Teknik sulaman manik iring menjadi salah satu teknik kegemaran yang dihasilkan menghiasi fesyen busana pakaian wanita di negara ini. Malah, teknik sulaman manik ini juga telah dikembangkan dengan begitu cantik dan kreatif sehingga ia boleh menghasilkan rekaan sulaman manik 3D pula.

Cuba Lihat Contoh Teknik Sulaman Manik Iring.

Jika anda pandai menggubahnya, ia akan nampak mewah dan bakal menjadi sebaliknya jika anda tidak meletakkan sedikit kreativiti dalam mengolah teknik sulaman manik ini. Mengapa? Ini disebabkan teknik sulaman manik iring ini perlu dikembangkan dengan pelbagai kreativiti dan sentuhan unik anda mengikut arus perkembangan fesyen semasa.

Teknik Sulaman Manik Yang Sama Untuk Rekaan Fesyen Berbeza.

Hakikatnya, biarpun anda menggunakan teknik sulaman manik yang serupa, namun setiap hasil rekaan penyulam pastinya akan berlainan dan tidak serupa dengan rekaan manik daripada penyulam lain walaupun anda menggunakan teknik yang sama seperti contoh teknik iring. Perkara ini pernah terjadi dan dikongsi bersama oleh rakan peserta bengkel manik saya di mana mereka membuka dan menerima tempahan daripada butik dan menghasilkan sulaman manik dalam  kumpulan mereka. Walaupun pada dasarnya mereka berbincang dan sepakat untuk menggunakan teknik-teknik tertentu sahaja dalam rekaan fesyen sulaman manik mereka agar ia nampak seragam, sebaliknya lain yang terjadi. Malah dengan menggunakan teknik yang sama pun, hasil rekaan mereka masih berbeza.

Kreativiti Penyulam Menghasilkan Rekaan Sulaman Manik Berbeza.

Ini membuktikan kepada kita bahawa biar apa pun teknik sulaman manik yang digunakan walaupun teknik yang sama, tetapi setiap hasil rekaan fesyen yang anda lakukan nyata berlainan sekali dengan individu yang lain. Sepertimana masakan yang unik pada ‘air tangan’ seseorang tukang masak, perkara yang sama juga berlaku pada sulaman manik ini. Ia bergantung kepada siapa penjahit dan penyulam tersebut.

Jadi terpulanglah kepada anda dalam mengetengahkan identiti anda sebagai penyulam manik kerana setiap sulaman manik anda pastinya akan dikenali dan dihargai oleh para pelanggan anda sendiri.

Ikhlas,

Syahida Ramli,

Pengasas, Akademi Sulaman Sri Classic

Jom belajar sulaman manik!