Corak ros adalah kunci dalam menghasilkan sulaman riben. Hal in kerana permintaan terhadap ratu bunga ini amat tinggi berbanding dengan corak bunga riben yang lain. Jika dilihat motif sulaman riben Inggeris pastinya corak ros ini diperkenalkan dalam pelbagai bentuk.

Corak Ros Sulam Riben Digabungkan Dengan Corak Bunga Riben Lain

 

Dalam penghasilan sulaman riben ini pula, corak ros ini akan nampak lebih hidup apabila digabungkan dengan corak bunga lain. Ia sesuai apabila motif ros dalam sulaman riben ini digabungkan dengan teknik daun besar dan ribbon stitch menampakkan sulaman riben yang dihasilkan benar-benar hidup. Jika dilihat apabila sulaman riben ini menghiasi sarung bantal hiasan dalam, rekaannya amat mendamaikan mata dengan corak yang cantik.

Mudahnya Menghasilkan Sulam Riben Sendiri

 

Semudah ABC, pastinya ia menarik pelbagai lapisan masyarakat untuk mempelajari sulaman riben ini. Ia boleh dipelajari seumur 6 tahun lagi asalkan seseorang itu mahu mempelajarinya tanpa ada paksaan dalam diri. Namun, ia akan menjadi sedikit sukar apabila individu tersebut tidak mahu mempelajarinya tetapi memaksa diri untuk mempelajarinya. Ataupun ia berhasil, tetapi hakikatnya sukar untuk sulaman riben yang dihasilkan individu tersebut berkualiti dan kemas. Ini kerana penghasilan sulaman riben dihasilkan sekadar cakar ayam ataupun seperti melepaskan batuk di tangga.

Tanamkan Minat Dalam Mempelajari Sulam Riben

 

Oleh yang demikian, perlulah untuk anda menanamkan minat terlebih dahulu untuk mempelajari sulaman riben ini. Dengan minat, sulaman riben akan dihasilkan secara santai dan pastinya ia menjadi lebih cantik. Ini kerana setiap hasil sulaman riben anda dibentuk berdasarkan lontaran emosi anda yang penuh dengan seni. Maka terhasillah sulaman riben yang sangat cantik dan berkualiti.

 

Selamat Mencuba!

Ikhlas,

Syahida Ramli,

Pengasas Butik Sulaman & Akademi Sri Classic Collection

Moderator Online Courses Sulaman Reben di akademi2u.com