Menjelang Aidilfitri 2011, rekaan sulaman manik juga ditampilkan dengan sedikit kelainan. Hal ini kerana ia mencampurkan elemen seperti sulaman riben dan kerawang sebagai satu design untuk pakaian yang disulam manik. Di mana manik disulam di atas sulaman riben dan kerawang tadi.

Gabungan Riben dan Kerawang dalam Rekaan Sulaman Manik

Jika dilihat bunga keembung dan China Doll sulaman riben menjadi pilihan 2011 kepada pereka fesyen untuk digabung jalinkan dengan sulaman manik. Ini kerana bunga-bungaan tersebut akan dijadikan asas atau bahagian debunga kelopak bunga sulaman manik. Seterusnya elemen mutiara dan kristal yang berbagai bentuk menjadi tarikan untuk pereka fesyen menjadikan rekaan sulaman manik lebih menyerlah.

Rekaan Sulaman Manik Ditambah Seri Dengan Batuan Kristal Tampal

Walaupun masa yang diambil untuk menghasilkan sesuatu rekaan sulaman manik itu sedikit lama berbanding dengan jahitan-jahitan yang biasa, tetapi yang pentingnya adalah hasil rekaan tersebut memberi kelainan dalam rekaan sulaman manik. Selain itu, untuk menambah serinya lagi, batuan kristal tampal juga digunakan dalam sulaman manik pada kali ini sebagai pelengkap untuk sesuatu rekaan.

Permintaan Sulaman Manik 3D

Nyata pada tahun 2011, hanya beberapa buah butik atau pereka fesyen yang menonjolkan teknik yang berbeza iaitu sulaman manik 3D. Ini kerana mungkin kekangan masa dan nilai seni dalam rekaan sulaman manik tersebut menyebabkan ia kurang mengambil tempat di hati peminat manik setempat. Malahan, ia tidak mampu dimiliki oleh semua golongan kerana nilainya agak mahal dek tempoh masa lama untuk menghasilkannya.

Sulaman Manik Disulam Kristal, Riben dan Mutiara Lebih Menjadi Tarikan

Sebab itulah, rekaan sulaman manik yang disulami dengan kristal, riben, mutiara tetap menjadi tarikan kerana ia mampu dimiliki oleh semua golongan. Oleh itu, tepuk dada dan tanyalah selera anda yang mana satu rekaan sulaman manik yang menjadi pilihan anda untuk dimiliki pada musim Aidilfitri kali ini.

Selamat Mencuba!

Ikhlas,

Syahida Ramli,

Pengasas, Akademi Sulaman Sri Classic

Jom Ketahui Cara Sulaman Manik Yang Betul dan Sempurna Bersama Kami!