Sulaman Kerawang Air Mata Dengan Motif Sulaman Bunga Ros Hutan.

Sulaman Baju Kurung Tradisional.

Sulaman kerawang air mata dengan motif sulaman bunga ros hutan adalah rekaan sulaman kerawang untuk baju kurung tradisional pelanggan butik kami pada kali ini.

Sulaman Kerawang Air Mata Dengan Motif Sulaman Bunga Ros Hutan

Sulaman Kerawang Di Bahagian Tangan dan Biku Di Keliling Baju.

Sulaman Baju Kurung Tradisional.

Sulaman kerawang air mata dengan bunga ros hutan kali ini dihasilkan pada baju kurung tradisional. Ia dihasilkan di bahagian hujung tangan sahaja. Manakala di bahagian keliling bawah baju, hanya dihasilkan sulam biku dengan rekaan bunga-bungaan kecil.

Saiz Ketebalan Sulaman Berbeza.

Sulaman Baju Kurung Tradisional.

Di sini, ia memberi sedikit kelainan berbanding dengan rekaan-rekaan sulaman kerawang kami sebelum ini seperti baju kurung tradisional sulam ayak bunga safron. Di mana sulaman yang dihasilkan sama besar ketebalan sulaman pada bahagian tangan baju mahupun di bahagian hujung keliling baju. Ketebalan bagi kedua-dua tempat ini dihasilkan sama besar saiznya.

Rekaan Sulaman Tertumpu Di Bahagian Tangan.

Sulaman Baju Kurung Tradisional.

Walau bagaimanapun, pada kali ini, pihak pelanggan kami meminta agar rekaannya hanya tertumpu di bahagian tangan berbanding dengan hujung bawah baju. Sebab itulah pada kali ini, dihasilkan sulaman kerawang yang menyerlah di bahagian hujung tangan. Manakala di bahagian bawah labuh baju, hanya biku-biku kecil sahaja yang dihasilkan.

Motif Sulaman Bunga Ros Hutan.

Sulaman baju Kurung Tradisional.

Dari segi motif bungaan pula, kali ini motif ros hutan menjadi pilihan kami. Manakala motif ini dihasilkan dengan saiz sederhana besar di bahagian hujung tangan baju. Dengan ini, ia nampak sedikit berbeza ekoran posisi rekaan ros hutan ini tidak dihasilkan dalam 1 sisi pandangan sahaja. Sebaliknya ia dihasilkan pada posisi yang berlainan. Iaitu posisi sisi, posisi atas ataupun posisi kudupan satu-satu bentuk bunga ros hutan ini. Sebab itulah jika dilihat betul-betul pada rekaan sulaman ini, terdapat posisi yang dilukis dari sudut pandangan tepi bunga ros hutan ini. Apabila dilukis dengan posisi dari bahagian sisi, kelihatan dengan jelas tampuk satu-satu kuntum bunga ros hutan ini.

Rekaan Sulam Di Hujung Tangan Berbentuk Pucuk Rebung.

Sulaman Baju Kurung Tradisional.

Ia lebih menyerlah lagi apabila rekaan pada hujung tangan baju kurung tradisional ini dihasilkan dalam bentuk pucuk rebung. Ia meruncing ke atas seperti segitiga. Justeru, apabila dipakai, ia akan nampak penuh di bahagian hujung lengan baju.

Ketebalan Saiz Sulaman Kerawang.

Sulaman Baju Kurung Tradisional.

Manakala ketebalan sulaman kerawang di bahagian hujung lengan baju kurung tradisional ini adalah setebal 4.5 inci. Ia tidak terlalu tebal dan tidak pula terlalu nipis. Namun, ia nampak mewah kerana rekaan sulamannya sesuai dengan latar belakang baju kurung tradisional ini.

Sulaman Biku Di Bahagian Hujung Labuh Baju Kurung Tradisional.

Sulaman Baju Kurung Tradisional.

Di bahagian hujung labuh baju pula, sulaman biku hanya dibuat dengan motif berbunga kecil. Gabungan 3 bunga kecil dihiasi dengan daun-daun yang disusun seperti bentuk ‘S’ ini amat menarik, berbanding dengan hanya dihasilkan lengkuk-lengkuk sahaja. Ketebalan biku bunga-bunga kecil ini pula adalah setebal ¾ inci sahaja. Ia tidak pun sampai 1 inci. Sebab itulah hasilnya nampak menyerlah walaupun dihasilkan ringkas.

Motif Kerawang Air Mata.

Sulaman Baju Kurung Tradisional.

Selain daripada itu, pada kali ini kerawang yang dihasilkan adalah kerawang air mata. Kerawang air mata ini sangat menarik kerana ia jarang dihasilkan dalam rekaan-rekaan kami sebelum ini. Justeru, penghasilan kerawang motif air mata ini amat sesuai sekali untuk design sulaman pada kali ini.

Kombinasi Warna Sulam Harmoni.

Sulaman Baju Kurung Tradisional.

Bukan itu sahaja, hasil sulaman pada kali ini kelihatan lebih menyerlah dengan kombinasi warna yang harmoni. Gabungan warna peach, kuning dan purple pada bunga ros hutan ini telah menjadikan ia sangat cantik dan unik. Begitu juga kudup bunga pada ros hutan ini. Ia telah menimbulkan lagi rekaan sulaman kerawang motif bunga ros hutan ini.

Penggunaan Warna Lembut Untuk Motif Kerawang.

Sulaman Baju Kurung Tradisional.

Warna hijau epal merupakan warna kerawang yang lembut digunakan pada kali ini. Dengan menggunakan warna hijau epal, ia berjaya menjadikan hasil sulaman baju kurung tradisional ini timbul dan cantik. Ia sekaligus memberi padanan lebih menyerlah walaupun latar belakang fabrik ini adalah hijau pudar. Oleh yang demikian, gabungan warna-warna yang sesuai telah digunakan agar is sepadan dan harmoni dengan latar belakang kain baju kurung ini.

Mengayak Dengan Teknik Bukaan Zig Zag.

Sulaman Baju Kurung Tradisional.

Selain itu juga, teknik bukaan zig zag telah digunakan untuk menghasilkan sulaman bunga ros hutan pada kali ini. Penggunaan teknik bukaan zig zag ketika menyulam ayak baju kurung tradisional ini telah berjaya menimbulkan lagi hasil corak sulamannya. Ditambah pula dengan teknik cincang yang padat. Di mana, ia dilakukan di bahagian dalam bunga ros hutan ini. Sekaligus ia telah membuatkan hasil sulaman ayak nampak benar-benar hidup dan natural.

Hasil Sulaman Kerawang Eksklusif.

Sulaman Baju Kurung Tradisonal.

Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaan dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada sulaman kerawang air mata dengan motif sulaman bunga ros hutan Butik Sulaman kami pada kali ini. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulaman kerawang ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.

Sulaman Kerawang Air Mata Dengan Motif Sulaman Bunga Ros Hutan.

Sulaman Baju Kurung Tradisional Terkini.

Itulah sajian foto bergambar sulaman kerawang air mata dengan motif sulaman bunga ros hutan yang telah dihasilkan untuk tempahan sulam kerawang pelanggan butik sulaman kami pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulaman baju kurung tradisional kami pada kali ini.

Jika anda berminat dengan sulaman baju kurung tradisional yang bermotif bunga ros hutan di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.

Reaksi Pelanggan.

Apa Kata Pelanggan Sulaman Ayak Kerawang Butik Sri Classic Kami.

Ingin Menempah?

WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman Kerawang

Lakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini

WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461