Tidak kira masa dan waktu, ada kalanya anda perlu melakukan sedikit anjakan untuk mana-mana tempahan sulaman manik anda. Begitu juga dengan Butik Sulaman Sri Classic Collection kami, di mana setiap corak sulaman manik yang dihasilkan adalah mengikut peredaran fesyen terkini.

Hasil Rekaan Sulaman Manik Beralun.

Ini merupakan hasil rekaan yang dibuat khusus untuk pelanggan Butik Sulaman kami yang mahukan corak yang menyerlah, besar dan menonjol. Justeru kami mengambil keputusan untuk menggun pakai beberapa material yang besar untuk dipadankan dalam rekaan kami sama ada di leher mahupun di lengan baju.

Gabungan Material Sulaman Manik.

Sebenarnya, jika anda mendapat tempahan sulaman manik sebegini dari mana-mana pelanggan anda, pastikan anda bertanya terlebih dahulu sama ada beliau bersetuju dengan material yang bakal anda gunakan. Cuba senarai dan berikan idea kepada pelanggan anda terlebih dahulu. Ini kerana, penggunaan pelbagai material sulaman manik dan juga gabungan pelbagai teknik manik, akan menguji kesabaran anda apabila anda memulakan proses menyulam nanti.

Teknik Sulaman Manik Tabur

Memandangkan material yang diguna pakai adalah besar, terdapat ruangan yang berlebihan antara satu dengan yang lain. Justeru, bagi memenuhi ruangan tersebut, teknik sulaman manik tabur digunakan. Walau bagaimanapun, hanya manik bulat kecil pelbagai warna digunakan dalam teknik manik tabur ini kerana ruangan antara satu corak dengan corak yang lain adalah tidak sama. Ia juga bertujuan bagi mengelakkan hasil sulaman manik tabur nanti lebih rawak serta konsisten antara satu ruang dengan ruangan yang lain.

Untuk itu, jumpa lagi dalam corak sulaman manik yang akan datang bersama Butik Sulaman Sri Classic.

Ikhlas,

Syahida Ramli,

Pengasas, Akademi Sulaman Sri Classic

Jika anda ingin menempah sulaman manik pelbagai fesyen terkini bersama kami, jangan lupa hubungi kami hari ini!