Kembali berkarya

Assalamualaikum

Rasanya sudah terlalu lama, ruangan tips ini tidak aktif. Ini kerana terdapat banyak komitmen lain yang terpaksa dibereskan terlebih dahulu.

Malahan tanpa disedari setahun sudah berlalu.

Kepada anda yang merupakan pengunjung setia laman web ini, nantikan kemumculan terbitan buku terbaru daripada saya untuk teknik sulaman manik dan labuci di pasaran.

InsyaAllah ia akan diterbitkan dan keluar di pasaran dalam hujung Disember 2008 ini. Dan ia boleh didapati di Kedai-kedai buku di tempat anda.

Terima kasih.

www.sri2u.com

Menghilangkan tulang dalam jahitan sulaman tangan

Dalam jahitan sulaman tangan, kadangkala susah untuk anda menghilangkan tulang benang, terutamanya jahitan yang melibatkan teknik billion. Read the rest of this entry »

Teknik Terkini Sulaman Manik

Tahun 2007, perkembangan manik di negara kita diperkenalkan dengan teknik kepingan labuci dan juga teknik penghasilan juraian. Jika anda ingin mengetahui bagaimana teknik tersebut dihasilkan, rujuklah jahitan manik Volume 1 daripada kami.

 

Namun, perubahan demi perubahan telah berlaku dalam penghasilan teknik jahitan manik dengan penambahan batu kristal Swazroski dan juga teknik penampalan patch work. Dengan ini para penggemar manik akan mendapat hasil yang eksklusif tetapi tidak terlampau sarat seperti mana teknik juraian yang nampak begitu mewah pada pakaian.

Read the rest of this entry »

Lagi tentang pergerakan tangan pada pemidang

Bagi mereka yang baru berjinak-jinak untuk menyulam kerawang, perkara yang paling penting selain dari keseimbangan pergerakan adalah cara bagaimana anda memegang pemidang.

 

Hal ini kerana, anda tidak boleh memutar atau menggerakkan pemidang berbentuk bulatan kerana ia akan mempengaruhi pergerakan jahitan zig zag atau satin yang dilakukan anda.

Read the rest of this entry »

Perihal Sulaman Tangan

Selain daripada ketelitian dalam menjahit sulaman tangan, bahan atau material yang digunakan harus dititikberatkan agar kualiti sulaman tangan yang dihasilkan terjamin.

Sebagai contohnya, benang crosstich yang digunakan untuk menghasilkan sulaman tangan tadi mempunyai pelbagai jenis. Jadi anda dinasihatkan membeli dan mengguna benang crosstich berbentuk bulat.

Read the rest of this entry »