sulaman manik terkini, agaknya itulah yang diterjemahkan oleh individu tertentu sewaktu membezakan di antara design atau motif yang diilhamkan untuk sulaman manik. Walau pun disulam berpandukan bermacam-macam bentuk serta rekaan, sulaman manik ini tetap menarik dan mempunyai aura tersendiri untuk dihasilkan.
Jenis sulaman manik Yang Diguna Pakai Untuk Fesyen Manik 2012
Elemen sulaman manik yang diilhamkan pada tahun 2012 ini ialah elemen-elemen Kristal dan cara tampalan. Ini kerana terdapat Kristal-kristal pasang siap yang anggun dengan bermacam-macam bentuk rekaan untuk dihasilkan dalam sulaman manik. Malahan, ia menjadikan kerja menyulam manik sangat mudah dan membantu para penyulam manik ataupun pereka fesyen untuk mengayakan design sulaman manik mereka dengan sungguh cantik, anggun serta menjimatkan masa.
Kristal Pasang Siap Tak Menepati Cita Rasa Dalam Rekaan sulaman manik
Walaupun begitu, bagi mereka yang mahukan perbezaan dalam segenap rekaan sulaman manik yang dihasilkan sudah barang pasti rekaan Kristal pasang siap ini tak menepati cita rasa mereka. Ini disebabkan Kristal pasang siap ini tak mempunyai nilai kesenian yang dicungkil sewaktu dihasilkan secara pukal. Dari itu, teknik-teknik gabungan hasil kerja tangan sendiri dan bukannya hasil dari Kristal pasang siap tadi boleh memberikan kepuasan dan corak terkini dalam rekaan sulaman manik itu sendiri.
Namun, sulaman manik ini terus lagi digabungkan dengan mutiara bagi menampakkan hasil rekaan yang lebih natural serta tidak terlampau garang dengan himpunan Kristal semata-mata. Justeru itu, penggunaan warna-warna sekata dihasilkan supaya hasil sulaman manik lebih cantik serta natural. Itulah kehebatan corak rekaan sulaman manik bagi tahun 2012 ini yang semakin menyerlah untuk pandangan akan tetapi kekal dalam rekaan natural serta elegan.
Menggabungkan Kristal Dengan Manik Kecil Dalam Segenap Hasil sulaman manik
Seterusnya, Kristal-kristal ini akan digabungkan dengan manik-manik yang kecil supaya manik tersebut memenuhi ruang-ruang kecil yang masih terdapat dicelah Kristal yang sudah disusun tadi. Susunan Kristal pula lebih tertumpu kepada saiz yang berbagai di mana, saiz-saiz besar digabungkan dengan Kristal yang bersaiz kecil serta bermacam-macam bentuk. Di sinilah pasti menghasilkan rekaan dan corak sulaman manik terkini apabila kesemua material tadi digabung jalinkan dalam sesuatu rekaan sulaman manik.
Alangkah mewahnya jikalau baju pakaian sulaman manik tersebut tidak lagi nampak polos tetapi sudah ditambah dengan aksesori sulaman manik terkini mengikut cita rasa semua lapisan serta peringkat umur dari yang muda sehingga kepada yang sudah berumur. Tetapi, ia tetap bersesuaian jika ia mengikut gaya serta olahan yang betul pada semua lapisan masyarakat yang inginkan fabrik pakaian mereka yang menawan dihiasi sulaman manik.
Bersama perkembangan rekaan sulaman terkini ini, ia membolehkan semua golongan mampu bergaya mengikut rekaan yang bersesuaian dengan umur mereka. Justeru, tidak hairanlah sekiranya di waktu akan datang, permintaan terhadap sulaman manik ini akan terus meningkat lebih-lebih lagi dengan adanya pertemuan rekaan sulaman manik yang terkini dan terbaru di pasaran.
Selamat mencuba!
Ikhlas,
Syahida Ramli,
Pengasas, Butik Sulaman Sri Classic dan Akademi Sulaman Online Sri Classic
Jom Ikuti Kelas sulaman manik Secara Online Bersama Kami!
belajar sulaman manikcorak manikcorak manik terkinifesyenjahitjahitan manikjahitan manik 2011jahitan manik dan labucikelas sulaman manikmanikmanik dan labucisulamansulaman maniksulaman manik dan labuci
Leave a Reply
Your email address will not be published. Required fields are marked
You must be logged in to post a comment.







