Tempahan Jahitan Manik & Labuci Bersama Butik Sulaman Sri Classic Collection
Manik dan labuci merupakan trend fesyen pemakaian wanita yang popular masa kini. Trend fesyen manik semakin mewah apabila material-material kristal dan batu batan diadunkan dengannya.
Jika anda penggemar manik dan labuci, atau wanita yang ingin kelihatan anggun dan bergaya mengikut peredaran semasa, pihak kami menyediakan perkhidmatan tempahan jahitan manik dan labuci secara eksklusif untuk pelbagai jenis fabrik dan fesyen yang anda ingini.
Kepakaran Dalam Menghasilkan Rekaan Jahitan Manik
Kepakaran kami dalam menyulam manik dan labuci ini, membolehkan anda menempah sulaman manik bersama kami untuk semua jenis fesyen dan fabrik. Ini bermakna, di Butik Sulaman Sri Classic Collection, Anda hanya perlu membawa fabrik anda terus kepada kami untuk menempah sulaman manik bersama kami. Anda juga boleh menghantar terus kepada kami fabrik yang ingin dijahit manik secara pos dengan menggunakan alamat yang tertera.
Malah, jika anda ingin kelihatan lebih anggun dan menyerlah memakai pakaian bermanik, pihak kami juga menyediakan pelbagai jenis tempahan manik yang menggabungkan pelbagai material kristal dan batu batan yang berkualiti dan original sahaja seperti Mutiara Air Masin / Air Tawar; Kristal Swarovski; Amethyst; Amber; Smoky Quartz; Rose Quartz; Emerald; Hematite; Malachite; dan Lain-lain lagi.
Penggunaan Material Jahitan Manik Yang Asli Sahaja.
Kesemua material yang diguna pakai sama ada manik mahupun kristal dan batu-batan adalah di atas permintaan dan citarasa anda untuk dipadankan di fabrik pakaian anda. Juga tertakluk kepada stok yang sedia ada.
Fesyen Tempahan Sulam Manik Butik Sulaman Sri Classic Collection Kami
Butik kami menerima tempahan sulam manik dan labuci untuk pelbagai jenis fesyen dan fabrik merangkumi:-
- Pakaian untuk majlis seperti majlis perkahwinan, pertunangan, keraian, perayaan, majlis-majlis formal mahupun pakaian ke pejabat;
- Tudung atau hijab dari material kasa bawal, sifon, dan sebagainya; serta
- Fabrik / kain ela yang tidak dijahit lagi.
Kesemua tempahan sulaman manik dan labuci kami akan dihasilkan mengikut trend, citarasa dan kehendak pelanggan.
Anda Tanya, Kami Jawab Tentang Tempahan Sulaman Manik dan Labuci Kami
Adakah Butik Sulaman Sri Classic ini menyediakan sekali khidmat tempahan jahitan baju?
YA! Cuma buat masa sekarang khidmat tempahan jahitan baju tidak diterima buat sementara waktu. Hanya tempahan sulaman sahaja.
Jadi, bagaimana saya ingin menempah manik bersama Sri Classic?
Anda cuma perlu memberikan fabrik yang ingin dijahit manik kepada kami. Sama anda datang terus ke premis Butik kami di Melaka mahupun di cawangan-cawangan kami ataupun anda boleh juga menghantar tempahan anda melalui pos.
Berapa lamakah jangka masa siap untuk setiap tempahan?
Paling lama 2 minggu dan paling cepat 5 hari. Ini juga bergantung kepada availabiliti material yang diingini oleh penempah dan kesanggupan penempah untuk membayar extra.
Adakah tempahan manik di Butik Sri Classic ini juga termasuk tempahan untuk material yang lain seperti kraf, aksesori wanita dsbgnya?
BAHKAN!
Material jenis apakah yang digunakan oleh Sri Classic dalam setiap tempahan jahitan manik?
Material yang original dan berkualiti sahaja. Sebab itulah jika anda menempah bersama kami, anda tidak perlu takut dengan masalah warna pudar dan kusam manik serta kristal selepas dibasuh atau dicuci kering. Bahkan ia juga boleh dibasuh dengan menggunakan washing machine.
Tak tertanggal ke manik tersebut? Macammana tu?
TAK! Ini kerana bukan sahaja material yang digunakan original tetapi kaedah & teknik jahitan manik kami juga berbeza dari mana-mana tempahan manik yang ada di pasaran. Kami menitik beratkan kekemasan untuk setiap jahitan manik dan labuci kami.
Berbeza? Maksudnya?
Antara salah satu perbezaannya atau boleh kami katakan keunikannya ialah, lapisan benang di bawah fabrik tempahan pelanggan tidak akan kelihatan. Dalam erti kata lain, kami tidak menyulam manik yang hanya nampak cantik di luar permukaan fabrik tetapi juga cantik di bahagian bawah fabrik.
Cuba anda lihat dan bandingkan sendiri tempahan-tempahan manik anda terdahulu. Pusing dan lihat di bahagian belakang fabrik yang dijahit manik. Adakah ia kelihatan seperti segumpalan benang yang berserabut? Jika ya, Maksudnya, anda perlu menempah bersama kami untuk ketahui kelainan dan keunikan dalam setiap tempahan jahitan manik dan labuci kami.
Apa lagi keistimewaan dan rahsia jahitan manik Sri Classic? Boleh ceritakan?
BOLEH! Tapi kesemuanya akan diberitahu hanya kepada para peserta bengkel sulaman manik & labuci kami sahaja.
Anda teruja? Jangan lepaskan peluang untuk menempah bersama kami hari ini!!







