Ketika menyulam hasil rekaan sulaman benang ini, kesabaran yang tinggi dituntut untuk setiap penyulam. Ini berpunca, apabila arah lilitan tidak tersusun atau terbalik, sudah pasti hasil rekaan sulaman benang yang dijahit tidak tersusun.
Sulaman Benang Bermotif Bunga Ros
Seperti mana sulaman riben, corak sulam tangan benang yang menjadi tarikan untuk individu untuk mempelajarinya ialah rekaan bunga ros. Hal ini berkemungkinan ia dipengaruhi oleh corak rekaan sulaman tangan klasik Eropah juga Inggeris kerana ia dapat dilihat pada trend pakaian kanak-kanak atau dalam hasil rekaan jahit smoking.
Sulaman Benang Menghiasi Kerudung Bawal
Adapun, pada sekitar tahun 2009 dan sehingga hari ini, barulah kita didedahkan dengan fesyen kerudung bawal yang mempunyai corak rekaan sulaman benang. Di sini, kita dapati bahawa rekaan sulam benang lebih kepada rekaan tempatan yang mengguna pakai motif sulur kacang serta awan larat sebagai bingkai dalam hasil rekaan sulaman tangan benang tersebut.
Sulaman Benang klasik Dengan Rekaan Bunga
Corak flora juga mula diperkenalkan bersama motif bungaan cendawan yang memiliki 5 kelopak serta dijahit secara bertingkat-tingkat bersama warna yang agak kontra untuk menaikkan lagi seri hasil sulaman benang tersebut.
Justeru, jikalau anda hendak mempersembahkan rekaan tempatan ataupun corak inggeris, hasil rekaan sulaman benang ini dapat menaikkan seri pakaian anda yang polos. Malahan, ia tergolong pada suatu seni yang memiliki peminatnya yang tersendiri. Dan inilah keunikan setiap satu hasil rekaan rekaan sulam benang yang mana ia kekal bersama identitinya serta tak lapuk ditelan zaman.
Selamat Mencuba!
Ikhlas,
Syahida Ramli,
Pengasas Butik Sulaman & Akademi Sri Classic Collection
Jom Belajar Sulaman Benang Bersama Kami!
corak jahitan manikfesyenmotif sulamansulam benangsulamansulaman benangsulaman tangan
Leave a Reply
Your email address will not be published. Required fields are marked
You must be logged in to post a comment.







