Bengkel Sulaman Kerawang Asas
Pelajari teknik-teknik penghasilan sulaman kerawang ayak tradisional yang menggunakan mesin jahit manual mahupun mesin sulam portable bersama akademi sulaman sri classic kami.
Jaminan Keberkesanan Bengkel Kerawang Asas Kami
Bagi menjamin keberkesanan modul dan Bengkel Sulaman Kerawang yang dikendalikan oleh akademi sulaman sri classic collection, setiap sesi bengkel yang dikendalikan akan diajar, diselia dan dipantau oleh Puan Syahida sendiri. Kerana itulah setiap sesi bengkel yang dikendalikan kami adalah dalam kelompok kecil bagi memastikan keberkesanan kaedah pengajaran seratus peratus.
Pelbagai teknik asas menyulam akan diajarkan kepada anda secara one to one method. Dengan kaedah ini, anda boleh menyulam kerawang biarpun anda tidak mempunyai asas jahitan sebelum ini.
Modul Sulaman Kerawang Asas Yang Telah Disediakan Kami
Untuk bengkel sulaman kerawang asas 1 Hari, anda akan mempelajari beberapa teknik dalam seni kemahiran sulaman kerawang. Manakala bengkel 2 hari, anda akan belajar dengan sedikit tambahan modul dan teknik. Modul yang disediakan merangkumi:-
Teknik melukis & menekap corak sulaman kerawang di fabrik.Pelajari secara terpeinci kaedah melakar dan melukis corak sulaman dengan mudah dan cantik. Anda tidak perlu risau lagi sekiranya anda merupakan individu yang tidak pandai melukis. Ini kerana anda akan dibimbing secara praktikal oleh kami. |
Teknik goyang atau ayak sulaman kerawang asasSebelum anda mampu menyulam kerawang dengan baik, teknik asas goyang akan diajar kepada anda. Anda akan mempraktikkannya sendiri dengan mesin sulam yang disediakan sehingga goyangan anda sempurna. Justeru, sekiranya anda tidak pernah memegang mesin jahit seblum ini, teknik goyangan yang akan kami ajarkan memudahkan anda menguasai mesin sulaman yang anda gunakan. |
Teknik menyulam bikuPelajari kaedah dan teknik menyulam biku yang sempurna dan cantik. Sulam biku merupakan sulam yang berbentuk awan larat yang selalunya dihasilkan di tepi-tepi baju. Pelbagai teknik sulam biku akan diajarkan kepada anda. |
Teknik menyulam bungaTeknik menyulam bunga juga dimuatkan di dalam sesi pembelajaran anda. Dalam sesi ini, anda akan membuat beberapa kuntuman sulaman bunga menggunakan mesin sulam yang disediakan. Malahan anda juga akan didedahkan dengan beberapa teknik praktikal untuk mereka dan menghasilkan rekaan bunga sulaman anda sendiri. |
Teknik menebuk kerawangSesi ini akan mengajar anda bagaimana kaedah yang betul dan profesional dalam menebuk dan menghasilkan kerawang anda supaya ia tidak terbakar dan kelihatan sangat halus. |









