Tel: (+60) 06 3374 851

Jahitan Manik Leher Baju - Bagaimana Mencorakkannya

Pada sesebuah busana yang diperagakan, bahagian hadapan dan leher busana amat penting kerana ia dilihat mampu menarik perhatian kepada mata yang melihatnya. Apatah lagi jika ia dihiasi pula dengan jahitan manik yang perbagai bentuk dan gaya. Ya, memang menarik sekali. Kini timbul persoalan bagaiman mencorakkan jahitan manik leher baju anda? Untuk itu mari lihat tips yang ingin dikongsi bersama di bawah untuk anda renungkan bersama.

Mencorakkan Jahitan Manik Leher Baju Anda

Cuma, yang membutukan kepala bagaimana nak mencorakkannya pada leher baju. Perbagai persoalan yang sentiasa bermain difikiran anda dalam menghasilkan jahitan manik pada leher baju. Antaranya:

* corak apa yang cantik?
* susah ke nak menjahit manik?
* nak mulakan dari mana?
* warna apa yang sesuai?
* teknik dan bagaimana nak jahit?
* mahal ke alatan jahitan manik?

Ya inilah sebahagian persoalan yang sering timbul sebelum anda menjahit manik pada bahagian leher. Ada sesetengah individu mampu menjahit manik pada leher dengan mengambil masa beberapa hari sahaja, manakala ada juga terpaksa mengupah tukang jahit dalam menyiapkan jahitan manik yang tidak siap. Tidak kurang juga, ada yang mengakibatkan leher busana berbulu, terkoyak dan sebagainya akibat jahitan manik yang sentiasa ditetas. Inilah hakikat sebenar yang boleh dilihat atau menjadi pengalaman sendiri sebelum anda menyiapkan jahitan manik pada leher baju.

Jika dilihat fenomena atau trend jahitan manik ini mungkin anda tidak percaya perkembangannya amat pesat. Saya kira, sesuatu produk akan maju jika target marketnya adalah wanita. Itu yang paling saya mudah perhatikan dalam saya melihat perkembangan perniagaan sesebuah syarikat.

Mengenal Perkembangan Jahitan Manik Leher Baju

Dalam melihat perkembangan jahitan manik pada leher, ia bermula daripada jahitan jelujur pada keliling leher baju. Selepas itu, ia ditambah pula dengan jahitan teknik selari pada keliling leher baju. Ia bertahan dari tahun 2003 sehingga 2007. Pada hujung tahun 2006, saya lihat perkembangan jahitan manik tidak lagi pada keliling semata-mata tetapi ditambahkan dengan dibuat secara tabur pada keliling leher. Tebal jahitan tabur setebal 0.5 hingga 1 inchi sahaja dibahagian leher. Dan pada bawah bukaan leher baju kurung pula ditebalkan setebal 2 inchi. Malah, perkembangannya amat pesat seingat saya pada tahun pertama festival IFF diperkenalkan. Pada masa itu, mulalah fesyen ini beralih kepada busana Muslimah. Malah gaun pengantin atau gaun malam juga disesuaikan dengan ilham busana Muslimah. Ekoran itu, leher menjadi titik fokus dalam jahitan manik.

Penggunaan Kristal Bersaiz Besar Mengindahkan Jahitan Manik Leher Baju

Malah, dengan penggunaan kristal bersaiz besar dan juga teknik jahitan manik iring mampu menjadikan leher busana ini nampak mewah dan ia dijual dengan harga yang tinggi. Pada masa itu, majalah-majalah wanita seperti Nona, Seri Dewi Keluarga, Wanita, Jelita serta majalah Persona pengantin turut menyelitkan hasil nukilan butik-butik terpilih seperti Hajaba, Jedan collection, Seri pinang, Citra, ID perempuan, SES dan dan butik Alfina yang memperkenalkan hasil busana mereka yang mencantikkan pada bahagian leher. Antara teknik yang menjadi perhatian adalah teknik tabur dan dagling.

Justeru, pada bahagian leher menjadi fokus dalam anda menyerlahkan penampilan anda. Walaupun anda berhijab sekalipun tidak membataskan diri anda daripada berketrampilan. Ini kerana jahitan manik di leher menjadikan anda lebih yakin dalam berpakaian.

Selamat mencuba!

Ikhlas,

Syahida Ramli,

Pengasas, dan Akademi Sulaman Online Sri Classic

Jom Ikuti Kelas seni jahitan manik dan labuci Secara Online Bersama Kami!

Tips Menarik Terkini:

Leave a Reply