CORAK SULAM KERAWANG BAJU KURUNG TRADISIONAL

DESIGN SULAM BAJU KURUNG TRADISIONAL

Corak Sulam Baju KurungKurungBusana KurungKurung PahangKurung JohorKurung Kedah Tradisional

Berikut adalah corak sulam kerawang baju kurung tradisional hasil sentuhan Butik Sri Classic©. Antara jenis baju kurung tradisional yang biasa kami sulamkan ialah kurung kedah, kurung teluk belanga, kurung pahang, dan kurung riau. Kami akan mengemaskini setiap corak sulam kerawang baju kurung tradisional kami dari semasa ke semasa. Jangan lupa untuk bookmark halaman ini untuk mengetahui design-design sulam baju kurung tradisional terkini dari Butik Sulaman Sri Classic©.

Design Sulam Kerawang Lain
Follow Us On Instagram
Klik Untuk Tonton Video

SOALAN LAZIM TENTANG

Tempahan Sulaman Kerawang Baju Kurung Tradisional.

Kami menyediakan motif pelbagai mengikut kesesuaian warna dan cork fabrik penempah. Adapun setiap tempahan sulaman kerawang kami merangkumi motif kerawang buih, kerawang lebah, kerawang sarang lelabah, kerawang paku pakis, kerawang daun, dan bermacam lagi motif kerawang. Ia bergantung kepada kesesuaian corak dan juga mengikut permintaan pelanggan kami.

Setiap tempahan sulaman kerawang butik kami mengambil masa 30 hari untuk disiapkan. Dan 30 hari ini adalah untuk satu-satu tempahan tidak melebih 3 busana. Jika penempah ingin menyulam kerawang busana lebih dari 3 busana tangguhan 7 hari akan diminta. Ini kerana kami menyulam secara ayak tradisional dan bukannya menyulam menggunakan mesin sulam berkomputer. Adalah sebaiknya jika anda berbincang terlebih dahulu bersama pihak kami dengan memberitahu tentang tarikh hari pernikahan atau perkahwinan anda untuk memudahkan proses menyiapkan tempahan sulam kerawang baju kurung tradisional anda.

Mudah sahaja.
1.Anda hanya perlu menghubungi kami terlebih dahulu bagi memastikan jenis design sulaman kerawang yang diingini, jenis fabrik yang bakal disulam, lokasi yang ingin disulam, ketebalan sulam yang diingini dan sebagainya. Ia bertujuan untuk melakukan perbincangan tentang kos dan jangka masa tempahan yang bakal diambil.
2.Kemudian, jika anda ingin meneruskan hasrat untuk menempah sulaman kerawang mesin ini bersama kami, anda perlu menempah menggunakan borang yang disediakan di bawah berserta dengan deposit ke dalam akaun kami.
3.Poskan baju atau fabrik anda kepada kami. Kami akan menghubungi anda sejurus selepas busana anda selamat sampai kepada kami.
4.Proses menyulam ayak kerawang busana anda dimulakan.
5.Dalam masa 30 hari, atau sejurus selepas tempahan sulaman kerawang anda disiapkan, pihak kami akan memaklumkan kepada anda melalui telefon dan emel.
6.Anda perlu memasukkan baki kos tempahan dan juga kos penghantaran semula busana anda.
7.Kami akan mengepos busana tempahan anda sejurus selepas pengesahan bayaran dibuat oleh anda pada hari tersebut.

Boleh. Cuma pastikan anda menghantarkan kepada kami lakaran design kerawang yang anda ingin hasilkan ketika perbincangan. Akan tetapi, anda perlu menghantar lakaran dalam bentuk siap dan bukannya lakaran atau sketch.

Boleh. Anda hanya perlu forwardkan sahaja gambar atau foto baju kurung tradisional tersebut sewaktu berbincang dengan pihak kami. Namun, pastikan gambar tersebut jelas apabila di perbesarkan untuk membolehkan pihak kami melihat dan menduplikasi design tersebut dengan mudah.

TESTIMONI PELANGGAN BUTIK SRI CLASSIC.

APA KATA MEREKA!