Ada yang bertanya kepada saya tentang motif sulaman kerawang sama ada ia telah diset atau sebagainya. Jawapan yang saya berikan cukup mudah, sebenarnya sulaman kerawang ini bergantung sepenuhnya kepada kreativiti seseorang penyulam kerana ia merupakan sebahagian daripada cabang seni kerajinan tangan. Jadi, jika anda seorang yang mempunyai bakat seni, anda juga mampu untuk menghasilkan sulaman kerawang yang cantik, indah lagi berkualiti.

Motif Sulaman Kerawang Terhad atau Sebaliknya.

Bagaimana dengan motif sulaman kerawang pula? Adakah ia terhad atau sebaliknya? Saya mengatakan kepadanya bahawa seni sulaman kerawang ini boleh dikembangkan mengikut arus peredaran semasa atau pun hanya menyulam dengan mengekalkan elemen-elemen tradisional dalam rekaan sulaman kerawang. Ia adalah satu seni yang fleksibel tetapi jangan pula sehingga menghilangkan terus nilai seni sulaman kerawang tersebut sehingga ia Nampak bukan lagi satu identiti sulaman kerawang.

Motif Sulaman Kerawang Membantu Membangkitkan Identiti Sulaman

Jadi, sekiranya anda mampu menyulam ayak sulaman kerawang dengan pelbagai pergerakan motif yang dihasilkan, ia akan membangkitkan identiti sulaman anda sendiri sebagai penyulam yang mahir dan pakar. Untuk mahir dalam bidang sulaman kerawang ini, anda perlulah sentiasa menyulam dan mengekalkan mood sulaman yang cantik supaya hasil rekaan sulaman kerawang anda akan lebih menarik.

Dan apa yang penting, anda perlu sentiasa bersabar dalam menghasilkan sesuatu rekaan sulaman kerawang anda sendiri. Jangan mudah berputus asa apabila mengalami situasi di aman hasil sulaman kerawang anda Nampak ‘keras’ ataupun bergelembung. Sesungguhnya, ketelitian dan kesabaran dalam mengayak sulaman kerawang ini sebenarnya menguji anda sama ada anda betul-betul minat atau sekadar ingin mengikut trend.

Jangan Tanggung Liabiliti Hanya Sekadar Membeli Mesin Sulaman Kerawang

Bagi saya, jika anda tersalah membuat keputusan, mungkin anda akan mengalami kerugian besar iaitu menanggung beban liabiliti kerana anda telah membeli mesin sulam. Dan harga kos sesebuah mesin sulam adalah tinggi. Namun, jika anda benar-benar mahu menghasilkannya secara kreatif dan bersungguh-sungguh, ia akan menjadikan anda seorang yang mahir dan juga boleh membentuk diri anda sebagai usahawan dalam bidang sulaman kerawang ini.
Oleh itu, tepuk dada tanyalah diri anda sendiri. Jika anda tidak mahir, ilmu sulaman kerawang ini boleh dipupuk dan latihan demi latihan akan membuatkan anda menjadi mahir. Ya! Latihan demi latihan.

Bagaimana mempelajarinya? Ia sangat mudah kerana kini anda boleh mempelajarinya secara online bersama saya di mana saya akan membimbing anda menjadi seorang penyulam yang mahir.

Belajar Teknik Sulaman Kerawang Mudah

Dengan teknik dan langkah demi langkah yang mudah, anda dapat menguasai kemahiran sulaman kerawang ini kerana saya akan membimbing anda dan memupuk minat yang anda terhadap seni yang mempunyai nilai yang tinggi ini. Oleh itu, jangan membuang masa anda, daftarlah hari ini sebagai peserta Online Courses Sulaman Kerawang dan terus belajar bersama saya!

Ikhlas,

Syahida Ramli,

Pengasas, Butik Akademi Sulaman Sri Classic Collection