SELAMAT DATANG KE SRI CLASSIC

Butik & Akademi

Butik Sulaman dan Akademi Latihan Sri Classic Collection mengucapkan selamat datang ke laman rasmi kami. Laman ini untuk anda sebagai pencinta sulaman, jahitan, dan kraf kreatif.

SEPINTAS LALU UNTUK

Kenali Kami

Thumbnail Puan Syahida Bersama Selamat Pagi Malaysia

Butik Sri Classic telah beroperasi lebih 13 tahun semenjak 2003 lagi. Kami menyediakan khidmat tempahan sulaman, langsir dan dress mengikut fesyen dan permintaan semasa. Manakala Akademi Latihan Sri Classic pula mula beroperasi seawal 2006. Di mana kami mengendalikan pelbagai kursus dan bengkel di seluruh Malaysia untuk sulaman, jahitan, kraf kreatif dan keusahawanan. Malah, kepakaran kami turut diiktiraf oleh beberapa agensi berkanun tempatan seawal 2008 lagi. Manakala pengalaman pengasas kami dalam industri sulaman dan apparel, iaitu Puan Syahida Ramli pula telah menjangkau lebih 28 tahun menjelang 2015 ini.

INFO LANJUT

JAMINAN TEMPAHAN

Eksklusif, Unik & Original

TEMPAHAN EKSKLUSIF

Butik Sri Classic

Thumbnail Butik Sulaman Sri Classic

Butik Sulaman Sri Classic Collection menyediakan khidmat tempahan berasaskan jahitan dan sulaman. Setiap tempahan sulaman dan jahitan kami adalah eksklusif untuk setiap penempah. Tiada duplikasi design ataupun corak. Jadi, anda akan lebih berpuas hati dengan design yang kami persembahkan.

INFO LANJUT

JAMINAN RUNDINGAN

Interaktif, Santai & Hands On

KELAS DAN BENGKEL

Akademi Latihan

Thumbnail Akademi Latihan Sri Classic

Akademi Latihan Sri Classic menyediakan khidmat rundingan pakar untuk seni kemahiran halus tangan sama ada jahitan, sulaman mahupun kraf kreatif. Sehingga pertengahan 2014, akademi latihan kami telah mengendalikan lebih 375 bengkel di seluruh Malaysia.

INFO LANJUT

SISIPAN TERKINI

Info & Berita

Mengatasi Fabrik Organza Berbulu dan Terkoyak

Bagaimana mengatasi fabrik organza daripada mudah terkoyak dihujungnya? Itulah persoalan yang bakal dikupas dalam artikel kali ini. Melihat dress yang dipakai oleh kanak-kanak, ia banyak menggunakan fabrik organza. Ini kerana fabrik organza sahaja yang mampu untuk menjadikan dress tersebut kembang cantik. Ia kelihatan seperti dress Cinderella jika dihasilkan.

Sulaman Kerawang Tradisi Moden

Reka bentuk design yang mempunyai sulur ataupun daun-daun yang menjalar sangat sinonim dengan rekaan sulaman kerawang tradisi. Hal ini kerana motif rekaan sulaman kerawang tradisi lebih di dominasi dengan kehidupan semulajadi dan alam sekitar. Oleh kerana itulah, timbulnya rekaan seperti awan larat, sulur daun kekacang dan sebagainya.

6 Elemen Penting Sulaman Kerawang

Terdapat 6 elemen penting dalam sulaman kerawang. Walaupun kesemua 6 elemen ini boleh dipisahkan atau dihasilkan secara individu, namun gabungan kesemua elemen ini bakal menghasilkan corak sulaman kerawang yang lebih menarik.

Jahitan Tindih Kasih – Apa dan Bagaimana Menjahitnya

Pernahkah anda mendengar jahitan tindih kasih? Adakah ia satu konsep jahitan ataupun satu istilah yang diguna pakai oleh para penjahit ataupun pengusaha jahitan. Untuk mengetahuinya, jom teruskan pembacaan anda bersama saya.