Tempahan Sulaman Benang Halus Tangan2017-05-05T14:52:26+00:00

SULAMAN BENANG

Tempahan Sulaman Benang Secara Eksklusif.

Sebagai pakar dalam bidang sulaman, pihak kami menyediakan tempahan sulaman benang yang eksklusif untuk mereka yang menggemari seni halus tangan ini. Rekaan eksklusif ini dihasilkan khas untuk satu-satu fabrik tempahan sahaja. Di mana pihak kami menjanjikan kelainan pada setiap rekaan untuk tempahan sulaman benang. Setiap fabrik boleh disulam benang walaupun ia terdiri daripada pelbagai jenis fabrik seperti sifon, organza, cripe, jojet, sutera ataupun songket. Ia tidak mengira rekaan dihasilkan pada pakaian, hijab, mahupun dekorasi dalaman rumah anda. Setiap tempahan sulaman benang butik sulaman kami menjanjikan rekaan yang eksklusif untuk anda. Kepuasan pelanggan, keutamaan kami.

0
Tahun Pengalaman
0
Tahun Operasi
0
Design Dihasilkan

Corak Tempahan Sulaman Benang

CIRI ISTIMEWA

Tempahan Sulaman Benang

  • Satu Design Satu Fabrik.
  • Design Mengikut Pelanggan.
  • Sesuai Untuk Aneka Fabrik.
  • Tempahan Siap 30 Hari.
  • Motif Flora Sulaman Benang.
  • Sentuhan Original dan Asli.
  • Hasil Sulaman Benang Tegap.
  • Sesuai Untuk Aneka Busana.
  • Rekaan Eksklusif.
  • Tahan Cucian Mesin.
  • Sesuai Untuk Tudung dan Hijab.
  • Corak Bersesuaian Dengan Corak Fabrik.
  • Penggunaan Warna Harmoni.
  • Hasil Sulaman Benang Tidak Lusuh.
  • Sesuai Untuk Telekung.
  • Tiada Duplikasi Corak.
  • Penggunaan Benang Bermutu.
  • Sulaman Warisan Keluarga.
  • Hantar Baju Melalui Pos.
  • Tiada Tempahan Minima.

SOALAN LAZIM TENTANG

Tempahan Sulaman Benang

Terdapat pelbagai motif yang menjadi minat para pelanggan seperti bunga cendawan, lavender, rose kecil, rose glean, tulip dan cemara. Dengan kepakaran yang ada, setiap rekaan tempahan sulaman benang butik kami akan disesuaikan mengikut kehendak dan cita rasa pelanggan. Sekiranya anda inginkan rekaan yang lebih menyerlah, rekaan sulaman benang ini sangat cantik dihasilkan pada fabrik polos.
Setiap tempahan sulaman benang ini mengambil masa 30 hari untuk disiapkan. Dan 30 hari ini adalah untuk tempahan bagi satu busana sahaja.
Mudah sahaja.
1.Anda hanya perlu menghubungi kami terlebih dahulu bagi memastikan jenis design sulaman benang yang diingini, jenis fabrik yang bakal disulam, lokasi yang ingin disulam dan sebagainya. Ia bertujuan bagi berbincang tentang kos dan jangka masa tempahan yang bakal diambil.
2.Kemudian, jika anda ingin meneruskan hasrat untuk menempah sulaman benang halus tangan ini bersama kami, anda perlu menempah menggunakan borang yang disediakan di bawah berserta dengan deposit ke dalam akaun kami.
3.Poskan baju atau fabrik anda kepada kami. Kami akan menghubungi anda sejurus selepas penghantaran anda sampai.
4.Proses menyulam benang busana anda dimulakan.
5.Dalam masa 30 hari, atau sejurus selepas tempahan sulaman benang halus tangan anda disiapkan, pihak kami akan memaklumkan kepada anda.
6.Anda perlu memasukkan baki kos tempahan dan juga kos penghantaran semula busana anda.
7.Kami akan mengepos busana tempahan anda sejurus selepas pengesahan bayaran dibuat oleh anda pada hari tersebut.

TEMPAH SEKARANG BERSAMA KAMI

Tempah Sekarang!

TEMPAH SEKARANG

“Saya terjumpa Sri Classic sewaktu mencari di Internet. Mula-mula cam tak konfiden. Tapi lepas dapat hasil tempahan sulaman benang yang pertama… saya jadi teruja sangat. Hasil sulaman benangnya tak benyek seperti baju-baju saya yang lain.. Teruskan usaha Sri Classic!”

PN NOOR AISYAH, KLUANG

“Saya sangat berpuas hati dgn design sulaman benang pada telekung saya. Hasil designnya sama dgn apa yg saya inginkan. ;)”

ADEEQ, PETALNG JAYA

KOLEKSI TEMPAHAN SULAMAN BENANG

Berikut adalah antara koleksi tempahan sulaman benang halus tangan kami yang dapat dimuatkan di sini.

TINJAU BUTIK TEMPAHAN LAIN

Butik Tempahan