Sulaman Benang Atas Tudung 3 Layer

Apabila melihat mama mengayakan tudung 3 layer sewaktu hari ibu tempoh hari, terdetik dalam hati saya alangkah ekslusifnya jika ia ditambahkan dengan aksesori sulaman. Jika sulaman manik dipraktikkan ia akan nampak seperti biasa saja, tapi jika sulaman benang ditambahkan pastinya ia akan lebih menarik.

Ya! Tiada lagi ia dalam pasaran jika ditambahkan di bahagian awning dan disulam pada setiap hujung iaitu pada setiap lapis tudung tersebut. Corak sulaman benang yang kecil dan gayanya yang comel-comel saja pastinya akan menarik perhatian bagi sesiapa yang memakainya.

Motif dan Fesyen Corak Sulaman Benang

Corak sulaman benang telah melalui beberapa proses peralihan dari tahun ke tahun. Proses peralihan corak sulaman benang ini sedikit sebanyak telah menyerikan lagi industri seni halus tangan ini. Untuk pengetahuan anda, ketika menyulam hasil rekaan sulaman benang ini, kesabaran yang tinggi dituntut untuk setiap penyulam. Ini berpunca, apabila arah lilitan tidak tersusun atau terbalik, sudah pasti hasil rekaan sulaman benang yang dijahit tidak tersusun.

 

Daya Tarikan Sulaman Tangan

Daya Tarikan Sulaman Tangan

Sulaman tangan kini menjadi daya tarikan untuk anda menghasilkannya. Ini kerana rekaan sulaman tangan cantik dan juga kos upahnya adalah mahal. Justeru, jika anda berkesempatan mempelajarinya, ia adalah satu peluang yang tidak harus dilepaskan. Ini kerana daya tarikan sulaman tangan ini amat kuat kepada penggemar rekaan yang kecil tetapi menarik.