seni sulaman manik moden, agaknya itulah yang diterjemahkan oleh individu tertentu ketika membezakan di antara corak atau motif yang dijahit untuk seni sulaman manik. Walau pun diilhamkan dalam beraneka bentuk serta rekaan, seni sulaman manik ini tetap menarik serta memiliki aura tersendiri untuk diperagakan.
Unsur seni sulaman manik Yang Diguna Pakai Untuk Rekaan Manik 2012
Material seni sulaman manik yang disulamkan pada tahun 2012 ini adalah elemen-elemen Kristal serta cara tampalan. Ini disebabkan terdapat Kristal-kristal pasang siap yang anggun dengan beraneka bentuk rekaan untuk dibuat dalam seni sulaman manik. Malahan, ia menjadikan kerja menyulam manik lebih mudah dan membantu para penyulam manik mahupun pereka fesyen dalam mengayakan corak seni sulaman manik mereka dengan sungguh cantik, menawan dan menjimatkan masa.
Kristal Pasang Siap Tak Menepati Cita Rasa Dalam Rekaan seni sulaman manik
Biarpun begitu, bagi mereka yang hendakkan kelainan dalam semua rekaan seni sulaman manik yang dihasilkan semestinya rekaan Kristal pasang siap ini tak menepati cita rasa mereka. Ini kerana Kristal pasang siap ini tak mempunyai nilai kesenian yang dicungkil semasa dihasilkan secara pukal. Dari itu, teknik-teknik gabungan hasil kerja tangan sendiri serta bukannya hasil dari Kristal pasang siap tadi boleh memberikan kepuasan serta design terkini dalam rekaan seni sulaman manik itu sendiri.
Akan tetapi, seni sulaman manik ini terus lagi digabungkan dengan mutiara bagi menampakkan hasil rekaan yang lebih natural dan tak tersangat garang dengan himpunan Kristal semata-mata. Justeru itu, penggunaan warna-warna senada disulamkan agar hasil seni sulaman manik lebih cantik serta natural. Itulah kehebatan design rekaan seni sulaman manik untuk tahun 2012 ini yang semakin menyerlah untuk pandangan akan tetapi kekal dalam rekaan natural serta elegan.
Menggabungkan Kristal Dengan Manik Kecil Dalam Segenap Hasil seni sulaman manik
Seterusnya, Kristal-kristal ini akan digabungkan dengan manik-manik yang kecil supaya manik tersebut memenuhi ruang-ruang kecil yang masih terdapat dicelah Kristal yang telah disusun tadi. Susunan Kristal pula lebih tertumpu kepada saiz yang pelbagai di mana, saiz-saiz besar digabungkan dengan Kristal yang bersaiz kecil serta bermacam-macam bentuk. Di sinilah pasti menghasilkan rekaan juga design seni sulaman manik terkini apabila kesemua unsur tersebut digabung jalinkan dalam sesuatu rekaan seni sulaman manik.
Alangkah anggunnya jika jahitan baju seni sulaman manik tadi tidak lagi kelihatan polos tetapi telah ditambah bersama aksesori seni sulaman manik terkini mengikut cita rasa semua lapisan dan peringkat umur dari yang muda sehingga kepada yang sudah berumur. Namun, ia tetap bersesuaian apabila ia mengikut gaya dan olahan yang betul pada segenap lapisan masyarakat yang mahukan jahitan baju mereka yang menawan dihiasi seni sulaman manik.
Dengan perkembangan rekaan sulaman terkini ini, ia membolehkan semua golongan mampu bergaya mengikut rekaan yang bersesuaian dengan umur mereka. Justeru, tidak hairanlah sekiranya pada waktu akan datang, permintaan terhadap seni sulaman manik ini pasti terus meningkat lebih-lebih lagi dengan adanya pertemuan rekaan seni sulaman manik yang terkini serta terbaru di pasaran.
Selamat mencuba!
Ikhlas,
Syahida Ramli,
Pengasas, Butik Sulaman Sri Classic dan Akademi Sulaman Online Sri Classic
Jom Ikuti Kelas seni sulaman manik Secara Online Bersama Kami!
belajar sulaman manikcorak manikcorak manik terkinifesyenjahitjahitan manikjahitan manik 2011jahitan manik dan labucijahitan manik terkini 2012kelas sulaman manikmanikmanik dan labucisulamansulaman maniksulaman manik dan labuci
Leave a Reply
Your email address will not be published. Required fields are marked
You must be logged in to post a comment.







