Jika anda penggemar seni sulaman kerawang, pihak kami menyediakan perkhidmatan tempahan sulaman kerawang secara eksklusif untuk pelbagai jenis fabrik dan fesyen yang diingini. Kepakaran kami dalam menyulam membolehkan anda menempah sulaman bersama kami dari selembut-lembut material fabrik seperti sari dan organza hingga ke sekasar-kasar fabrik seperti songket. Malahan setiap tempahan sulaman kerawang bersama butik sulaman kami menjanjikan hasil yang asli, unik, menarik serta lain daripada yang lain.

Aneka Corak Tempahan Sulaman Kerawang

Pertanyaan Umum Tentang Tempahan Sulaman Kerawang Kami

Apakah motif tempahan sulaman kerawang yang disediakan?

Kami menyediakan motif pelbagai mengikut kesesuaian warna dan cork fabrik penempah. Adapun setiap tempahan sulaman kerawang kami merangkumi motif kerawang buih, kerawang lebah, kerawang sarang lelabah, kerawang paku pakis, kerawang daun, dan bermacam lagi motif kerawang.

Berapa lamakah masa diambil untuk menyiapkan tempahan sulaman kerawang ini?

Setiap tempahan sulaman kerawang butik kami mengambil masa 30 hari untuk disiapkan. Dan 30 hari ini adalah untuk satu-satu tempahan tidak melebih 3 busana. Jika penempah ingin menyulam kerawang busana lebih dari 3 busana tangguhan 7 hari akan diminta. Ini kerana kami menyulam secara ayak tradisional dan bukannya menyulam menggunakan mesin sulam berkomputer.

Bagaimanakah cara untuk saya menempah sekiranya saya berada jauh dari lokasi butik sri clssic?

Mudah sahaja.

  1. Anda hanya perlu menghubungi kami terlebih dahulu bagi memastikan jenis design sulaman kerawang yang diingini, jenis fabrik yang bakal disulam, lokasi yang ingin disulam, ketebalan sulam yang diingini dan sebagainya. Ia bertujuan untuk melakukan perbincangan tentang kos dan jangka masa tempahan yang bakal diambil.
  2. Kemudian, jika anda ingin meneruskan hasrat untuk menempah sulaman kerawang mesin ini bersama kami, anda perlu menempah menggunakan borang yang disediakan di bawah berserta dengan deposit ke dalam akaun kami.
  3. Poskan baju atau fabrik anda kepada kami. Kami akan menghubungi anda sejurus selepas busana anda selamat sampai kepada kami.
  4. Proses menyulam ayak kerawang busana anda dimulakan.
  5. Dalam masa 30 hari, atau sejurus selepas tempahan sulaman kerawang anda disiapkan, pihak kami akan memaklumkan kepada anda melalui telefon dan emel.
  6. Anda perlu memasukkan baki kos tempahan dan juga kos penghantaran semula busana anda.
  7. Kami akan mengepos busana tempahan anda sejurus selepas pengesahan bayaran dibuat oleh anda pada hari tersebut.
Koleksi Terkini Tempahan Sulaman Kerawang

Berikut adalah corak rekaan tempahan sulaman kerawang terkini yang telah dihasilkan oleh butik sulaman kami. Kesemua corak rekaan tempahan sulaman kerawang ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa. Untuk mengetahui dan melihat rekaannya, sila klik imej di bawah.

Ciri-Ciri Tempahan Sulaman Kerawang Kami

Sulam Ayak Tradisional

Menyediakan khidmat tempahan sulam kerawang tradisional menggunakan mesin sulam industri dan mesin jahit domestik dan bukannya menggunakan mesin sulam berkomputer.

Satu Design Satu Pelanggan

Setiap motif yang dihasilkan sentiasa berbeza antara satu sama lain walaupun dihasilkan oleh penyulam yang sama. Tiada duplikasi corak yang sama untuk tempahan pelanggan lain.

Aneka Fabrik

Kami menerima tempahan untuk apa jua jenis fabrik seperti sari, organza, dan songket. Anda hanya perlu membawa fabrik anda atau menghantar fabrik anda kepada kami untuk disulam.

Siap 30 hari

Jaminan kami setiap tempahan sulaman kerrawang anda akan disiapkan sepenuhnya dalam tempoha 30 hari dari tarikh tempahan dilakukan.

Motif Kerawang Pelbagai

Kesemua motif sulaman yang dihasilkan adalah pelbagai untuk apa jua jenis fesyen busana mahupun dekorasi dalaman atau untuk apa jua jenis majlis.

Sentuhan Original

Sentuhan setiap rekaan sulaman kerawang kami adalah 100% daripada pihak kami sendiri dan bukannya dicedok mahupun diambil dari rekaan sedia ada di pasaran.

Mesin-Jahit-Domestik
Kenali Perbezaan Motif Sulaman Kerawang

Ketahui apakah beza motif sulaman kerawang yang terdapat di Negara jiran? Jadi, untuk mengetahuinya, jom tonton video di sebelah untuk memberikan kefahaman dengan mendalam kepada anda.

Bersedia untuk menempah sulaman kerawang ayak bersama kami hari ini?

HUBUNGI KAMI SEKARANG!