Tempahan Sulaman Kerawang Eksklusif Bersama Butik Sulaman Sri Classic Collection Kami.
Jika anda penggemar seni sulaman kerawang, pihak kami menyediakan perkhidmatan tempahan jahitan sulaman kerawang secara eksklusif untuk pelbagai jenis fabrik dan fesyen yang diingini.
Kepakaran kami dalam menyulam membolehkan anda menempah sulaman bersama kami dari selembut-lembut material fabrik seperti sari dan organza hingga ke sekasar-kasar fabrik seperti songket.
Ini bermakna, di Butik Sulaman Sri Classic Collection, Anda hanya perlu membawa fabrik anda terus kepada kami untuk menempah sulaman kerawang bersama kami. Anda juga boleh menghantar terus kepada kami fabrik yang ingin disulam secara pos dengan menggunakan alamat yang tertera.
Corak Sulaman Kerawang Eksklusif Setiap Seorang.
Malah, setiap pelanggan yang menempah sulam bersama kami, akan mendapat corak-corak kerawang yang eksklusif serta terkini, di mana setiap corak dan rekaan tempahan pelanggan kami, akan dilukis dan dicipta secara kreativiti oleh "Team Reka Cipta" kami yang ditugaskan khas untuk tugasan ini. Kemudian, langkah menyulamnya pula, adalah dari "Team Sulaman" kami yang berpengalaman lebih puluhan tahun dalam bidang ini.
Di Butik Sulaman Sri Classic, segala sentuhan rekacipta dan sulaman kerawang kami adalah 100% daripada pihak kami sendiri yang terdiri daripada pewaris-pewaris generasi sulaman kerawang keluarga kami sejak turun temurun.
Keunikan Sulaman Kerawang Sri Classic Collection Kami.
Sulaman kerawang amat digemari dari dahulu hingga sekarang. Malah, bagi peminat sulam, mereka sanggup menempahnya hingga ke negara jiran seperti Thailand & Indonesia (lebih dikenali dengan bordir) bagi mendapatkan sulaman yang cantik untuk pakaian mereka.
Bagi penggemar seni sulam, mereka tidak meminati sulaman yang dibuat dengan komputer. Bukannya tidak mengikut aliran teknologi, tetapi apa yang penting di sini ialah, sulaman yang dibuat secara manual lebih mempunyai nilai eksklusifnya berbanding dengan sulaman komputer yang lebih terhad dengan corak di dalam cipnya sahaja.
Analogi yang boleh dibuat, adalah seperti penggemar batik. Mereka tetap inginkan batik yang dilukis dengan tangan berbanding batik yang dihasilkan dengan komputer ataupun batik blok walaupun terpaksa membayar hingga ratusan dan ribuan ringgit.
Adakah mereka merupakan pembazir? Tidak! Kerana bagi mereka nilai yang dicipta oleh pelukis batik tangan itu lebih tinggi berbanding motif yang sama dihasilkan oleh komputer atau teknologi terkini.
Keunikan Hasil Sulaman Kerawang.
Selain itu, terdapat kenunikan tersendiri bagi sulaman yang dihasilkan daripada mesin manual atau sulam ayak. Sebagai contohnya, motif yang dihasilkan sentiasa berbeza antara satu sama lain walaupun dihasilkan oleh penyulam yang sama. Namun, ada juga penyulam yang menggunakan mesin sulam berkomputer berpendapat bahawa mesin komputer sekarang lebih canggih dan dapat menghasilkan sulaman yang menyerupai sulaman manual. Tetapi sulaman komputer tetap tidak boleh menghasilkan motif selain daripada apa yang direkodkan di dalam USB atau Cipnya sahaja. Berbanding dengan penyulam mesin manual yang sentiasa boleh menukar motif yang dihasilkan bila-bila masa bagi mendapatkan sulaman kerawang yang lebih eksklusif, tidak statik dan lebih hidup.
Itulah keunikan sulaman kerawang yang dihasilkan secara manual oleh penyulam yang mahir.
Fesyen Tempahan Sulam Kerawang Butik Sulaman Kami
Butik kami menerima tempahan sulam untuk pelbagai jenis fesyen dan fabrik merangkumi:-
- Pakaian (Termasuk Songket) untuk apa jua majlis seperti majlis perkahwinan, pertunangan, keraian, perayaan, majlis-majlis formal mahupun pakaian ke pejabat;
- Tudung atau hijab dari material kasa bawal, sifon, dan sebagainya; serta
- Hiasan Dalaman seperti cadar mahupun alas sofa.
- Fabrik / kain ela yang tidak dijahit lagi.
Kesemua tempahan sulaman kami adalah berbentuk sulaman kerawang secara tradisional menggunakan mesin ayak atau mesin goyang. Kami tidak menjalankan perniagaan tempahan sulaman menggunakan mesin sulam komputer.
Untuk tempahan awal sulaman kerawang bersama butik kami, atau maklumat lanjut, anda boleh menghubungi terus pihak kami sekarang!
Product Rating: 4.9
Summary: Tempahan Sulaman Kerawang 423
Reviewed by: Wanita
Price: $139



Fantastic post.Really looking forward to read more. Will read on…
Im grateful for the blog post. Want more.
A big thank you for your blog.Really thank you! Keep writing.
Great article post.Thanks Again. Really Great.
Really enjoyed this blog article.Thanks Again. Really Great.
“Thanks for sharing, this is a fantastic blog post.Thanks Again. Cool.”
Im grateful for the blog post.Much thanks again. Want more.
Thank you for your blog post.Really looking forward to read more. Really Cool.
Im grateful for the post.Really looking forward to read more. Really Cool.