Sulaman mesin ini mempunyai pelbagai cara rekaan dan teknik sulaman, ada yang menggunakan lace sebagai asas sulaman, ada yang menggunakan fabrik funji, sifon mahupun organza sebagai asas sulaman mesin itu sendiri.

 

Rekaan Sulaman Mesin Pelbagai Bungaan.

 

Hasilnya, anda akan dapat lihat seperti bunga berlapis-lapis, bunga timbul, bunga baldu dan sebagainya dihasilkan pada busana. Hasil sebgini juga dikenali sebagai aksesori tambahan kepada setiap rekaan sulaman mesin ini. Malah, aksesori tambahan ini, dapat menyerlahkan lagi rekaan sulaman mesin yang telah dihasilkan pada busana tersebut.

 

Gabungan Warna Senada atau Kontra Pada Hasil Rekaan Sulaman Mesin.

 

Jika busana itu polos ia amat menarik kerana anda boleh menggabungkan perbagai jenis warna sama ada warna yang senada, warna kontra ataupun warna yang bercampuran. Ini akan nampak lebih cantik dan menarik. Padanan warna yang sesuai perlu dilakukan secara teliti agar hasil rekaan sulaman mesin ini tampak lebih cantik dan natural.

Namun, kaedah penggunaan warna benang senada atau kontra pada rekaan sulaman mesin yang dihasilkan tidak pula boleh dilakukan secara sembrono pada busana yang bercorak. Jika dihasilkan pula pada busana yang sudah bercorak, hasilnya akan sedikit tenggelam kerana sulaman ini tidak dihasilkan pada kerawang. Tetapi jika dihasilkan pada kerawang ia akan nampak lebih ekslusif dan harga upahnya pasti meningkat. Sebab itulah jika pada fabrik bercorak, penggunaan warna dan kerawang yang sesuai, hasil sulaman ini akan lebih cantik dan menarik.

Sebab itulah sulaman teknik tampalan dan penggunaan benang yang banyak ini kini hanya dihasilkan bagi mereka yang mahir sahaja. Ini kerana ia perlu dihasilkan dengan teliti agar hasilnya akan lebih menarik. Namun, jika mereka berminat mempelajari kaedah ini haruslah sentiasa melakukan latihan dengan tekun supaya ia akan lebih cantik dan kemas.

Selamat mencuba!

Ikhlas,

Syahida Ramli,

Pengasas Butik dan Akademi Sri Classic

Sulam Baju Kurung Moden Princess Cut Motif Bunga Sakura Dan Lily Clara2024-03-06T09:54:24+08:00
Sulam Baju Kurung Tradisi Motif Bunga Orkid Dengan Kerawang Pagar2024-03-06T09:54:44+08:00
Baju Kurung Moden Sulam Goyang Motif Bunga Orkid dan Bunga Ros2024-03-06T09:55:13+08:00
Baju Kurung Tradisi Sulam Goyang Motif Bunga Peony Dengan Kerawang Pagar2024-03-06T09:55:25+08:00
Sulaman Kerawang Motif Bunga Peony dan Bunga Senduduk Dengan Kerawang Sarang Lebah2024-03-06T09:55:41+08:00
Kurung Moden Batik Bersulam Kerawang Motif Bunga Magnolia serta Kerawang Cakar Ayam2024-03-06T09:56:06+08:00