Tel: (+60) 06 3374 851

Rekaan Sulaman Manik dan Sulam Tampal Fesyen Pengantin

Apabila membelek majalah inspirasi perkahwinan, apa yang menarik perhatian saya gaya persembahannya diolah mengikut cita rasa golongan muda. Ia lebih berani dalam mengolah sesuatu fesyen perkahwinan yang ingin diketengahkan. Bagi saya, satu kelainan cara mereka mentafsirkan majlis perkahwinan. Pentafsirannya lebih berani mengikut cara yang santai dan terbuka berbanding secara tradisi yang perlu mengikut tatacara tradisi.

Fesyen Pengantin Dengan Pelbagai Gaya dan Corak

Bengkel Sulaman Bridal 01 Rekaan Sulaman Manik dan Sulam Tampal Fesyen PengantinJadi, begitu juga fesyen pengantin yang diketengahkan juga lebih berani dengan penambahan berbagai gaya dan corak yang diketengahkan. Penggunaan sulaman manik yang padat serta ditambah dengan elemen yang unik seperti bunga plastik, bulu ayam, fabrik felt dan mutiara. Ini kerana pembabitan pereka-pereka fesyen yang muda telah memberikan idea yang segar pada pandangan mereka. Kadang-kadang saya lihat ia hanya sesuai bagi mereka yang trendi dan berani dalam menggayakan fesyen yang unik di hari bersejarah mereka.

Melihat fenomena ini, saya teringat sewaktu majlis perkahwinan adik perempuan saya. Pakaian yang dipakai sewaktu majlis bertandang adalah moden dan kontemporari. Mengapa saya berkata demikian kerana baju kebaya digayakan dengan leher ‘snow white’. Bagi saya mereka yang sukakan kelainan sahaja sesuai menggayakan busana tersebut. Namun, bagi mereka yang sederhana dalam pemilihan gaya, pastinya akan ‘bermasam muka’ sepertimana adik saya. Baginya ia nampak tidak sesuai sedangkan mak andam mengatakan baju itu adalah gaya terkini waktu itu.

Sulaman Manik Dan Sulam Tampal Pada Busana Pengantin

Yang menarik perhatian saya adalah sulaman manik yang digabungkan dengan sulaman tampal. Ia nampak lebih menarik kerana bunga tampal itu terdiri daripada songket, labuci dan lace. Anda bayangkan labuci disusun secara bertingkat-tingkat pada setiap kelopak bunga songket dan pada celahan tersebut disulami dengan kain lace yang bercorak. Namun, bagi mereka yang sederhana dalam berpakaian, gaya seperti ini dianggap adalah keterlaluan.

Walaupun begitu, apa juga jenis pakaian yang ada sebenarnya ia juga bergantung kepada situasi dan majlis keramaian yang diraikan. Walau bagaimanapun, bagi saya tidak salah untuk berkarya asalkan si pemakai tidak kisah ataupun seorang yang trendi dalam pemilihan berpakaian. Justeru, daripada situasi di atas, tidak hairanlah teknik-teknik asas jahitan manik masih ‘relevan’ dan dianggap ‘everlasting’ dan diguna pakai pada pakaian pengantin.

Teknik Asas Manik Selari Dan Jelujur

Bengkel Sulaman Bridal 02 Rekaan Sulaman Manik dan Sulam Tampal Fesyen PengantinOleh sebab itulah, saya melihat bahawa teknik selari dan jelujur masih menjadi teknik yang digemari oleh pereka fesyen. Ini kerana sesuatu corak itu boleh ditebalkan dengan adanya teknik selari ini. Malah, dengan jahitan selari juga setiap perincian busana menjadi lebih timbul dan lebih menyerlah. Jadi, tidak hairanlah jika sehingga kini ia tetap menjadi pilihan bagi mereka yang berkecimpung dalam dunia fesyen.

Bagaimana untuk anda menjahitnya, ia sangat mudah dengan menyerongkan saja manik tersebut kepada arah 45 darjah apabila dijahit ia akan nampak lebih cantik, timbul, dan cantik. Selain itu, susunan secara bertindih tindih teknik jelujur dengan penambahan labuci akan menampakkan seperti ekor sang merah yang cantik. Malah ia memberi inspirasi dalam anda menghasilkan ia seindah ekor phoenix.

Selamat mencuba.

Ikhlas,

Syahida Ramli,

Pengasas, Butik Sulaman Sri Classic dan Akademi Sulaman Sri Classic

Tips Menarik Terkini:

Leave a Reply