Bengkel Kraf Kreatif & Aksesori Kristal
Mahirkan diri anda dengan pelbagai jenis teknik untuk menghasilkan aksesori berasaskan kristal bersama Akademi Sulaman Sri Classic Collection kami. Anda tidak perlu mempunyai asas sulaman, tetapi dengan hanya memiliki minat, anda mampu menguasai kemahiran kraf kreatif ini.
Modul Yang Disediakan untuk Bengkel Kraf Kreatif

Untuk bengkel manik aksesori sehari ini, anda akan mempelajari teknik-teknik di dalam seni kemahiran sulaman manik untuk menghasilkan beberapa produk kristal mewah. Modul yang disediakan merangkumi:-
Teknik mengenal kristal dan batuan berkualitiPelajari secara terpeinci kaedah untuk mengenalpasti material kristal dan batuan yang asli dan yang tiruan. Dan ketahuilah bahawa kebanyakan daripada anda adakalanya tertipu dengan berbelanja ratusan ringgit untuk tempahankristal tetapi sedangkan material yang digunakan adalah yang tidak asli. Biarpun ia berkerlip secantik mata, tetapi sebenarnya kerlipan tersebut tidak akan kekal dan pudar sekiranya ia bukan dari material yang asli. Apatah lagi setelah terkena pancaran cahaya matahari dan setelah beberapa hari dipakai. |
Teknik rekacipta kraf kristalAnda akan pelajari kesemua teknik-teknik penghasilan produk gelang, subang dan rantai dengan kristal dan batu-batuan. Terdapat pelbagai teknik yang bakal anda pelajari dari yang mudah hingga kepada penghasilan aksesori menggunakan kaedah payote. Walau bagaimanapun, setiap daripada apa yang dipelajari boleh dilakukan dan dipraktikkan dengan mudah. Ini kerana kami mengajar anda dengan cara yang mudah atau langakh yang lebih mudah. |
Teknik membaca design aksesori kristalPelajari kaedah dan teknik untuk membolehkan anda membaca setiap design dan corak kristal yang anda lihat. Tidak kiralah sama ada anda melihat corak tersebut di dalam majalah, di butik-butik, atau di mana-mana, atau yang dipakai oleh rakan anda, anda pasti akan mampu menterjemahkan setiap teknik yang digunakan untuk menghasilkan corak produk tersebut. Kelebihannya, ia merupakan bonus untuk anda, di mana, mana-mana klien yang ingin menempah corak manik berdasarkan mana-mana gambar yang ditunjukkan kepada anda, anda mampu untuk lakukan. |
Soalan Lazim & Jawapan Tentang Bengkel Kraf Aksesori Kristal Wanita
| SOALAN | JAWAPAN |
|---|---|
| Bolehkah saya mengikuti bengkel rekacipta aksesori ini di Akademi Sulaman Sri Classic Collection biarpun tiada asas dalam bidang jahitan sebelum ini? | Boleh! Walaupun anda tidak pernah memegang jarum sekalipun sebelum ini. Sila rujuk video testimonial peserta kami untuk lebih yakin. |
| Bolehkah saya datang secara individu untuk mengikuti bengkel rekacipta aksesori ini di Akademi Sulaman Sri Classic? | Maaf! Bengkel rekacipta aksesori kristal wanita ini, dijalankan dalam kelompok berkumpulan. |
| Berapa ramai dalam satu kumpulan? | Dalam lingkungan 5 -10 orang sudah memadai. tetapi tidak melebihi 20 orang dalam satu masa. |
| Mengapa bengkel rekacipta aksesori wanita ini dibuat dalam kumpulan dan bukannya secara individu? | Jika pembelajaran secara individu, kos yang akan ditanggung adalah lebih tinggi. Justeru, adalah mustahil untuk pihak kami meletakkan kos yang tinggi untuk satu bengkel yang dihadiri oleh seorang indvidu sahaja. |
| Bagaimana dengan tumpuan peserta jika bengkel diadakan di dalam kumpulan? | Sebenarnya tiada masalah dari segi tumpuan sama ada secara individu dan kumpulan. Ini kerana metode Akademi Sulaman kami masih seperti biasa iaitu one to one method. Jadi tiada apa yang perlu dirisaukan dari segi keciciran atau kehilangan tumpuan dalam bengkel. Malahan, bengkel secara berkumpulan, memudahkan setiap peserta lebih mudah memahami. Contohnya, kadangkala sesuatu persoalan yang dibangkitkan oleh salah seorang peserta membolehkan peserta lain mengetahui jalan penyelesaiannya yang mana pada ketika itu, persoalan tersebut tidak terlintas di fikiran para peserta lain. Inilah kelebihan mengadakan bengkel secara berkumpulan |
| Berapakah jangka masa yang paling baik untuk menguasai kemahiran rekacipta aksesori kristal wanita ini? | Bergantung kepada tahap penerimaan dan mental peserta. Paling maksimum adalah 2 hari. Di mana kesemua kaedah dan teknik rekacipta aksesori kristal wanita akan diajar secara menyeluruh. |




