Motif sulaman kerawang amat menarik serta elegan untuk digayakan pada busana. Namun, corak rekaan motif sulaman kerawang ini juga dapat dilihat pada kad-kad majlis perkahwinan. Cantik rekaan yang berkerawang, ia nampak elegan Dan juga memelihara aspek tradisi.

 

Begitu jugalah dengan kerawang pada busana, ia nampak anggun apabila digayakan. Walaupun coraknya bertukar mengikut citarasa golongan muda pada masa kini, ia tetap mengekalkan ciri tradisi yang tidak luput ditelan zaman.

 

Motif Awan Larat Corak Tradisi Motif Sulaman Kerawang.

 

Motif Sulaman KeraangLihat saja, motif awan larat dan kekacang tetap menjadi pilihan pereka-pereka design kerana motifnya boleh digabungjalinkan dengan corak yang perbagai. Samada corak bunga tabur, abstrak dan juga corak tradisi. Itulah uniknya motif kerawang seperti inilah yang masih mengekalkan tradisi sepanjang zaman.

 

Malah, ia sesuai digayakan oleh setiap lapisan umur samada kanak-kanak, remaja, belia mahupun golongan yang matang. Sepertimana baju tradisi iaitu baju kurung, begitulah istimewanya motif sulaman kerawang ini dalam masyarakat kita pada hari ini.

 

Walaupun, lambakan assesori yang ditambahkan pada busana, sulaman kerawang masih berada dalam keadaan yang selesa di dalam zonnya yang tersendiri. Justeru, pada mereka yang mahir dalam bidang sulaman tradisi ini usah khuatir atau gusar kerana kemahiran yang anda miliki amat unik dan berharga. Kembangkanlah bakat anda agar sulaman kerawang tempatan dapat bersaing secara sihat.

 

Mengekalkan Identiti Bangsa Dengan Motif Sulaman Kerawang.

 

Jika kita lihat dinegara jiran, Indonesia misalnya. Mereka bangga dalam mengekalkan identiti dengan batik sarung dan kebaya berkerawang. Walaupun lambakan fesyen serta perkembangannya pesat berbanding negara kita tetapi identiti batik sarung dan berkebaya dengan kerawang tetap menjadi asas rekaan pereka fesyen di negara itu. Malah, hasil sulaman kerawang mereka juga telah menaikkan nama indonesia di mata dunia.

 

Sebut sahaja baju sulam, pastinya terlintas difikiran kita tetang lokasi seperti Bukit Tinggi, Medan, Bandung dan Jakarta yang merupakan syurga bagi mereka yang meminati fesyen khususnya sulaman kerawang.

 

Sebab itulah saya lihat perkembangan fesyen dan sulaman kerawang ini seiring dan saling berkaitan antara satu sama lain. Bagi, mereka yang mempunyai bakat dalam menyulam ini teruskan usaha anda dalam mengetengahkan produk dan hasil tempatan yang setanding dengan negara luar.

 

Teruskan usaha!

Ikhlas,

Syahida Ramli,

Pengasas Butik dan Akademi Sri Classic.