Bengkel Jahitan Manik & Labuci
Pelajari pelbagai jenis teknik jahitan manik bersama Akademi Sulam Sri Classic Collection hari ini, sama ada secara temujanji atau berkumpulan. Bersama kami, anda akan mempelajari pelbagai jenis teknik jahitan manik dan bukannya corak. Ini kerana dengan mempelajari teknik jahitan manik, anda boleh mengaplikasikannya untuk menghasilkan pelbagai jenis corak manik.
Kenali Bengkel Jahitan Manik & Labuci Akademi Sulaman Sri Classic
Jadi, kepada anda yang ingin mempelajari seni jahitan manik ini, pastikan anda memilih dan bertanya terlebih dahulu kepada guru yang mengajar anda dan pastikan anda benar-benar akan diajar teknik menjahit manik dan bukannya membuat corak semata-mata.“
”
Ini kerana belajar teknik jahitan manik tidak sama dengan belajar corak manik. Tanpa kuasai teknik, anda tidak mampu untuk menghasilkan corak manik anda sendiri.
Untuk makluman anda, setiap bengkel manik yang dikendalikan oleh kami, menggunakan modul dan kaedah yang dicipta, dirangka dan dibentuk sendiri oleh pengasas Sri Classic Collection iaitu Puan Syahida bte Ramli yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang sulaman selama lebih 21 tahun.
Kerana itulah, hasil jahitan manik peserta kami akan lebih eksklusif, tiada jahitan benang yang berserabut di belakang fabrik, hasil jahitan manik kami boleh dimasukkan di dalam mesin basuh tanpa perlu risau rekaan manik akan tertanggal, dan pelbagai jenis lagi rahsia dan keunikan jahitan manik Sri Classic Collection akan diberi dan ditunjuk ajar secara praktikal kepada anda. Ini kerana matlamat akhir bengkel jahitan manik kami ialah, kami mahu anda menjadikan bidang jahitan manik ini sebagai bidang keusahawanan dan bukannya sekadar hobi semata-mata.
Keunikan Bengkel Jahitan Manik Kami...
Uniknya bengkel sulaman manik dan labuci kami ini, ialah:-Anda tidak perlu mempunyai asas jahitan untuk mempelajari dan menguasai kemahiran jahitan manik ini.
- Cukup memadai sekiranya anda mempunyai minat dalam jahitan manik.
- Sedikit kreativiti diperlukan untuk anda mengembangkan teknik-teknik asas jahitan manik kepada rekaan manik yang lebih terkini dan kontemporari.
- Anda boleh terus menyulam manik di atas fabrik pakaian anda selepas mengikuti bengkel kami. Malahan anda juga boleh terus menerima tempahan jahitan manik secara kecil-kecilan dari rumah atau bekerja bersama mana-mana butik di persekitaran anda.
- Pelbagai jenis teknik jahitan manik akan diajar kepada anda.
- Anda juga akan diajar untuk membaca corak-corak manik dan mengetahui teknik apa yang digunakan. Dalam erti kata lain, jika anda melihat mana-mana rekaan manik sama ada di baju pakaian mahupun di dalam majalah, anda mampu mengetahui teknik apa yang digunakan untuk diaplikasikan pada baju pakaian anda semula. Perkara ini amat penting bagi memastikan anda mampu mengambil tempahan manik untuk mana-mana pelanggan yang menginginkan anda menjahit manik berdasarkan mana-mana gambar foto rekaan manik yang mereka sertakan.
- Anda akan diajar sendiri oleh Puan Syahida bte Ramli dan bukannya staf ataupun pelatih di bawahnya.
- Bengkel dikendalikan dalam bentuk praktikal. Bukannya dalam kaedah demo atau class based concept. Anda akan dipantau satu persatu oleh tenaga pengajar anda.
- Belajar sampai pandai.
- Sesi akan dikendalikan dalam suasana santai di antara pengajar dan pelajar.
- Jumlah peserta dalam sesuatu waktu adalah kecil dan terhad. Bukan dalam kelompok yang ramai seperti kelas-kelas bengkel biasa.
- Sesi dijalankan dalam kaedah 2 hala komunikasi. Di mana para peserta akan mempraktikkannya terus sambil diperbetulkan oleh pengajar. Secara Face to Face.
- Kami mengajar TEKNIK bukannya CORAK jahitan manik.
- Yuran termasuk semua peralatan jahitan. Tiada Yuran Tambahan Selepas anda mendaftar bersama kami!
- Sijil Penyertaan yang diiktiraf disediakan selepas tamat kursus dan bengkel.
- Anda juga boleh mengikuti Bengkel kami secara temujanji. Bagi mereka yang tidak berpeluang menghadiri bengkel-bengkel Formal anjuran kami dengan modul dan yuran yang sama.
- Makan minum peserta disediakan.
- Sekiranya terdapat kemusykilan selepas bengkel mengenai kemahiran manik yang dipelajari anda, Anda boleh menghubungi kami untuk rundingan secara PERCUMA selama-lamanya 24/7.
Ketahuilah keberkesanan pakej pengajaran kami dengan merujuk kepada video-video testimoni para peserta kami terdahulu. Dengar, lihat & nilaikan sendiri!
Kami di Akademi Sulaman Sri Classic menggunakan kaedah ini, untuk membolehkan anda terus yakin dan mampu menggunakan kemahiran sulaman manik dan labuci yang telah dipelajari untuk dijadikan sebagai sumber pendapatan anda.
Kaedah Pengajaran Untuk Bengkel Jahitan Manik Kami...
Jika anda merupakan pelajar kami, maka anda akan mengikuti pengalaman berkursus yang paling mudah dan tiada stres berdasarkan kepada perkara di bawah:-- Pengajaran tiada tekanan seperti pengajaran yang terlalu cepat untuk mengejar masa. (95% bersetuju).
- Dipantau seorang demi seorang. Kerana itulah minimum peserta kami dalam sesuatu masa adalah 1 orang dan maksimumnya adalah 10 orang sahaja. (100% bersetuju)
- Seorang peserta akan menggunakan sebuah mesin. Tiada perkongsian mesin sulam. (100% bersetuju)
- Diajar secara santai dan praktikal.(100% bersetuju)
- Diajar dalam kelas dan premis berhawa dingin yang kondusif. (98% bersetuju)
- Interaksi 2 hala yang berterusan daripada peserta dengan pengajar sulam kami. (100% bersetuju)
- Sesuai untuk semua tahap dan level anda dalam bidang jahitan, sama ada anda tiada asas langsung dalam bidang jahitan mahupun anda sudah mempunyai asas dalam bidang jahitan. (100% bersetuju)
- Diajar oleh pengasas Akademi Sulaman Sri Classic sendiri iaitu, Puan Syahida bte Ramli, guru sulaman kerawang yang mempunyai pengalaman lebih 19 tahun di dalam bidang sulaman. (100% bersetuju)
*** Perkara di atas merupakan hasil kajian yang kami lakukan terhadap 300 orang responden daripada bengkel sulaman kami. Kajian dilakukan di bawah pemantauan E Skills Training and Consultancy.
Apakah Perbezaan Belajar Teknik & Belajar Corak Jahitan Manik...
Belajar TEKNIK Sulaman Manik
- Mengajar menggunakan Pelbagai Teknik Jahitan seperti jahitan asas, tali air, bulatan mutiara, jelujur asas dan lain-lain yang boleh dikembangkan menjadi pelbagai corak mengikut kreativiti individu.
- Setiap teknik boleh diubah dan digabung jalin mengikut kreativiti peserta untuk menghasilkan rekaan atau corak manik yang lain.
- Belajar Teknik bermaksud Belajar Teknik Jahitan berbeza untuk membuat corak.
- Menggunakan modul khas untuk memperjelaskan kepada peserta secara terperinci tentang perbezaan manik, kristal, mutiara dan labuci, agar setiap yang belajar dapat mengaplikasikannya di dalam perniagaan mereka.
- Lebih singkat masa yang digunakan kerana mempelbagaikan teknik jahitan agar lebih cepat dan dapat dihasilkan dengan lebih cantik dan berkualiti.
Belajar CORAK Sulaman Manik
- Corak yang biasa digunakan adalah corak dengan menggunakan teknik beriring, teknik bertindih dan teknik asas sahaja.
- Belajar CORAK Sulaman Manik - Setiap corak yang dihasilkan adalah unik dan berbeza. Statik dan hanya berubah mengikut warna manik sahaja yang menambahkan kelainan pada cara mengajar.
- Belajar Corak bermakna Belajar Teknik Jahitan yang sama untuk membuat corak.
- Tidak memberi info yang tepat tentang perbezaan manik yang berkualiti, mutiara, labuci dan kristal yang digunakan.
- Penguasaan corak jahitan yang terhad menyebabkan penggunaan masa yang panjang dalam menyiapkan sesuatu jahitan baju khususnya pembentukan corak V pada lengan baju untuk setiap jahitan manik anda.
Justeru, jika anda ingin benar-benar menguasai sulaman manik dan mampu menghasilkan pelbagai rekaan yang menarik, maka pelajarilah TEKNIK SULAMAN MANIK dan bukannya mempelajari CORAK SULAMAN MANIK.
Bagi anda yang baru-baru berjinak dalam dunia sulaman manik ini, anda mungkin akan terkeliru. Jadi tanyalah pengajar anda betul-betul sebelum melangkah ke dalam bengkel manik pilihan anda.
Jangan lepaskan peluang anda untuk mempelajari dan menguasai jahitan manik bersama kami hari ini!
Product Name: Bengkel Manik 971
Product Rating: 5.0
Summary: Review: Bengkel Manik 971
Reviewed by: Wanita
Price: $152
Product Rating: 5.0
Summary: Review: Bengkel Manik 971
Reviewed by: Wanita
Price: $152



