Hubungi Kami

Sri Classic Collection
Suite 23A, Jalan BBP1, Taman Batu Berendam Putra
Batu Berendam, Melaka 75350

Phone: 606 3374 851