Kenali Butik Sulaman Sri Classic Collection Kami?
Selamat datang ke laman Butik Sulaman Sri Classic Collection.
Butik Sulaman kami menyediakan pelbagai jenis khidmat tempahan berasaskan sulaman untuk kaum wanita yang inginkan tempahan yang eksklusif & kontemporari sejajar dengan perkembangan fesyen semasa.
Di butik kami, anda akan berpeluang untuk menempah jahitan atau sulaman yang merangkumi:-
- Tempahan sulaman kerawang untuk semua jenis fabrik serta fesyen.
- Tempahan sulaman manik & labuci untuk semua jenis fabrik serta fesyen.
- Tempahan sulaman benang / sulaman tangan untuk semua jenis fabrik serta fesyen.
Mengapa Menempah Bersama Butik Sulaman Kami?
Hasil Tempahan di Butik Sulaman Mengikut Sentuhan Kreativiti.
Di Butik Sulaman Sri Classic Collection ini, segala tempahan yang dihasilkan adalah mengikut sentuhan kreativiti rekacipta penyulam dan penjahit kami. Bahkan, setiap motif sulaman yang dihasilkan dijamin berbeza dan eksklusif hanya untuk pelanggan tersebut sahaja. Kami memberikan anda 2 cara untuk menempah bersama kami iaitu menempah jahit baju pelbagai fesyen berserta sulaman ataupun menempah sulam untuk baju-baju yang telah dijahit.
Dalam erti kata lain, Butik Sulaman Sri Classic Collection memberikan segala perkhidmatan berasaskan jahitan dan apparel untuk anda.
Jika anda inginkan sesuatu yang kelainan, vogue mahupun menyerlah untuk mana-mana aksesori tambahan di pakaian dan busana anda seperti sulaman kerawang, sulaman manik dan labuci, mahupun sulaman tangan serta sulaman riben, Butik Sulaman Sri Classic Collection adalah pilihan yang tepat.
Falsafah Butik Sulaman Sri Classic Collection Kami.
Butik Sulaman Sri Classic berpegang kepada falsafah “Keaslian & Eksklusif” untuk setiap tempahan jahitan bersama kami.
Keaslian Setiap Tempahan Butik Sulaman Kami.
“Keaslian” bermaksud segala hasil rekaan dan corak Butik Sulaman Sri Classic akan mengekalkan unsur-unsur tradisi dalam proses jahitan & sulaman seperti penggunaan mesin sulam ayak tradisional, corak-corak yang tidak diduplikasi, serta identiti sulaman kerawang tersendiri. Bahkan pihak Sri Classic juga memberi jaminan bahawa semua material dan bahan-bahan yang asli dan berkualiti sahaja akan digunakan untuk setiap aksesori tambahan dalam tempahan yang diberikan.
Setiap rekaan dan corak akan diilhamkan menerusi gabungan corak fabrik penempah dan juga sentuhan idea kreativiti penyulam Sri Classic
Tempahan Esklusif Bersama Butik Sulaman Kami.
“Esklusif” pula merujuk kepada segala tempahan rekaan dan corak yang dihasilkan dari Butik Sulaman Sri Classic adalah berbeza dan eksklusif untuk setiap pelanggan. Dalam erti kata lain, setiap pelanggan yang menempah bersama Butik Sri Classic, walaupun berpuluh puluh kali tempahan, corak dan rekaan setiap satu tempahan yang dihasilkan kami tetap berlainan. Ini kerana corak dan rekaan sulaman yang direka kami, tidak akan diduplikasi untuk tempahan pelanggan yang lain.
Setiap rekaan dan corak akan diilhamkan menerusi gabungan corak fabrik penempah dan juga sentuhan idea kreativiti penyulam Sri Classic. Ini kerana kami di Butik Sri Classic, mempunyai pakar rekacipta kami tersendiri yang hanya bertugas melakar, mereka dan menghasilkan corak-corak untuk setiap tempahan. Adakalanya, pakar rekacipta kami terpaksa menghasilkan hingga berhelai-helai rekaan corak untuk sepasang tempahan sahaja.
Tempahan Sulaman Kerawang
Serlahkan busana anda dengan rekaan corak sulaman kerawang yang indah dan eksklusif bersama kami.
Tidak kira apa jua jenis fabrik busana yang anda miliki, kami boleh menyulam corak sulaman kerawang untuk busana anda. Rekaan sulaman kerawang ini, mampu menyerlahkan ketrampilan dan kewanitaan si pemakainya.
Tempahan Sulaman Manik
Jika anda inginkan rekaan sulaman mengikut fesyen terkini, sulaman manik adalah pilihan sesuai bagi menghiasi busana anda. Malahan, ia mampu menaikkan seri kembali busana polos anda yang hambar coraknya.
Tempahan Sulaman Riben
Jika anda inginkan rekaan kontemporari, sulaman riben di busana mampu memberikan kelainan. Namun, ia amat sesuai untuk anda yang benar-benar berani dan ingin keliahatn lebih menonjol sewaktu memakainya.
Tempahan Sulaman Tangan
Jika anda ingin rekaan aksesori busana yang kecil dan comel tetapi tetap anggun bergaya, corak sulaman tangan mampu memberikan sentuhan yang lebih klasik untuk busana anda.
Keistimewaan Butik Sulaman Sri Classic Collection Kami.
Butik Sulaman Sri Classic Collection menjanjikan kepada setiap pelanggan kami dengan:-
- Layanan mesra.
- Servis perkhidmatan berkualiti.
- Hanya produk & material berkualiti & original sahaja yang akan digunakan. Atau wang anda dikembalikan.
- Setiap corak yang dihasilkan eksklusif hanya untuk pelanggan tersebut sahaja. Pihak kami tidak akan menduplikasi corak dan design yang sedia ada melainkan atas permintaan pelanggan.
- Harga tempahan yang amat berpatutan mengikut corak yang diingini.
- Tempahan untuk pelbagai jenis fabrik, material mahupun untuk mana-mana majlis formal.
- Tempahan Sulaman diterima untuk semua jenis fesyen fabrik dari senipis kain sari hingga ke lain-lain fabrik.
- Tempahan Sulaman Kerawang anda siap dalam masa 30 HARI!
- Menggunakan teknik Sulaman Kerawang Ayak Tradisional yang berkualiti dengan motif yang lebih hidup dan pelbagai mengikut corak bunga fabrik anda. Kami tidak menjalankan perniagaan sulaman berkomputer.
- Jika anda menempah sulaman kerawang, anda berpeluang menambah nilai fabrik anda dengan aksesori tambahan seperti bunga baldu dan sebagainya atau dengan material lain seperti kristal dan sebagainya, mengikut kreativiti pihak kami.
- Tempahan Sulaman Manik & Labuci juga disediakan.
- Tempahan manik dan labuci siap dalam masa 7 HARI.
- Pelbagai jenis manik dari kristal hingga ke Swarovski juga boleh diletakkan di dalam pakaian anda.
- Jahitan manik kesemuanya menggunakan lebih dari 2 layer dan bukannya 1 layer sahaja atau satu warna sahaja.
Malahan, tidak cukup dengan itu, Butik Sulaman Sri Classic Collection juga merupakan Penaja Rasmi Jubah Sulaman Pakaian Pengacara Al-Hidayah TV3 2007.
Jika anda sudah bersedia, sila klik link yang tertera untuk mengetahui lebih lanjut tentang khidmat tempahan sulam dan tempahan manik untuk pelbagai jenis baju seperti baju kurung dan kebaya moden, jubah Muslimah, tudung, mahupun sarung cadar untuk dekorasi dalaman rumah anda.
Ingin Menempah Sulaman Bersama Kami?
Jangan lupa hubungi kami hari ini untuk tempahan sulaman anda secara eksklusif





