Butik & Akademi Latihan Sri Classic

Butik & Akademi

SELAMAT DATANG KE SRI CLASSIC.

Butik Sulaman dan Akademi Latihan Sri Classic Collection mengucapkan selamat datang ke laman rasmi kami. Laman ini untuk anda sebagai pencinta sulaman, jahitan, dan kraf kreatif.

KENALI KAMI

Sepintas Lalu.

Slot Selamat Pagi Malaysia Bersama Pengasas Butik dan Akademi Sri Classic

Butik Sri Classic telah beroperasi lebih 14 tahun semenjak 2003 lagi. Kami menyediakan khidmat tempahan sulaman, langsir dan dress mengikut fesyen dan permintaan semasa. Manakala Akademi Latihan Sri Classic pula mula beroperasi seawal 2006. Di mana kami mengendalikan pelbagai kursus dan bengkel di seluruh Malaysia untuk sulaman, jahitan, kraf kreatif dan keusahawanan. Malah, kepakaran kami turut diiktiraf oleh beberapa agensi berkanun tempatan seawal 2008 lagi. Manakala pengalaman pengasas kami dalam industri sulaman dan apparel, iaitu Puan Syahida Ramli pula telah menjangkau lebih 31 tahun menjelang 2018 ini.

JAMINAN TEMPAHAN.

Eksklusif, Unik & Original

BUTIK SRI CLASSIC

Tempahan Eksklusif.

Keratan Akhbar Mingguan Malaysia Butik Sri Classic

Butik Sulaman Sri Classic Collection menyediakan khidmat tempahan berasaskan jahitan dan sulaman. Setiap tempahan sulaman dan jahitan kami adalah eksklusif untuk setiap penempah. Tiada duplikasi design ataupun corak. Jadi, anda akan lebih berpuas hati dengan design yang kami persembahkan.

JAMINAN BENGKEL & KELAS.

Interaktif, Santai & Hands On

AKADEMI SRI CLASSIC

KELAS & BENGKEL.

Keratan Harian Metro Bersama Pengasas Butik Sulaman

Akademi Latihan Sri Classic menyediakan khidmat rundingan pakar untuk seni kemahiran halus tangan sama ada jahitan, sulaman mahupun kraf kreatif. Sehingga pertengahan 2014, akademi latihan kami telah mengendalikan lebih 675 bengkel di seluruh Malaysia.

INFO & BERITA

SISIPAN TERKINI.

CORAK SULAM TERKINI

KOLEKSI TEMPAHAN SULAM KERAWANG.