Apabila saya melihat baju blaus korporat kosong milik seorang pelanggan, saya dengan senang hati menokok tambah dengan sulaman tangan yang comel. Ya, sulaman tangan memang unik kerana bunga-bunganya kecil dan comel sahaja. Jadi, saya hasilkannya sebagaimana VIP memakai korsaj dibahagian dada. Apabila sudah siap ia nampak sangat cantik.

Pelanggan Teruja Dengan Rekaan Sulaman Tangan

 

 

Corak Sulaman Tangan Pada Blaus TempahanLantas, keunikannya pelanggan itu amat teruja kerana biasanya beliau memakai pakaian korporat itu hanya polos sahaja. Jadi apabila ditambahkan dengan dengan bunga-bunga kecil pada busananya, ramai yang teruja melihatnya. Kini, semua busananya yang polos perlu saya tambah nilai dengan sulaman-sulaman tangan yang unik.

Kadang-kadang ia membuatkan saya tertawa seorang diri kerana hasil sulaman tangan dengan teknik yang mudah apabila diolah ia akan jadi unik. Paling saya suka menggunakan teknik asas french knot kerana saya boleh hasilkannya secara santai sambil melayan karenah anak kecil saya yang berusia setahun 2 bulan.

 

Mengguna Pakai Teknik French Knots Untuk Corak Sulaman Tangan

 

Walaupun teknik french knot ini mudah tapi jika tidak kena dengan coraknya ia akan nampak seperti kita menghasilkan dot-dot sahaja. Ia tiada kesinambungan dan tak nampak cantik.

Justeru, teknik yang mudah ini saya olahkan menjadi corak bunga-bunga di taman dan olahan bentuk awan larat. Dengan ini barulah ia nampak kelainan dalam pengolahan teknik asas french knot ini. Saya pernah juga mengajar teknik ini kepada anak-anak saya yang lain ketika itu si kakak berusia 8 tahun manakala si abangnya pula berusia 5 tahun. Saya lihat kekemasan pintalan french knot ini lebih kemas apabila dihasilkan oleh si abang berbanding kakaknya.

 

Menjana Kreativiti Anak Dalam Seni Sulaman Tangan

 

Oleh itu, saya dapat simpulkan jika anak-anak sesusia 5 tahun pun jika diberi pendedahan tentang sulaman tangan ini pastinya mereka dapat melakukannya. Masakan tidak, sulaman tangan ini juga mampu untuk menjana kreativiti anak-anak dalam menakul apa yang mereka alami. Ia menjadikan satu pengalaman yang amat beharga bagi anak-anak seusia 5 tahun. Malah, sulaman tangan mampu menjadi terapi emosi yang baik. Bagi saya keunikannya menjadikan satu seni yang tersendiri mampu untuk menenangkan minda.

Sebagai contoh, dalam menghasilkan french knot pergerakkan memintal benang bagi menghasilkan bulatannya amat unik, kerana setiap bulatan yang terhasil tidak sama kerana pergerakan, cara tusukkan serta mood semasa menghasilkannya mempengaruhi hasil french knot tersebut.

Simpulan French Knots Untuk Penghasilan Lebih Banyak Corak

 

Simpulan french knot itu mampu berdiri sendiri dalam menghasilkan bentuk seperti bunga padi, lavender, matahari serta seekor biri-biri. Semuanya boleh dihasilkan dengan menggunakan teknik french knot. Selain itu, french knot ini amat mudah dihasilkan kerana ia hanya dipintalkan secara terus ke dalam fabrik. Bukannya perlu pergerakkan yang sukar. Itulah uniknya teknik french knot dalam sulaman tangan.

Bagi saya, dalam sulaman tangan ia menjadi kunci kepada teknik sulaman tangan yang lain. Jadi mulalah dengan hanya satu simpulan knot sahaja anda mampu menghasilkan sulaman tangan yang baik. Oleh itu, tiada istilah sukar untuk melakukannya kerana ia boleh dilakukan oleh kanak-kanak seusia 5 tahun.

Selamat Mencuba!

Ikhlas,

Syahida Ramli,

Pengasas Butik Sulaman & Akademi Sri Classic Collection

Moderator Kelas Sulaman Tangan Online di akademi2u.com

Jangan lupa daftar dan belajar pelbagai teknik sulaman tangan bersama kami hari ini.