Bengkel Sulaman Kerawang Sri Classic Collection

Mahirkan diri anda dengan teknik menyulam kerawang ayak bersama Akademi Sulaman Sri Classic. Jika anda merupakan penggemar dan peminat sulaman kerawang, inilah platform terbaik untuk anda mempelajari kemahiran ini. Anda tidak perlu membeli mesin sulam baru tetapi anda mengguna pakai mesin sulam atau mesin jahit yang sudah sedia anda miliki sebelum ini.
Keunikan Bengkel Sulaman Kerawang Kami
Uniknya bengkel sulaman kerawang kami ini, ialah:-
- Anda tidak perlu mempunyai asas jahitan atau sulaman untuk mempelajari dan menguasai kemahiran ini.
- Anda hanya perlu mempunyai minat.
- Anda boleh terus menyulam di atas fabrik pakaian anda selepas mengikuti bengkel kami. Malahan jika anda berani dan yakin, anda boleh terus menerima tempahan sulaman kerawang secara kecil-kecilan dari rumah atau bekerja bersama mana-mana butik di persekitaran anda.
- Pelbagai jenis teknik sulaman akan diajar dari merangka, melukis, menekap, mengubah suai, mengimbang, menyulam dan menebuk. Malahan pelbagai lagi teknik khas akan diajar oleh Akademi kami untuk memudah dan mencantikkan hasil sulaman kerawang anda.
- Anda akan diajar sendiri oleh Puan Syahida bte Ramli dan bukannya staf ataupun pelatih di bawahnya.
- Anda akan diberikan beberapa corak sulaman setelah selesai bengkel untuk digunakan sepenuhnya oleh anda.
- Sekiranya terdapat kemusykilan selepas bengkel mengenai kemahiran yang dipelajari anda, Anda boleh menghubungi kami untuk rundingan secara PERCUMA selama-lamanya 24/7.
Tidak cukup dengan itu, setiap bengkel sulaman yang dikendalikan oleh pihak kami akan diajar dalam bentuk praktikal dan latih tubi. Setiap daripada anda yang mengikuti bengkel kami akan membuat dan mengulangi segala apa yang dipelajarinya sehingga anda boleh menguasainya.
Ini bermakna, pihak kami akan mengajar dan memantau anda sehingga anda boleh melakukannya. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan, anda akan memperbetul dan mengulangi semula teknik tersebut sehingga anda faham dan menguasainya.
Kami di Akademi Sulaman Sri Classic menggunakan kaedah ini, untuk membolehkan anda terus yakin dan mampu menggunakan kemahiran sulaman yang telah dipelajari untuk dijadikan sebagai sumber pendapatan anda.
Mesin Jahit & Mesin Sulam Yang Digunakan
SECARA UMUMNYA, Anda Bebas Mengguna Pakai Mesin Jahit Anda Sendiri sewaktu Belajar Sulaman Kerawang.
Dalam bengkel sulaman Kerawang Asas atau sulam kerawang atas benang, pihak Akademi Sulaman kami menggunakan mesin manual atau mesin sulam portable atau mesin sulam industri high speed untuk mengajar setiap peserta yang hadir di bengkel kami. Pun begitu, penggunaan ketiga-tiga jenis mesin yang disebutkan tadi adalah mengikut keperluan dan teknik yang dipelajari. Malahan kami lebih menggalakkan para peserta membawa mesin jahit sendiri supaya lebih mudah mempraktikkannya apabila kembali ke rumah.
Antara jenis mesin yang boleh anda gunakan untuk mempelajari kemahiran sulaman kerawang bersama kami ialah:-
Mesin Jahit Domestik atau Mesin Jahit Manual
Mesin Jahit Manual. Mesin jahit ini hendaklah masih menggunakan ayunan kaki secara manual dan tidak diganti dengan motor.
Jika anda belajar sulaman kerawang di premis Akademi Sulaman kami, anda boleh memilih untuk mengguna pakai mesin domestik ini sewaktu mempelajari sulaman kerawang ayak bersama kami.
Mesin Jahit Portable atau Mesin Jahit Mudah Alih
Mesin Jahit Portable. Mesin jahit portable ini menggunakan motor untuk mengawal kelajuan mesin. Dengan beberapa modifikasi ke atas mesin, ia boleh digunakan untuk menyulam. Dan mesin ini adalah mesin yang selalunya diguna pakai oleh para peserta apabila kami mengadakan bengkel di luar.
Jika bakal para peserta mempunyai apa jua jenis dan jenama mesin mudah alih anda, sila bawanya sewaktu bengkel dan anda akan memastikan sendiri sama ada ia sesuai digunakan untuk menyulam ataupun tidak.
Mesin Sulam Industri High Speed
Mesin Sulam Industri. Mesin sulam industri ini, menggunakan tolakan dipeha untuk mengawal pergerakan jarum mesin dan pedal kaki untuk mengawal kelajuan mesin ketika menyulam.
Anda bebas memilih untuk mengguna pakai mesin ini sewaktu sesi sulaman kerawang di premis Akademi Sulaman kami. Malahan, di premis kami anda boleh mencuba mengguna pakai ketiga-tiga mesin yang ditunjukkan di atas mengikut keselesaan, dan matlamat akhir program anda.
Yang paling penting…JANGAN TERPEDAYA DENGAN FUNGSI MESIN YANG CANGGIH untuk membuat sulaman. Ini kerana dalam membuat sulaman, perkara paling penting ialah JIKA ANDA BOLEH MENGAWAL PERGERAKAN PEMIDANG SEWAKTU MENYULAM, maka mesin yang digunakan boleh dibuat sebagai mesin sulaman anda.
Mengapa Menggunakan Mesin Manual?
Tujuannya:-
- Sesiapa yang mampu mahir dengan mesin manual untuk menyulam, maka tiada masalah baginya apabila menggunakan mesin jahit sulaman industri seperti juki nanti. Ini kerana mesin industri lebih mudah pengendaliannya berbanding dengan mesin jahit manual. Tapi di dalam bengkel kami anda akan belajar kaedah pantas untuk mengendalikan mesin manual secara mudah.
- Mesin sulam portable seperti Sunstar, Jenome atau Sewlux merupakan mesin sulam yang sesuai dan mudah dikendalikan secara praktikal untuk dipelajari bagi anda yang ingin memahirkan diri dalam teknik sulaman.
- Peserta yang hadir dan baru berjinak-jinak dengan seni sulaman, tidak akan dibebankan dengan syarat untuk membeli mesin-mesin sulaman yang berharga sehingga ribuan ringgit. Matlamat kami, kami mahukan selepas anda mengikuti bengkel kami pada hari tersebut, anda mampu menyulam. Kenapa perlu membeli mesin yang mahal harganya untuk langkah pertama belajar menyulam? Kami tidak akan membebankan anda.
- Jika anda mahir menyulam menggunakan mesin manual mahupun mesin sulam portable, maka hasilnya nanti apabila menggunakan mesin industri, sulaman anda akan lebih cantik dan tegap.
- Anda mampu menyulam dengan menggunakan mesin jahit manual ataupun mesin sulam portable milik anda apabila pulang ke rumah selepas bengkel.
- Mesin jahit manual boleh didapati di kedai-kedai dengan harga yang sangat murah. Malah jika anda baru berjinak-jinak dengan seni sulaman, anda boleh memahirkan diri anda kemudiannya dengan membeli mesin sulaman manual second hand dalam lingkungan harga tidak melebihi RM500. Manakala mesin sulam portable pula boleh didapati dalam lingkungan harga bermula dari RM1,300 dan ke atas.
- Mesin manual yang lebih lama keluarannya, tidak mudah rosak malah lebih digemari oleh penyulam yang ingin menghasilkan sulaman yang lebih halus.
- Hanya Mesin manual sahaja yang boleh digunakan untuk sulaman atas angin atau sulaman atas benang.
Anda juga boleh sentiasa meninjau-ninjau jadual bengkel sulaman kerawang anjuran kami setiap bulanan. Mana tahu kami bakal berada di negeri anda untuk mengadakan “tour” bengkel sulaman kerawang.
Soalan Lazim& Jawapan Tentang Bengkel Sulaman Kerawang Kami
| Bolehkah saya mengikuti bengkel sulaman kerawang ini di Akademi Sulaman Sri Classic Collection biarpun tiada asas dalam bidang jahitan dalam masa 1 atau 2 hari? Boleh! Asalkan anda mempunyai minat. Sila rujuk video testimonial peserta kami untuk lebih yakin. |
| Bolehkah saya menerima tempahan sejurus selepas mengikuti bengkel sulaman kerawang ini? Boleh! Dan ramai bekas peserta kami sudahpun berjaya membuka butik-butik sendiri. Cuma anda hanya perlu keberanian sahaja. Sekiranya anda masih kurang yakin, lakukan praktis di rumah anda setiap hari untuk memahirkan lagi sulaman anda. Cuma jika anda ingin menerima tempahan, pastikan mesin industri high speed atau mesin sulam goyang tradisional yang digunakan. Ini kerana kedua-dua mesin ini sememangnya tahan untuk diguna secara “heavy duty”. |
| Mengapa perlu praktis? Ini kerana sulaman merupakan skil dan kemahiran yang menggunakan kudrat anda. Kami telah mengajar anda teknik, dan jika anda menggunakan teknik yang diajar dan dipraktiskan di rumah anda, InsyaAllah dalam tempoh 3 minggu sahaja anda akan lihat kemahiran sulaman anda semakin cantik dan kemas. |
| Saya tidak tahu melukis. Jadi bagaimana saya ingin mempelbagaikan corak sulaman saya. Adakah bengkel sulaman kerawang ini mengajar teknik melukis corak? Tidak! Teknik melukis corak hanya dijara dalam Kursus Sijil / Diploma Sulaman sahaja. Namun, jika anda berminat, anda boleh mendapatkan corak-corak sulaman kerawang berserta dengan lakaran asal dan kaedah menyulamnya di laman web KoleksiCorakSulaman yang sudah beroperasi sepenuhnya. Pun begitu, di dalam bengkel sulaman kerawang ini, anda akan diberikan 10 Corak kerawang percuma kepada anda untuk dimanfaatkan. |
| Adakah yuran bengkel 3 hari ini termasuk penginapan? Tidak. Pun begitu, terdapat beberapa hotel yang berhampiran dengan Akademi kami. Ada yang jauhnya 15 minit dan ada juga yang jauhnya hanya 5 minit dari premis Akademi Sulaman kami. Anda perlu menempah sendiri penginapan anda jika anda ingin mengikuti bengkel sulaman kerawang kami lebih dari sehari. |









