KELAS & BENGKEL AKADEMI SRI CLASSIC

Bengkel Jahitan Manik

Belajar Bengkel Jahitan Langsir Interaktif Bersama Akademi Latihan Sri Classic Hari Ini.

KEUTAMAAN #1 KAMI ADALAH

Belajar Mengikut Pattern Manik Pilihan Anda

Keutamaan #1 kami adalah anda, peserta bengkel jahitan manik kami. Kami percaya dengan perkhidmatan kami dan memberikan servis rundingan dalam standard tertinggi. Kami sangat mengambil berat tentang kejayaan peserta kami seperti yang anda inginkan pada diri anda. Untuk itu, anda yang menentukan pattern atau teknik jahitan manik apa yang ingin dipelajari. Apa yang penting kami akan memberikan panduan kepada anda berdasarkan matlamat akhir yang ingin dicapai dalam bengkel jahitan manik ini.

Imej Kelas Jahitan Manik Interaktif Akademi Sri Classic
0
Tahun Pengalaman
0
Tahun Operasi
0
Bengkel Dikendalikan
0
Modul Manik Disediakan

KONSEP PEMBELAJARAN BERSAMA KAMI

Belajar, Mahir & Kuasai

Bengkel jahitan manik dan labuci yang dikendalikan Akademi Sri Classic mendukung 3 konsep pembelajaran iaitu belajar, mahir & kuasai. Ini bermakna, anda bukan sahaja sekadar belajar tetapi kami akan memastikan anda mahir dan menguasai setiap teknik jahitan manik yang dipelajari. Untuk memastikan penguasaan anda dalam kemahiran jahitan manik ini adalah 100%, maka kami berikan khidmat rundingan selepas kursus percuma seumur hidup anda. Segala kemusykilan anda akan dijawab terus oleh pengasas akademi kami sendiri.

PATTERN & MODUL MANIK

Bengkel Jahitan Manik Terkini

Kami menyediakan bengkel jahitan manik berdasarkan pattern pilihan ataupun berdasarkan teknik apparel. Kami sentiasa mengemaskini modul dan pattern jahitan manik kami untuk membolehkan anda terus menjana pendapatan selepas mengikut bengkel kami. Oleh kerana itulah, modul bengkel jahitan manik kami bersifat fleksibel dan diperbaharui mengikut arus fesyen manik semasa.

Jahitan Manik dan Labuci Asas

PERCUMA SECARA ONLINE SAHAJA

Bengkel jahitan manik dan labuci asas atau jahitan manik pemula ini diberikan secara PERCUMA kepada anda. Tetapi pembelajarannya hanya secara atas talian. Belajar lebih 10 teknik asas jahitan manik dan labuci anda sekarang. Untuk mendaftar bengkel jahitan manik pemula secara percuma atas talian, sila klik link di bawah.

KLIK UNTUK BENGKEL PERCUMA

Jahitan Manik dan Labuci Pertengahan

Belajar bengkel jahitan manik pertengahan bersama Akademi kami. Anda akan mempelajari pelbagai teknik jahitan manik yang lebih tertumpu kepada corak-corak motif bungaan yang digemari. Ketahui juga kaedah dan rahsia kekemasan jahitan dalam bengkel ini.

Jahitan Manik dan Labuci Advanced

Bengkel jahitan manik advance adalah untuk anda mendalami ilmu seni kerajinan tangan ini dengan lebih mendalam. Di mana, kami akan mengajar beberapa kaedah menjahit manik crumble, manik 3D dan juga manik bridal.

BERIKUT ADALAH ANTARA KOLEKSI MODUL JAHITAN MANIK KAMI

Teknik & Modul

  • Jahitan Manik Asas

  • Jahitan Manik Lanjutan

  • Jahitan Manik 3D

  • Jahitan Manik Crumble

  • Jahitan Manik Bridal

  • Jahitan Manik Crumble

  • Jahitan Manik Motif Flora

  • Jahitan Manik Crumble Motif Flora

Imej Bengkel Jahitan Manik dan Labuci Terkini

CIRI-CIRI BENGKEL JAHITAN MANIK KAMI

Keistimewaan & Keunikan

Interaktif

Setiap sesi bengkel dikendalikan secara interaktif

Bengkel Interaktif

Untuk pembelajaran lebih seronok, pemahaman lebih mudah, dan penguasaan lebih pantas.

Santai

Sesi Latihan Kami Dikendalikan Secara Santai.

Belajar Santai

Tiada stress atau stress sifar bagi setiap peserta.

Tanpa Asas Jahitan

Belajar Bengkel Kami Tanpa Perlu Asas Jahitan.

Tanpa Asas Jahitan

Anda tidak perlu asas jahitan untuk mengikuti bengkel latihan kami.

Nota Berwarna

Kesemua Nota Bengkel Kami Didatangkan Dengan FULL COLOR.

Nota Warna Penuh

Memudahkan rujukan anda, memberikan gambaran lebih jelas & menjadi koleksi simpanan anda.

Sijil

Sijil Akan Dikeluarkan Kepada Setiap Peserta Di Akhir Kursus.

Sijil Diiktiraf

Sebagai Panel Pakar Runding yang berdaftar, anda tidak perlu ragu dengan sijil keluaran kami.

Konsultasi Percuma

Khdimat rundingan percuma selepas bengkel.

Rundingan Seumur Hidup

Anda boleh terus mendapatkan nasihat, panduan dan pertanyaan bersama tenaga pengajar anda secara percuma seumur hidup anda.
Imej Bengkel Jahitan Manik 3D Terkini

KELAS JAHITAN MANIK TERKINI

Bengkel Jahitan Manik 3D Bersama RISDA

Kursus Bengkel Jahitan Manik 3D ini telah dijalankan selama 4 hari bertempat di Golden Straits Villa Beach Resort, Port Dickson. Kursus Bengkel Jahitan Manik 3D ini telah dikendalikan oleh Akademi Latihan Sri Classic yang merupakan perunding lantikan RISDA. Pengasas Akademi Latihan Sri Classic, iaitu Puan Syahida bte Ramli bertugas sebagai pemudah cara dalam kursus yang berlangsung selama 4 hari ini.

KELAS JAHITAN MANIK TERKINI

Bengkel Jahitan Manik Crumble Bersama INSKEN

Kursus Bengkel Jahitan Manik Crumble ini telah diadakan selama 4 hari bertempat di Hotel Brisdale, Kuala Lumpur. Kursus Bengkel Jahitan Manik Crumble ini telah dikendalikan oleh Akademi Latihan Sri Classic yang merupakan Tenaga Pengajar lantikan INSKEN. Pengasas Akademi Latihan Sri Classic, iaitu Puan Syahida bte Ramli yang juga merupakan Panel Persijilan NOSS Kemahiran Malaysia dan Panel MARA Malaysia, telah mengendalikan kursus tersebut sepenuhnya.

Imej Bengkel Jahitan Manik Crumble Terkini
Imej Kursus Bengkel Jahitan Manik Asas Kedah

KELAS JAHITAN MANIK TERKINI

Bengkel Jahitan Manik Sempena Karnival Usahawan Kedah

Kursus Bengkel Jahitan Manik ini telah dijalankan selama 3 hari di Pusat Kegiatan Masyarakat, Alur Biak, Kedah sempena Karnival Usahawan Kedah. Kursus Bengkel Jahitan Manik ini telah dikendalikan oleh Akademi Latihan Sri Classic yang merupakan perunding lantikan. Pengasas Akademi Latihan Sri Classic, iaitu Puan Syahida bte Ramli bertugas sebagai pemudah cara dalam kursus yang berlangsung selama 3 hari ini yang dihadiri lebih 30 orang peserta.

KELAS JAHITAN MANIK TERKINI

Kelas Jahitan Manik Crumble Bersama JPW

Kelas Jahitan Manik Crumble ini telah diadakan selama 2 hari bertempat di Jabatan Pembangunan Wanita, Negeri Melaka. Kelas Jahitan Manik Crumble ini telah dikendalikan oleh Akademi Latihan Sri Classic yang merupakan Tenaga Pengajar lantikan JPW. Pengasas Akademi Latihan Sri Classic, iaitu Puan Syahida bte Ramli telah mengendalikan sepenuhnya sesi kelas jahitan manik crumble ini.

Imej Kursus Jahitan Manik Crumble Terkini
Jemputan Kelas Jahitan Manik dan Labuci

JOM BOOKING BENGKEL JAHITAN MANIK KAMI

Hubungi & Daftar Sekarang

Hubungi kami pada hari ini untuk menempah tempat anda dalam bengkel jahitan manik kendalian kami. Kami berbesar hati menawarkan 2 jenis perkhidmatan. Sama ada bengkel secara jemputan atau secara personal coaching.

Jemputan Bengkel Jahitan Manik dan Labuci

KHIDMAT RUNDINGAN

Jemputan Bengkel

BOOKING SEKARANG
Personal Coaching Bengkel Jahitan Manik dan Labuci

KHIDMAT RUNDINGAN

Personal Coaching

BOOKING SEKARANG