teknik sulaman manik terbaru, agaknya itulah yang diterjemahkan oleh individu tertentu sewaktu membezakan di antara corak atau motif yang dihasilkan pada teknik sulaman manik. Walau pun dibuat berdasarkan beraneka bentuk dan rekaan, teknik sulaman manik ini tetap menambat hati dan memiliki aura tersendiri untuk digayakan.
Material teknik sulaman manik Yang Diguna Pakai Untuk Rekaan Manik 2012
Elemen teknik sulaman manik yang disulamkan pada tahun 2012 ini ialah elemen-elemen Kristal dan cara tampalan. Ini kerana terdapat Kristal-kristal pasang siap yang anggun dengan beraneka bentuk rekaan untuk diterjemahkan dalam teknik sulaman manik. Malahan, ia menjadikan kerja menyulam manik sangat mudah dan membantu para penyulam manik ataupun pereka fesyen dalam mengayakan design teknik sulaman manik mereka dengan lebih cantik, anggun serta menjimatkan masa.
Kristal Pasang Siap Tidak Menepati Cita Rasa Dalam Rekaan teknik sulaman manik
Walaupun begitu, bagi mereka yang inginkan kelainan dalam semua rekaan teknik sulaman manik yang dihasilkan sudah semestinya rekaan Kristal pasang siap ini tak menepati cita rasa mereka. Ini kerana Kristal pasang siap ini tidak memiliki nilai kesenian yang dicungkil apabila dihasilkan secara pukal. Dari itu, teknik-teknik gabungan hasil kerja tangan sendiri dan bukannya hasil dari Kristal pasang siap tadi dapat memberikan kepuasan dan corak baru dalam rekaan teknik sulaman manik itu sendiri.
Akan tetapi, teknik sulaman manik ini masih lagi digabungkan dengan mutiara bagi menampakkan hasil rekaan yang lebih natural juga tak terlampau garang dengan himpunan Kristal semata-mata. Justeru itu, penggunaan warna-warna senada dihasilkan agar hasil teknik sulaman manik lebih cantik dan natural. Itulah hebatnya corak rekaan teknik sulaman manik untuk tahun 2012 ini yang semakin menyerlah pada pandangan akan tetapi kekal dalam rekaan natural serta elegan.
Menggabungkan Kristal Dengan Manik Kecil Dalam Segenap Hasil teknik sulaman manik
Seterusnya, Kristal-kristal ini bakal digabungkan dengan manik-manik yang kecil agar manik tersebut memenuhi ruang-ruang kecil yang masih terdapat dicelah Kristal yang sudah disusun tadi. Susunan Kristal pula lebih tertumpu kepada saiz yang bermacam-macam di mana, saiz-saiz besar digabungkan dengan Kristal yang bersaiz kecil serta pelbagai bentuk. Di sinilah bakal menghasilkan rekaan juga corak teknik sulaman manik terkini apabila kesemua material tersebut digabung jalinkan dalam sesuatu rekaan teknik sulaman manik.
Alangkah menariknya jika fabrik teknik sulaman manik tersebut tak lagi kelihatan polos tetapi sudah ditambah dengan aksesori teknik sulaman manik terkini mengikut cita rasa semua lapisan dan peringkat umur dari yang muda sehinggalah kepada yang sudah berumur. Akan tetapi, ia tetap bersesuaian apabila ia mengikut gaya serta olahan yang betul atas setiap lapisan masyarakat yang inginkan fabrik pakaian mereka yang menarik dihiasi teknik sulaman manik.
Dengan perkembangan rekaan sulaman terkini ini, ia membolehkan semua golongan mampu bergaya mengikut rekaan yang bersesuaian dengan umur mereka. Justeru, tidak hairanlah jika untuk waktu akan datang, permintaan terhadap teknik sulaman manik ini pasti terus meningkat lebih-lebih lagi dengan adanya pertemuan rekaan teknik sulaman manik yang terkini dan terbaru di pasaran.
Selamat mencuba!
Ikhlas,
Syahida Ramli,
Pengasas, Butik Sulaman Sri Classic dan Akademi Sulaman Online Sri Classic
Jom Ikuti Kelas teknik sulaman manik Secara Online Bersama Kami!
belajar sulaman manikcorak manikcorak manik terkinifesyenjahitjahitan manikjahitan manik 2011jahitan manik dan labucikelas sulaman manikmanikmanik dan labucimanik terkini 2012sulamansulaman maniksulaman manik dan labuci
Leave a Reply
Your email address will not be published. Required fields are marked
You must be logged in to post a comment.







