Tel: (+60) 06 3374 851

Uniknya Rekaan Sulaman Tangan Benang Emas

Unik dan Elegan. Begitulah tanggapan awal saya apabila berkunjung ke rumah ibu saudara saya baru-baru ini. Di mana, saya menjumpai satu teknik sulaman benang emas yang kian dilupakan. Apabila bercakap tentang benang emas, ia mengingatkan saya sulaman tekat yang dibuat pada mempulur di atas kain baldu.

Berpeluang Melihat Sulaman Tangan Benang Emas.

Kini, rekaan sulaman tangan benang emas yang saya jumpai cukup istimewa yang dibuat dan disulam sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan lagi. Namun, saya dapat melihat keunikannya kerana ia dijaga rapi. Sulaman teknik ini hanya menggunakan kain net sebagai medium dan juga benang emas sebagai bahannya.

Rekaan Sulaman Tangan Benang Emas.

Dan ini membuktikan bahawa, gadis-gadis Melayu sewaktu zaman itu cukup mahir dalam seni sulaman tangan ini. kerana untuk menghasilkan rekaan sulaman tangan benang emas ini, mereka harus membilang dengan tepat urat-urat kain net tersebut sebelum ditusuk dan dijalinkan dengan benang emas satu persatu. Untuk tidak mengakibatkan benang tersebut berpintal, kaedah penghasilan unting benang dijadikan seperi mana sulaman tekat. Ia supaya hasil yang diperoleh menjadi lebih kemas dan menarik.

Warisan Sulaman Tangan Yang Semakin Dilupakan.

Ternyata, sulaman ini terus dilupakan jika ia tidak diperkenalkan kepada generasi muda masa kini. Tiadalah warisan yang dapat diagungkan atau ditunjukkan jika tiada hasrat kita semua untuk mencari sumber-sumber yang semakin dilupakan.

Bagi saya, sulaman boleh dikomersialkan mengikut caranya tersendiri kerana ia tidak lapuk dek ditelan zaman. Malah masih gah sehingga ke hari ini.

Ikhlas,

Syahida Ramli,

Pengasas, Butik Akademi Sulaman Sri Classic

Tips Menarik Terkini:

Leave a Reply