Corak Sulam Kebaya Nyonya Melaka
DESIGN SULAM KEBAYA NYONYA
Corak Sulam Baju KebayaKebayaBusana Kebaya Nyonya
Berikut adalah corak sulam kebaya nyonya Melaka hasil sentuhan Butik Sri Classic©. Antara jenis kebaya nyonya yang biasa kami sulamkan ialah kebaya pendek dan kebaya labuh. Kami akan mengemaskini setiap corak sulam kerawang kebaya nyonya Melaka kami dari semasa ke semasa. Jangan lupa untuk bookmark halaman ini untuk mengetahui design-design sulam baju kebaya nyonya terkini dari Butik Sri Classic©.
SOALAN LAZIM TENTANG
Tempahan Sulaman Kerawang Kebaya Nyonya
Kami menyediakan motif pelbagai mengikut kesesuaian warna dan corak fabrik penempah. Adapun setiap tempahan sulaman kerawang kami merangkumi motif kerawang buih, kerawang lebah, kerawang sarang lelabah, kerawang paku pakis, kerawang daun, dan bermacam lagi motif kerawang. Ia bergantung kepada kesesuaian corak dan juga mengikut permintaan pelanggan kami.
Setiap tempahan sulaman kerawang butik kami mengambil masa 30 hari untuk disiapkan. Dan 30 hari ini adalah untuk satu-satu tempahan tidak melebih 3 busana. Jika penempah ingin menyulam kerawang busana lebih dari 3 busana tangguhan 7 hari akan diminta. Ini kerana kami menyulam secara ayak tradisional dan bukannya menyulam menggunakan mesin sulam berkomputer. Adalah sebaiknya jika anda berbincang terlebih dahulu bersama pihak kami dengan memberitahu tentang tarikh hari pernikahan atau perkahwinan anda untuk memudahkan proses menyiapkan tempahan sulaman kebaya nyonya anda.
Mudah sahaja.
1.Anda hanya perlu menghubungi kami terlebih dahulu bagi memastikan jenis design sulaman kerawang yang diingini, jenis fabrik yang bakal disulam, lokasi yang ingin disulam, ketebalan sulam yang diingini dan sebagainya. Ia bertujuan untuk melakukan perbincangan tentang kos dan jangka masa tempahan yang bakal diambil.
2.Kemudian, jika anda ingin meneruskan hasrat untuk menempah sulaman kerawang mesin ini bersama kami, anda perlu menempah menggunakan borang yang disediakan di bawah berserta dengan deposit ke dalam akaun kami.
3.Poskan baju atau fabrik anda kepada kami. Kami akan menghubungi anda sejurus selepas busana anda selamat sampai kepada kami.
4.Proses menyulam ayak kerawang busana anda dimulakan.
5.Dalam masa 30 hari, atau sejurus selepas tempahan sulaman kerawang anda disiapkan, pihak kami akan memaklumkan kepada anda melalui telefon dan emel.
6.Anda perlu memasukkan baki kos tempahan dan juga kos penghantaran semula busana anda.
7.Kami akan mengepos busana tempahan anda sejurus selepas pengesahan bayaran dibuat oleh anda pada hari tersebut.
Boleh. Cuma pastikan anda menghantarkan kepada kami lakaran design kerawang yang anda ingin hasilkan ketika perbincangan. Pastikan juga lakaran tersebut bukannya sketch tetapi lakaran yang lengkap berserta warnanya sekali.
Boleh. Anda hanya perlu forwardkan sahaja gambar atau foto baju kebaya nyonya tersebut sewaktu berbincang dengan pihak kami. Pastikan juga gambar tersebut jelas dan bukannya kecil dan pecah apabila dibesarkan. Ia bagi memudahkan kami melihat secara terperinci design sulam tersebut.
TESTIMONI PELANGGAN BUTIK SRI CLASSIC.
APA KATA MEREKA!
Baru je masuk office and buka parcel baju… cantik… tq very much
Suka sangat dengan sulaman untuk tuksedo. Tq syida.
Terima kasih kerana menyiapkan design sulaman kerawang untuk baju saya. Sangat cantik dan unik.
Wah! Cantiknya sulam kerawang saya. Terima kasih Puan Syida!
Saya ucapkan ribuan terima kasih atas pertolongan awak menyiapkan sulaman kerawang untuk isteri saya. Saya amat berpuas hati. Cantik!
Salam Syida. Akak baru terima baju pink yang akak minta Syida sulamkan… Terima kasih Syida, cantiknya Syida buat… Sangat-sangat berpuas hati. :)
Terima kasih untuk sulaman daripada puan. Sangat cantik.
Salam syida, baju sulam dah sampai… and cantik sangat. thx so much. colour combinations.. all cantik.
Alhamdulillah… dah sampai. Cantik Syida sulamnya xoxo. Terima kasih, ada rezeki boleh buat lagi.
Puan, mak saya dah dapat baju sulam tu. Dia cakap sulam kerawang tu cantik sangattttt. Thank you so much. Nanti dia nak hantar lagi.
Terima kasih untuk design sulaman. Of course OK sangat. Memang saya rekomen kat sedara yang datang untuk buat sulam dgn Syida.
Wah dah siap ke sulam kerawangnya? Kenapa cantik sangat ?? Suka sangat.
Kak Syida, Anis dah ambik sulam nie. Cantik sangat … anis sukaaa.