Design ros adalah kunci utama bagi melakukan sulam reben. Hal ini disebabkan permintaan terhadap ratu bunga ini begitu banyak berbanding dengan design bunga reben yang lain. Sekiranya dilihat motif sulam reben Inggeris sudah pasti design ros ini diterjemahkan dalam pelbagai bentuk.
Design Ros sulam reben Diadunkan Dengan Pattern Bunga Riben Lain
Sewaktu membuat sulam reben ini pula, design ros ini akan nampak sangat hidup apabila digabungkan dengan corak bunga lain. Ia tepat menepati apabila motif ros dalam sulam reben ini digabungkan dengan teknik daun besar serta ribbon stitch memperlihatkan sulam reben yang dibuat benar-benar hidup. Jikalau dilihat sewaktu sulam reben ini menghiasi sarung bantal hiasan dalam, patternya begitu mendamaikan mata memandang dengan corak yang cantik.
Senangnya Menghasilkan sulam reben Sendiri
Sesenang ABC, sudah pasti ia menarik pelbagai lapisan masyarakat bagi menghadiri bengkel belajar sulam reben ini. Ia mampu dipelajari seawal umur 6 tahun lagi asalkan seseorang itu minat mempelajarinya tanpa wujud paksaan dalam diri. Namun, ia pasti menjadi sedikit payah jika individu tersebut tidak minat mempelajarinya akan tetapi memaksa diri untuk mempelajarinya. Mahupun ia berhasil, tetapi realitinya sukar untuk sulam reben yang dijahit individu tersebut agar dipandang lebih berkualiti dan kemas. Ini kerana penghasilan sulam reben dibuat hanya sekadar cakar ayam dan seperti melepaskan batuk di tangga.
Tanamkan Minat Bagi Mempelajari sulam reben
Oleh yang demikian, haruslah untuk anda menanamkan minat terlebih dahulu untuk memasuki kelas belajar sulam reben ini. Dengan minat, sulam reben akan dijahitkan dengan santai serta semestinya ia menjadi sangat cantik. Ini kerana setiap fesyen sulam reben anda dibentuk menggunakan lontaran emosi anda yang penuh dengan seni. Maka terhasillah sulam reben yang sangat cantik dan berkualiti.
Selamat Mencuba!
Ikhlas,
Syahida Ramli,
Pengasas Butik Sulaman & Akademi Sri Classic Collection
Moderator Online Courses Sulaman Reben
Jome Belajar dan kuasai sulam reben bersama kami hari ini!
corak bunga reben
Leave a Reply
Your email address will not be published. Required fields are marked
You must be logged in to post a comment.







