Tidak kira masa dan waktu, ada kalanya anda perlu melakukan sedikit anjakan untuk mana-mana tempahan sulaman manik anda. Begitu juga dengan Butik Sulaman Sri Classic Collection kami, di mana setiap corak sulaman manik yang dihasilkan adalah mengikut peredaran fesyen terkini.
Untuk menggayakan busana bersulam manik, adakalanya anda hanya perlu memadankan dengan corak sulaman manik yang simple. Ini kerana, sekiranya busana anda mempunyai corak fabrik yang sarat dan bukannya busana polos, maka, semewah mana sekalipun rekaan sulaman manik dihasilkan, hasil seninya tidak berapa kelihatan dek tenggelam oleh bunga bungaan fabrik yang banyak.
Ini merupakan hasil tempahan sulaman manik daripada pelanggan kami yang inginkan sentuhan yang lebih vogue dan menyerlah. Justeru, dalam rekaan untuk tempahan sulaman manik ini, kami telah mengambil kira beberapa perkara seperti teknik manik, material manik dan juga majlis yang ingin dihadiri.
Rekaan corak sulaman manik di bawah adalah rekaan bertema Everlasting yang diilhamkan untuk pelanggan VVIP kami. Rekaan ini dihasilkan dengan gabungan manik, labuci serta kristal dan dikemaskan dengan barisan batu berlian tampal bagi memberikan hasil rekaan yang mengerlip.