seni jahit manik terbaru, agaknya itulah yang diterjemahkan oleh individu tertentu dalam membezakan di antara design atau motif yang diilhamkan untuk seni jahit manik. Walau pun dihasilkan berpandukan pelbagai bentuk dan rekaan, seni jahit manik ini tetap anggun serta memiliki aura tersendiri untuk diperagakan.
Material seni jahit manik Yang Diguna Pakai Untuk Trend Manik 2012
Elemen seni jahit manik yang disulamkan untuk tahun 2012 ini adalah elemen-elemen Kristal dan cara tampalan. Ini disebabkan terdapat Kristal-kristal pasang siap yang cantik dengan beraneka bentuk rekaan untuk digayakan dalam seni jahit manik. Malahan, ia menjadikan kerja menyulam manik sungguh mudah dan membantu para penyulam manik ataupun pereka fesyen bagi mengayakan corak seni jahit manik mereka dengan sungguh cantik, anggun dan menjimatkan masa.
Kristal Pasang Siap Tidak Menepati Cita Rasa Dalam Rekaan seni jahit manik
Biarpun begitu, bagi mereka yang hendakkan kelainan dalam semua rekaan seni jahit manik yang dihasilkan sudah semestinya rekaan Kristal pasang siap ini tidak menepati cita rasa mereka. Ini kerana Kristal pasang siap ini tak memiliki nilai kesenian yang dicungkil ketika dihasilkan secara pukal. Dari itu, teknik-teknik gabungan hasil kerja tangan sendiri dan bukannya hasil dari Kristal pasang siap tadi boleh memberikan kepuasan juga corak terkini dalam rekaan seni jahit manik itu sendiri.
Sebaliknya, seni jahit manik ini masih lagi digabungkan dengan mutiara dalam menampakkan hasil rekaan yang lebih natural serta tak terlampau garang dengan himpunan Kristal semata-mata. Justeru itu, penggunaan warna-warna sekata diilhamkan agar hasil seni jahit manik lebih cantik dan natural. Itulah keunikan corak rekaan seni jahit manik untuk tahun 2012 ini yang semakin menyerlah untuk pandangan akan tetapi kekal dalam rekaan natural juga elegan.
Menggabungkan Kristal Dengan Manik Kecil Dalam Segenap Hasil seni jahit manik
Seterusnya, Kristal-kristal ini akan digabungkan dengan manik-manik yang kecil agar manik tersebut memenuhi ruang-ruang kecil yang masih ada dicelah Kristal yang sudah disusun tadi. Susunan Kristal pula lebih tertumpu kepada saiz yang beraneka di mana, saiz-saiz besar digabungkan dengan Kristal yang bersaiz kecil dan beraneka bentuk. Di sinilah akan mewujudkan rekaan dan design seni jahit manik terkini apabila kesemua material tersebut digabung jalinkan dalam sesuatu rekaan seni jahit manik.
Alangkah anggunnya jikalau fabrik pakaian seni jahit manik tersebut tidak lagi dipandang polos tetapi sudah ditambah bersama aksesori seni jahit manik terkini mengikut cita rasa semua lapisan serta had umur dari yang muda hingga kepada yang sudah berumur. Akan tetapi, ia tetap bersesuaian sekiranya ia mengikut gaya serta olahan yang betul atas segenap lapisan masyarakat yang hendakkan pakaian mereka yang menawan dihiasi seni jahit manik.
Dengan perkembangan rekaan sulaman terkini ini, ia membolehkan semua golongan mampu bergaya mengikut rekaan yang bersesuaian dengan umur mereka. Justeru, tak hairanlah sekiranya pada waktu akan datang, permintaan terhadap seni jahit manik ini pasti terus meningkat lebih-lebih lagi dengan adanya pertemuan rekaan seni jahit manik yang terkini serta terbaru di pasaran.
Selamat mencuba!
Ikhlas,
Syahida Ramli,
Pengasas, Butik Sulaman Sri Classic dan Akademi Sulaman Online Sri Classic
Jom Ikuti Kelas seni jahit manik Secara Online Bersama Kami!
belajar sulaman manikcorak manikcorak manik terkinifesyenfesyen jahitan manik terkinifesyen manik terkinijahitjahitan manikjahitan manik 2011jahitan manik dan labucikelas sulaman manikmanikmanik dan labucisulamansulaman maniksulaman manik dan labuci
Leave a Reply
Your email address will not be published. Required fields are marked
You must be logged in to post a comment.







