Kelas & Bengkel Jahitan Langsir Akademi Sri Classic.
BENGKEL JAHITAN LANGSIR
Belajar Menjahit Langsir Interaktif Bersama Akademi Latihan Sri Classic Hari Ini.
KEUTAMAAN #1 KAMI ADALAH
Belajar Mengikut Pattern Langsir Pilihan Anda
Keutamaan #1 kami adalah anda, peserta bengkel menjahit langsir kami. Kami percaya dengan perkhidmatan kami dan memberikan servis rundingan dalam standard tertinggi. Kami sangat mengambil berat tentang kejayaan peserta kami seperti yang anda inginkan pada diri anda. Untuk memberikan gambaran tentang suasana bengkel jahitan menjahit langsir kendalian kami, sila muat turun apps di bawah.
Konsep Pembelajaran Akademi Latihan Kami.
BELAJAR MAHIR & KUASAI
Bengkel jahit langsir kendalian Akademi Sri Classic mendukung 3 konsep pembelajaran iaitu belajar, mahir & kuasai. Ini bermakna, anda bukan sahaja sekadar belajar tetapi kami akan pastikan anda mahir dan menguasai setiap teknik jahit langsir yang dipelajari. Untuk memastikan penguasaan anda dalam kemahiran menjahit langsir ini adalah 100%, maka kami berikan khidmat rundingan selepas kursus percuma seumur hidup anda. Segala kemusykilan anda akan dijawab terus oleh pengasas akademi kami sendiri.
Pattern & Modul Langsir.
BENGKEL JAHITAN LANGSIR TERKINI
Kami menyediakan bengkel jahitan langsir berdasarkan pattern pilihan dan kegemaran semasa. Kami sentiasa mengemaskini modul dan pattern jahitan langsir kami untuk membolehkan anda terus menjana pendapatan selepas mengikut bengkel kami. Oleh kerana itulah, modul bengkel jahitan langsir kami bersifat fleksibel dan mengikut arus fesyen dekorasi semasa.
Pattern Jahitan Langsir Roman Blind
Langsir roman blind atau langsir bidai ini merupakan pattern langsir yang amat digemari pada waktu ini. Ini bersesuaian dengan rekaan rumah kediaman hari ini yang lebih moden dan minimalis.
Pattern Jahitan Langsir Pelmet Loose Scallop
Langsir pelmet loose scallop ini merupakan langsir moden terkini yang menggabungkan 2 jenis pattern. Ia gabungan pelmet dan juga loose scallop. Hasil gabungan kedua-dua pattern ini, akan menghasilkan pattern langsir yang lebih menarik dan moden.
Pattern Jahitan Langsir Scallop Box Pleat
Pattern langsir scallop box pleat ini menggabungkan 2 jenis pattern langsir. Ia menggabungkan pattern scallop dan juga box pleat. Hasil pattern langsir scallop box pleat ini akan lebih menarik dengan penggunaan fabrik yang minima.
Modul Langsir Akademi Latihan Kami.
PATTERN & MODUL LANGSIR
Ciri-Ciri Bengkel Jahitan Langsir Kami.
KEISTIMEWAAN & KEUNIKAN
Interaktif
Setiap sesi bengkel dikendalikan secara interaktifBengkel Interaktif
Untuk pembelajaran lebih seronok, pemahaman lebih mudah, dan penguasaan lebih pantas.
Santai
Sesi Latihan Kami Dikendalikan Secara Santai.Belajar Santai
Tiada stress atau stress sifar bagi setiap peserta.Tanpa Asas Jahitan
Belajar Bengkel Kami Tanpa Perlu Asas Jahitan.Tanpa Asas Jahitan
Anda tidak perlu asas jahitan untuk mengikuti bengkel latihan kami.Nota Berwarna
Kesemua Nota Bengkel Kami Didatangkan Dengan FULL COLOR.Nota Warna Penuh
Memudahkan rujukan anda, memberikan gambaran lebih jelas & menjadi koleksi simpanan anda.Sijil
Sijil Akan Dikeluarkan Kepada Setiap Peserta Di Akhir Kursus.Sijil Diiktiraf
Sebagai Panel Pakar Runding yang berdaftar, anda tidak perlu ragu dengan sijil keluaran kami.Konsultasi Percuma
Khdimat rundingan percuma selepas bengkel.Rundingan Seumur Hidup
Anda boleh terus mendapatkan nasihat, panduan dan pertanyaan bersama tenaga pengajar anda secara percuma seumur hidup anda.BENGKEL JAHIT LANGSIR TERKINI
Bengkel Jahitan Langsir Bersama JPM
Kursus Menjahit Langsir Interaktif anjuran Jabatan Penjara Malaysia telah diadakan selama 4 hari bertempat di Institut Koreksional Malaysia (IKOM), Tanjung Kling, Melaka. Kursus Menjahit Langsir Interaktif ini telah dikendalikan oleh Akademi Latihan Sri Classic yang merupakan Tenaga Pengajar lantikan Jabatan Penjara Malaysia. Pengasas Akademi Latihan Sri Classic, iaitu Puan Syahida bte Ramli yang juga merupakan Panel Persijilan NOSS Kemahiran Malaysia dan Panel MARA Malaysia, telah bertugas sebagai tenaga pengajar pada kursus tersebut.
BENGKEL MENJAHIT LANGSIR TERKINI
Bengkel Jahitan Langsir Bersama INSKEN
Bengkel Hands On Aneka Jahitan Langsir anjuran Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) telah diadakan selama 4 hari bertempat di Corus Paradise Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Bengkel ini dikendalikan oleh Akademi Latihan Sri Classic yang merupakan Tenaga Pengajar lantikan INSKEN. Seramai 29 orang peserta yang mendaftar untuk menghadiri Kursus Hands On Aneka Jahitan Langsir tersebut. Daripada jumlah tersebut, seramai 27 orang peserta dari kaum wanita dan hanya 2 orang peserta dari kaum lelaki.
BENGKEL MENJAHIT LANGSIR TERKINI
Kursus Jahitan Langsir & Dekorasi Dalaman Bersama GIATMARA
Kursus Jahit Langsir dan Dekorasi Dalaman di bawah Program Pembasmi Kemiskinan GIATMARA telah diadakan selama 5 hari bertempat di Hotel Grand Continental Melaka. Kursus Jahit Langsir dan Dekorasi Dalaman ini telah dikendalikan oleh Akademi Latihan Sri Classic yang merupakan Technology Provider lantikan GIATMARA. Seramai 30 orang peserta kursus telah hadir pada kursus tersebut.
JOM BOOKING BENGKEL JAHITAN LANGSIR KAMI
Hubungi & Daftar Sekarang
Hubungi kami pada hari ini untuk menempah tempat anda dalam bengkel menjahit langsir kendalian kami. Kami berbesar hati menawarkan 2 jenis perkhidmatan. Sama ada bengkel secara jemputan atau secara personal coaching.