Bengkel Sulaman Tangan atau Dikenali Juga Sulaman Benang
Pelajari pelbagai teknik Sulaman tangan secara intensif ‘sampai pandai’ selama 1 atau 2 hari bersama Akademi Sulaman Sri Classic Collection.
Kenali Sulaman Tangan
Sulaman tangan mempunyai bidang atau skop yang sangat luas. Ini kerana sulaman riben, sulaman silang pangkah, patch work, dan sulaman manik tergolong di dalam kategori sulaman tangan. Dengan erti kata lain, sulaman yang diperbuat daripada tangan akan tergolong di dalam sulaman tangan.
Dengan ini, skop yang akan diajar di Akademi Sri Classic adalah tertumpu kepada sulaman yang menggunakan benang. Terdapat sesetengah tempat, ia dikenali dengan sulaman reben. Sulaman ini amat popular di kalangan masyarakat Inggeris tetapi di Asia, ia lebih popular di Vietnam & Indonesia.
Namun, cara panggilan bagi sulaman ini adalah berbeza. Ada yang memanggilnya sulaman pintalan, sulaman bunga timbul, dan sebagainya.
Namun, cara panggilan bagi sulaman ini adalah berbeza. Ada yang memanggilnya sulaman pintalan, sulaman bunga timbul, dan sebagainya. Apa yang penting ialah ia diperbuat daripada tangan. Pelbagai teknik seperti teknik simpulan french knot, jahitan bilion, jahitan lilitan cincin dan sebagainya akan diajar di dalam bengkel sulaman tangan ini.
Malahan, dalam membuat lubang-lubang pada sulaman ini, teknik penarikan benang pada fabrik akan dilakukan. Ini jelas menunjukkan bahawa setiap sulaman tangan itu sendiri mempunyai kekuatan dan keunikan tersendiri tanpa perlu bergantung dengan jenis sulaman kerawang yang biasa dilihat di pasaran.
Keunikan Bengkel Sulaman Tangan Kami?
Bengkel kemahiran sulaman tangan kami mempunyai beberapa keunikannya tersendiri:-
- Anda tidak perlu mempunyai asas jahitan atau sulaman untuk mempelajari dan menguasai kemahiran sulaman tangan ini. Cukup memadai sekiranya anda mempunyai minat.
- Anda boleh terus menyulam tangan di atas fabrik pakaian anda selepas mengikuti bengkel kami. Malahan anda juga boleh terus menerima tempahan sulaman tangan secara kecil-kecilan dari rumah atau bekerja bersama mana-mana butik di persekitaran anda.
- Pelbagai jenis teknik sulaman tangan dari yang asas hingga ke pembentukan bunga akan diajar kepada anda.
- Anda akan diajar sendiri oleh Puan Syahida bte Ramli dan bukannya staf ataupun pelatih di bawahnya.
- Bengkel dikendalikan dalam bentuk praktikal. Bukannya dalam kaedah demo atau class based concept.
- Belajar sampai pandai.
- Sesi akan dikendalikan dalam suasana santai di antara pengajar dan pelajar. Tiada stres kerana mengejar masa bengkel atau mengejar modul yang perlu disiapkan.
- Jumlah peserta dalam sesuatu waktu adalah kecil dan terhad. Bukan dalam kelompok yang ramai seperti kelas-kelas bengkel biasa.
- Sesi dijalankan dalam kaedah 2 hala komunikasi. Di mana para peserta akan mempraktikkannya terus sambil diperbetulkan oleh pengajar. Secara Face to Face.
- Kami mengajar TEKNIK bukannya CORAK sulaman tangan. Ini bagi memastikan anda benar-benar mahir dengan kemahiran sulaman tangan ini.
- Yuran termasuk semua peralatan sulaman tangan. Tiada Yuran Tambahan Selepas anda mendaftar bersama kami!
- Sijil Penyertaan disediakan.
- Anda juga boleh mengikuti Bengkel kami secara temujanji. Bagi mereka yang tidak berpeluang menghadiri bengkel-bengkel Formal anjuran kami dengan modul dan yuran yang sama.
- Makan minum peserta disediakan.
- Sekiranya terdapat kemusykilan dan ingin meminta khdmat nasihat selepas bengkel mengenai kemahiran sulaman tangan yang dipelajari anda, Anda boleh menghubungi kami untuk rundingan secara PERCUMA selama-lamanya 24/7.
Ketahuilah keberkesanan pakej pengajaran kami dengan merujuk kepada video-video testimoni para peserta kami terdahulu. Dengar, lihat & nilaikan sendiri!
Kami di Akademi Sulaman Sri Classic menggunakan kaedah ini, untuk membolehkan anda terus yakin dan mampu menggunakan kemahiran sulaman manik yang telah dipelajari untuk dijadikan sebagai sumber pendapatan anda.









