Corak Sulam Kerawang Baju Pengantin
DESIGN SULAM BAJU PENGANTIN
Corak Sulam BajuKebayaBusanaBaju SongketBusana SongketKebaya SongketBlaus Pengantin
Berikut adalah corak sulam kerawang baju pengantin hasil sentuhan Butik Sri Classic©. Antara jenis baju pengantin yang biasa kami sulamkan ialah kebaya songket, kebaya labuh, kurung moden dan blaus. Kami akan mengemaskini setiap corak sulam kerawang baju pengantin kami dari semasa ke semasa. Jangan lupa untuk bookmark halaman ini untuk mengetahui design-design sulam baju pengantin terkini dari Butik Sri Classic©.
SOALAN LAZIM TENTANG
Tempahan Sulaman Kerawang Baju Pengantin
Kami menyediakan motif pelbagai mengikut kesesuaian warna dan cork fabrik penempah. Adapun setiap tempahan sulaman kerawang kami merangkumi motif kerawang buih, kerawang lebah, kerawang sarang lelabah, kerawang paku pakis, kerawang daun, dan bermacam lagi motif kerawang. Ia bergantung kepada kesesuaian corak dan juga mengikut permintaan pelanggan kami.
Setiap tempahan sulaman kerawang butik kami mengambil masa 30 hari untuk disiapkan. Dan 30 hari ini adalah untuk satu-satu tempahan tidak melebih 3 busana. Jika penempah ingin menyulam kerawang busana lebih dari 3 busana tangguhan 7 hari akan diminta. Ini kerana kami menyulam secara ayak tradisional dan bukannya menyulam menggunakan mesin sulam berkomputer. Adalah sebaiknya jika anda berbincang terlebih dahulu bersama pihak kami dengan memberitahu tentang tarikh hari pernikahan atau perkahwinan anda untuk memudahkan proses menyiapkan tempahan sulam kerawang anda.
Mudah sahaja.
1.Anda hanya perlu menghubungi kami terlebih dahulu bagi memastikan jenis design sulaman kerawang yang diingini, jenis fabrik yang bakal disulam, lokasi yang ingin disulam, ketebalan sulam yang diingini dan sebagainya. Ia bertujuan untuk melakukan perbincangan tentang kos dan jangka masa tempahan yang bakal diambil.
2.Kemudian, jika anda ingin meneruskan hasrat untuk menempah sulaman kerawang mesin ini bersama kami, anda perlu menempah menggunakan borang yang disediakan di bawah berserta dengan deposit ke dalam akaun kami.
3.Poskan baju atau fabrik anda kepada kami. Kami akan menghubungi anda sejurus selepas busana anda selamat sampai kepada kami.
4.Proses menyulam ayak kerawang busana anda dimulakan.
5.Dalam masa 30 hari, atau sejurus selepas tempahan sulaman kerawang anda disiapkan, pihak kami akan memaklumkan kepada anda melalui telefon dan emel.
6.Anda perlu memasukkan baki kos tempahan dan juga kos penghantaran semula busana anda.
7.Kami akan mengepos busana tempahan anda sejurus selepas pengesahan bayaran dibuat oleh anda pada hari tersebut.
Boleh. Cuma pastikan anda menghantarkan kepada kami lakaran design kerawang yang anda ingin hasilkan ketika perbincangan.
Boleh. Anda hanya perlu forwardkan sahaja gambar atau foto baju pengantin tersebut sewaktu berbincang dengan pihak kami.
TESTIMONI PELANGGAN BUTIK SRI CLASSIC.
APA KATA MEREKA!
Alhamdulillah… cantik sulaman. Tak puas mata memandang. Tq yer..
Suka sangat dengan sulaman untuk tuksedo. Tq syida.
Assalamualaikum Syida. Terima kasih untuk sulam kerawang. Cantik sangat.
Kak Syida, Anis dah ambik sulam nie. Cantik sangat … anis sukaaa.
Wah dah siap ke sulam kerawangnya? Kenapa cantik sangat ?? Suka sangat.
Ya Allah loveee sangat sulamnyaaa cantik. Semua kata nampak exclusive dan jarang2 org skrg nak buat sulam lagi utk baju majlis kahwin. Semua tanya buat sulam kat mana sbb skrg susah nak jumpa org mahir buat sulam. Cantik sangat xoxo. Terima kasih Syida jadikan baju saya cantikk. Semoga Allah lapangkan rezeki sentiasa, dipermudahkan urusan dan semoga terus berjaya!
Baru je masuk office and buka parcel baju… cantik… tq very much
Terima kasih kerana menyiapkan design sulaman kerawang untuk baju saya. Sangat cantik dan unik.
Terima kasih bebanyak. Saya suka sangat especiallay kat tangan. Saya suka kerawang kat tangan.
Saya ucapkan ribuan terima kasih atas pertolongan awak menyiapkan sulaman kerawang untuk isteri saya. Saya amat berpuas hati. Cantik!
Puan, mak saya dah dapat baju sulam tu. Dia cakap sulam kerawang tu cantik sangattttt. Thank you so much. Nanti dia nak hantar lagi.
Assalamualaikum.. Saya sudah terima baju. Cantik kerawang. Terima kasih byk2
Alhamdulillah… dah sampai. Cantik Syida sulamnya xoxo. Terima kasih, ada rezeki boleh buat lagi.
Wah cantik sulam kerawangnya. Terima kasih Syida!