Bengkel Sulaman Kerawang Atas Benang
Pelajari teknik-teknik membuat sulaman kerawang atas benang yang menggunakan mesin jahit manual bersama akademi Sulaman Sri Classic kami.
Jaminan Keberkesanan Bengkel Kerawang Kendalian Kami
Bagi menjamin keberkesanan modul dan Bengkel Sulaman Kerawang atas benang ini atau lebih dikenali sebagai bordir di Indonesia, setiap sesi bengkel sulaman atas benang atau sulaman bordir ini akan diajar, diselia dan dipantau oleh Puan Syahida sendiri. Kerana itulah setiap sesi bengkel yang dikendalikan kami adalah dalam kelompok kecil bagi memastikan keberkesanan kaedah pengajaran seratus peratus.
Teknik Sulaman Atas Benang atau Bordir Atas Benang merupakan teknik yang digemari dan diguna pakai oleh penyulm bordir dari Indonesia. Justeru, bersama akademi sulaman Sri Classic, kini anda mampu mempelajari Teknik Sulaman ini.
Modul Sulaman Kerawang Atas Benang
Untuk bengkel sulaman kerawang atas benang 3 Hari ini, anda akan mempelajari beberapa teknik dalam seni kemahiran sulaman kerawang yang amat popular di Indonesia. Modul yang disediakan merangkumi:-
Teknik melukis & menekap corak sulaman kerawang atas fabrik.Pelajari secara terpeinci kaedah melakar dan melukis corak sulaman dengan mudah dan cantik. Anda tidak perlu risau lagi sekiranya anda merupakan individu yang tidak pandai melukis. Ini kerana anda akan dibimbing secara praktikal oleh kami. |
Teknik goyang sulamanSebelum anda mampu menyulam kerawang dengan baik, teknik asas goyang akan diajar kepada anda. Anda akan mempraktikkannya sendiri dengan mesin sulam yang disediakan sehingga goyangan anda sempurna. Justeru, sekiranya anda tidak pernah memegang mesin jahit seblum ini, teknik goyangan yang akan kami ajarkan memudahkan anda menguasai mesin sulaman yang anda gunakan. |
Teknik menyulam bunga sulamanTeknik menyulam bunga sulaman juga dimuatkan di dalam sesi pembelajaran anda. Dalam sesi ini, anda akan membuat beberapa kuntuman sulaman bunga menggunakan mesin sulam yang disediakan. Malahan anda juga akan didedahkan dengan beberapa teknik praktikal untuk mereka dan menghasilkan rekaan bunga sulaman anda sendiri. |
Teknik sulaman kerawang atas benangSesi ini akan mengajar anda bagaimana kaedah yang betul untuk menghasilkan kerawang atas benang menggunakan mesin manual. |

Mengapa Mesin Manual Untuk Menyulam Bordir ini?
- Teknik ayak atas benang hanya boleh dihasilkan dengan cantik dan indah menggunakan mesin jahit manual.
- Teknik sulaman atas benang ini memerlukan kombinasi pergerakan yang harmoni dan teratur antara penyulam dan mesin.
- Hasil kerawang adalah bergantung kepada kecekapan anda mengawal ayakan ketika menyulam menggunakan mesin. Dan hanya mesin manual sahaja yang paling sesuai digunakan.
- Hasil sulaman anda adalah halus di bahagian lapisan bawah fabrik dan atas fabrik. Ia kelihatan solah-olah tiada perbezaan antara kedua-dua belah permukaan.








