Tempahan Jahitan Manik2018-02-08T23:21:47+00:00

JAHITAN MANIK & LABUCI

Tempahan Jahitan Manik dan Labuci Pelbagai Fesyen.

Jika anda penggemar manik dan labuci, atau wanita yang ingin kelihatan anggun dan bergaya mengikut peredaran semasa, pihak kami menyediakan perkhidmatan tempahan jahitan manik dan labuci secara eksklusif untuk pelbagai jenis fabrik dan fesyen yang anda ingini. Setiap tempahan jahitan manik dan labuci kami eksklusif untuk seorang pelanggan sahaja tanpa ada duplikasi motif rekaan. Malahan hasil sentuhan kreativiti butik sulaman kami adalah untuk setiap tempahan jahitan manik. Ia menanjikan hasil seni yang halus dan berkualiti.

0
Tahun Pengalaman
0
Tahun Operasi
0
Design Dihasilkan

Corak Tempahan Jahitan Manik dan Labuci

CIRI ISTIMEWA

Tempahan Jahitan Manik

  • Menggunakan Material Ori Sahaja.
  • Design Mengikut Citarasa Penempah.
  • Sesuai Untuk Aneka Fabrik.
  • Tempahan Siap 14 Hari.
  • Jahitan Kemas dan Berkualiti.
  • Sentuhan Original dan Asli.
  • Hasil Kerja Tangan Sendiri.
  • Hasil Sulaman Tidak Mudah Tertanggal.
  • Rekaan Eksklusif.
  • Boleh Cucian Mesin Kecuali Design Mengandungi Labuci.
  • Aneka Teknik Jahitan Manik.
  • Corak Berdasarkan Fabrik.
  • Design Warna Harmoni.
  • Manik Tidak Mudah Terburai.
  • Benang Jahitan Tidak Berserabut Di Belakang Fabrik.
  • Tiada Duplikasi Corak.
  • Penggunaan Manik Lebih 3 Warna.
  • Bisnes Sulaman Warisan Keluarga.
  • Hantar Baju Melalui Pos.
  • Tiada Tempahan Minimum.

SOALAN LAZIM TENTANG

Tempahan Jahitan Manik

Kami menyediakan 3 jenis tempahan jahitan manik dan labuci kepada anda. Tempahan jahitan manik ini termasuklah jahitan manik asas, jahitan manik crumble, dan jahitan manik 3D. Anda boleh memilih mana-mana jenis jahitan manik yang diingini ketika menempah bersama kami.
Untuk setiap tempahan jahitan manik bagi seorang pelanggan pada satu masa, 3 helai pakaian akan mengambil masa lebih kurang 4 minggu untuk disiapkan. Jika anda menempah 4 helai dalam satu masa, maka berikan kami 1 minggu tambahan untuk helaian ke 4. Begitulah yang selanjutnya.
Mudah sahaja. Prosesnya adalah seperti berikut:-
1.Anda hanya perlu menghubungi kami terlebih dahulu bagi memastikan jenis design sulaman manik yang diingini (sama ada anda inginkan manik crumble, manik biasa atau manik 3D), jenis fabrik yang bakal disulam, lokasi yang ingin disulam dan sebagainya. Ia bertujuan bagi berbincang tentang kos dan jangka masa tempahan yang bakal diambil.
2.Kemudian, jika anda ingin meneruskan hasrat untuk menempah bersama kami, anda perlu menempah menggunakan borang yang disediakan di bawah berserta dengan deposit ke dalam akaun kami.
3.Poskan baju atau fabrik anda kepada kami. Kami akan menghubungi anda sejurus selepas penghantaran anda sampai.
4.Proses menyulam manik anda akan dimulakan.
5.Dalam masa 30 hari, atau sejurus selepas tempahan manik anda disiapkan, pihak kami akan memaklumkan kepada anda.
6.Anda perlu memasukkan baki kos tempahan dan juga kos penghantaran semula busana anda.
7.Kami akan mengepos busana tempahan anda sejurus selepas pengesahan bayaran dibuat oleh anda pada hari tersebut.

TEMPAH SEKARANG BERSAMA KAMI

Tempah Sekarang!

TEMPAH SEKARANG

“Saya sudah menjadi pelanggan jahitan manik di sini sejak 3 tahun dahulu. Dan baju-baju yang saya tempah masih tegap dan kukuh maniknya. Biarpun dah pakai banyak kali.!”

PN NURFARAHIN, KUANTAN

“Syabas kepada Puan Syahida. Hasil design dan tempahan puan memang cantik dan kemas. Saya macam tak percaya sebab tak nampak benang berserabut di belakang fabrik saya. Macam digam pulak. Benang di belakang fabrik nampak dot-dot sahaja. Jadi bagi orang yang ganas macam saya nie, saya amat gemar jahitan sebegini.”

PN NORHAYATI, MELAKA

KOLEKSI TEMPAHAN JAHITAN MANIK & LABUCI

Berikut adalah antara koleksi tempahan jahitan manik kami yang dapat dimuatkan di sini.

TINJAU BUTIK TEMPAHAN LAIN

Butik Tempahan