seni sulam manik moden, mungkin itulah yang diterjemahkan oleh individu tertentu dalam membezakan di antara design atau motif yang dijahit untuk seni sulam manik. Walau pun diilhamkan berpandukan bermacam-macam bentuk serta rekaan, seni sulam manik ini tetap menambat hati serta memiliki aura tersendiri untuk dihasilkan.
Material seni sulam manik Yang Diguna Pakai Untuk Fesyen Manik 2012
Material seni sulam manik yang diilhamkan di tahun 2012 ini ialah elemen-elemen Kristal serta cara tampalan. Ini kerana terdapat Kristal-kristal pasang siap yang anggun dengan bermacam-macam bentuk rekaan untuk dibuat dalam seni sulam manik. Malahan, ia menjadikan kerja menjahit manik lebih mudah dan membantu para penyulam manik atau pereka fesyen dalam mengayakan design seni sulam manik mereka dengan sungguh cantik, menarik dan menjimatkan masa.
Kristal Pasang Siap Tak Menepati Cita Rasa Dalam Rekaan seni sulam manik
Sungguhpun begitu, bagi mereka yang mahukan kelainan dalam semua rekaan seni sulam manik yang dihasilkan sudah barang pasti rekaan Kristal pasang siap ini tidak menepati cita rasa mereka. Ini kerana Kristal pasang siap ini tidak memiliki nilai kesenian yang dicungkil semasa dihasilkan secara pukal. Dari itu, teknik-teknik gabungan hasil kerja tangan sendiri dan bukannya hasil dari Kristal pasang siap tadi dapat memberikan kepuasan juga design baru dalam rekaan seni sulam manik itu sendiri.
Sebaliknya, seni sulam manik ini terus lagi digabungkan dengan mutiara untuk menampakkan hasil rekaan yang lebih natural dan tak terlampau garang dengan himpunan Kristal semata-mata. Justeru itu, penggunaan warna-warna sekata dihasilkan supaya hasil seni sulam manik lebih cantik dan natural. Itulah istimewanya corak rekaan seni sulam manik untuk tahun 2012 ini yang semakin menyerlah untuk pandangan namun kekal dalam rekaan natural serta elegan.
Menggabungkan Kristal Dengan Manik Kecil Dalam Segenap Hasil seni sulam manik
Seterusnya, Kristal-kristal ini bakal digabungkan dengan manik-manik yang kecil supaya manik tersebut memenuhi ruang-ruang kecil yang masih terdapat dicelah Kristal yang telah disusun tadi. Susunan Kristal pula lebih tertumpu kepada saiz yang beraneka di mana, saiz-saiz besar digabungkan dengan Kristal yang bersaiz kecil serta berbagai bentuk. Di sinilah pasti mewujudkan rekaan juga design seni sulam manik terkini apabila kesemua unsur tersebut digabung jalinkan dalam sesuatu rekaan seni sulam manik.
Alangkah anggunnya jika fabrik seni sulam manik tadi tak lagi nampak polos tetapi sudah ditambah bersama aksesori seni sulam manik terkini mengikut cita rasa semua lapisan dan had umur dari yang muda sehingga kepada yang sudah berumur. Akan tetapi, ia tetap bersesuaian jikalau ia mengikut gaya dan olahan yang betul atas semua lapisan masyarakat yang inginkan fabrik mereka yang menarik dihiasi seni sulam manik.
Bersama perkembangan rekaan sulaman terkini ini, ia membolehkan semua golongan mampu bergaya mengikut rekaan yang bersesuaian dengan umur mereka. Justeru, tak hairanlah jika untuk masa akan datang, permintaan terhadap seni sulam manik ini akan terus meningkat lebih-lebih lagi dengan adanya pertemuan rekaan seni sulam manik yang terkini serta terbaru di pasaran.
Selamat mencuba!
Ikhlas,
Syahida Ramli,
Pengasas, Butik Sulaman Sri Classic dan Akademi Sulaman Online Sri Classic
Jom Ikuti Kelas seni sulam manik Secara Online Bersama Kami!
belajar sulaman manikcorak manikcorak manik terkinifesyenjahitjahitan manikjahitan manik 2011jahitan manik dan labucikelas sulaman manikmanikmanik dan labucisulamansulaman maniksulaman manik dan labuci
Leave a Reply
Your email address will not be published. Required fields are marked
You must be logged in to post a comment.







