Pelajari Cara Jahitan Manik & Labuci Asas
Pelajari pelbagai jenis teknik cara jahitan manik bersama Akademi Sulam Sri Classic Collection hari ini, sama ada secara temujanji atau berkumpulan. Bersama kami, anda akan mempelajari pelbagai jenis teknik jahitan manik dan bukannya corak. Ini kerana dengan mempelajari teknik jahitan manik, anda boleh mengaplikasikannya untuk menghasilkan pelbagai jenis corak sulaman manik.
Mengapa Kami Memilih Untuk Belajar Cara Jahitan Manik Bersama Kami?
Setiap modul yang diberikan oleh Akademi Sulaman Sri Classic Collection, dijamin keberkesanannya. Ini kerana setiap sesi bengkel yang dikendalikan akan diajar, diselia dan dipantau sendiri oleh Puan Syahida. Bagi memastikan keberkesanan kaedah pengajaran kami seratus peratus, setiap sesi bengkel yang dikendalikan kami adalah dalam kelompok kecil. Pun begitu, sekiranya terdapat lebih daripada 15 orang peserta, guru manik pengiring akan membantu bersama. Untuk bengkel manik asas sehari ini, anda akan mempelajari 20 teknik dalam seni kemahiran sulaman manik. Modul yang disediakan merangkumi:- |
Teknik mengenal material jahitan manik, labuci dan kristal berkualiti
Pelajari secara terperinci kaedah untuk mengenal pasti material manik yang asli dan yang tiruan. Yang original serta yang tidak original. Dan ketahuilah bahawa kebanyakan daripada anda adakalanya tertipu dengan berbelanja beribu-ribu ringgit untuk tempahan manik tetapi sedangkan material manik mahupun kristal yang digunakan adalah yang tidak asli. Biarpun ia berkerlip secantik mata, tetapi sebenarnya kerlipan tersebut tidak akan kekal dan pudar sekiranya ia bukan dari material yang asli. Sebagai penyulam manik, jika perkara ini tidak dititik beratkan, anda bukan sahaja akan kehilangan pelanggan anda, bahkan juga akan merosakkan sendiri ‘potensi masa hadapan’ bisnes anda. |
20 Teknik Jahitan Manik Bakal Dipelajari
Anda akan pelajari kesemua teknik-teknik ASAS MANIK dari awal sehingga kepada pembentukan bunga yang mewah yang lebih mencabar. Yang pastinya, kami bukan mengajar anda corak, tetapi sebaliknya mengajar anda teknik sulaman manik yang boleh dikembangkan dengan sedikit kreativiti daripada anda. Modul kami berbeza dengan modul pengajar lain kerana bagi kami pembentukan bunga masih lagi di dalam kelompok teknik asas dan bukannya tergolong di dalam teknik lanjutan. |
Teknik Membaca Corak Manik Secara Spontan
Pelajari Kaedah dan teknik untuk membolehkan anda membaca setiap design dan corak manik yang dilihat anda. Tidak kiralah sama ada anda melihat corak tersebut di dalam majalah, di butik-butik, atau di mana-mana, anda pasti akan mampu mengetahui setiap teknik yang digunakan untuk menghasilkan corak tersebut. Bahkan anda juga boleh mengenalpasti sama ada jahitan yang dilakukan adalah kemas atu silap. Dan ia merupakan bonus untuk anda, di mana, mana-mana klien yang ingin menempah corak manik berdasarkan mana-mana gambar yang ditunjukkan kepada anda, anda mampu untuk lakukan. |
Teknik memadan warna fabrik dengan manik secara mudah dan professional
Anda tidak perlu bersusah payah untuk mempelajari teknik padanan warna fabrik dengan manik kerana Akademi kami akan memberikan sekeping CD Software Padanan Tona Warna secara percuma kepada peserta kami. Software ini memudahkan anda menentukan warna-waran manik dengan fabrik yang disulam secara professional hanya di hujung jari anda. Tambahan terdapat 8 jenis gabungan warna akan diberikan. |








