Kelas & Bengkel Kraf Kreatif Akademi Sri Classic.

BENGKEL KRAF KREATIF

Belajar Kraf Kreatif Interaktif Bersama Akademi Latihan Sri Classic Hari Ini.

0
Tahun Pengalaman
0
Tahun Operasi
0
Bengkel Dikendalikan
0
Modul Langsir Disediakan

KEUTAMAAN #1 KAMI ADALAH

Belajar Mengikut Kraf Kreatif Pilihan Anda

Keutamaan #1 kami adalah anda, peserta bengkel kraf kreatif kami. Kami percaya dengan perkhidmatan kami dan memberikan servis rundingan dalam standard tertinggi. Justeru, sebagai peserta kami, anda berpeluang belajar kraf kreatif ini mengikut pilihan anda. Jika anda inginkan jensi kraf kreatif yang popular dan mendapat permintaan tinggi, anda boleh meminta pandangan kami. Apa yang penting, anda bebas belajar mengikut pilihan kraf kreatif anda.

Imej Kelas Jahitan Langsir Interaktif Akademi Sri Classic

Konsep Pembelajaran Akademi Latihan Kami.

BELAJAR MAHIR & KUASAI

Bengkel kraf kreatif kendalian Akademi Sri Classic mendukung 3 konsep pembelajaran iaitu belajar, mahir & kuasai. Ini bermakna, anda bukan sahaja sekadar belajar kraf kreatif tetapi kami akan pastikan anda mahir dan menguasai setiap teknik jahitan yang dipelajari. Untuk memastikan penguasaan anda dalam kemahiran kraf kreatif ini adalah 100%, maka kami berikan khidmat rundingan selepas kursus percuma seumur hidup anda. Segala kemusykilan anda akan dijawab terus oleh pengasas akademi kami sendiri.

BENGKEL KRAF KREATIF

Pattern & Modul Kraf Kreatif

BENGKEL KRAF KREATIF TERKINI

Kami menyediakan bengkel dan kursus kraf kreatif berdasarkan teknik pilihan dan pasaran kraf semasa. Kami sentiasa mengemaskini modul dan teknik kraf kreatif kami untuk membolehkan anda terus menjana pendapatan selepas mengikut bengkel kami. Oleh kerana itulah, modul kraf kreatif dalam kesemua bengkel latihan kami ini bersifat fleksibel dan mengikut arus fesyen kraf semasa.

BENGKEL BUNGA GENGGAM PENGANTIN

Bunga genggam pengantin merupakan trend yang disukai oleh pengantin masa kini. Jika dahulu, bunga segar menjadi idaman genggaman si jelita, kini ia dihasilkan untuk dijadikan kenangan sehingga ke akhir hayat. Bunga genggam pengantin ini ditampilkan dengan pelbagai reka bentuk gabungan daripada kristal, felt, fabrik dan juga kertas.

HIASAN BANTAL MANIK 3D

Hiasan bantal manik 3D ini merupakan kraf kreatif yang juga digemari masa kini. Ini kerana ia boleh digunakan untuk apa jua majlis ataupun dekorasi dalaman. Terdapat beberapa rekaan manik 3D yang sesuai untuk dihasilkan pada hiasan bantal ini. Agar hasil kraf bantal ini nampak lebih menarik.

Modul Kraf Kreatif Akademi Latihan Kami.

TEKNIK & MODUL

  • Sulaman Reben Bunga

  • Kraf Bunga Sabun

  • Kraf Reben 3D Alas Meja

  • Kraf Manik 3D Bantal Hiasan

  • Kraf Bunga Bonsai

  • Kraf Reben 3D Bantal Hiasan

  • Kraf Gelang Kristal

  • Kraf Cenderahati Felt

  • Kraf Kasut Manik

  • Kraf Bunga Tangan Felt

  • Kraf Bunga Telur Bermanik

  • Kraf Bunga Tisu

  • Kraf Bunga Telur Kain

  • Kraf Bunga Felt Aksesori Tudung

  • Kraf Bunga Felt Aksesori Tudung

  • Kraf Bunga Dip Kosaj

  • Kraf Bunga Manik Hiasan

  • Kraf Bunga Kertas Dulang Hiasan

Ciri-Ciri Bengkel Kraf Kami

KEISTIMEWAAN & KEUNIKAN

Interaktif

Setiap sesi bengkel dikendalikan secara interaktif

Bengkel Interaktif

Untuk pembelajaran lebih seronok, pemahaman lebih mudah, dan penguasaan lebih pantas.

Santai

Sesi Latihan Kami Dikendalikan Secara Santai.

Belajar Santai

Tiada stress atau stress sifar bagi setiap peserta.

Tanpa Asas Jahitan

Belajar Bengkel Kami Tanpa Perlu Asas Jahitan.

Tanpa Asas Jahitan

Anda tidak perlu asas jahitan untuk mengikuti bengkel latihan kami.

Nota Berwarna

Kesemua Nota Bengkel Kami Didatangkan Dengan FULL COLOR.

Nota Warna Penuh

Memudahkan rujukan anda, memberikan gambaran lebih jelas & menjadi koleksi simpanan anda.

Sijil

Sijil Akan Dikeluarkan Kepada Setiap Peserta Di Akhir Kursus.

Sijil Diiktiraf

Sebagai Panel Pakar Runding yang berdaftar, anda tidak perlu ragu dengan sijil keluaran kami.

Konsultasi Percuma

Khdimat rundingan percuma selepas bengkel.

Rundingan Seumur Hidup

Anda boleh terus mendapatkan nasihat, panduan dan pertanyaan bersama tenaga pengajar anda secara percuma seumur hidup anda.

KELAS KRAF KREATIF TERKINI

Bengkel Hiasan Bantal Manik 3D

Kursus Kraf Kreatif Hiasan Bantal Manik 3D telah diadakan selama 4 hari di Hotel Naza Talyya, Melaka. Kursus Kraf Kreatif ini telah dikendalikan oleh Akademi Latihan Sri Classic. Pengasas Akademi Latihan Sri Classic, iaitu Puan Syahida bte Ramli yang juga merupakan Panel Persijilan NOSS Kemahiran Malaysia dan Panel MARA Malaysia, telah mengendalikan proses perjalanan kursus tersebut.

Imej Bengkel Kraf Kreatif Hiasan Bantal Manik 3D
Imej Bengkel Kraf Kreatif Bunga Sabun Bersama JPW

KELAS KRAF KREATIF TERKINI

Bengkel Kraf Bunga Sabun Bersama JPW

Kursus Bengkel Kraf Kreatif Bunga Sabun anjuran Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Melaka telah diadakanselama sehari bertempat di Rumah Nur, Melaka. Kursus Bengkel Kraf Kreatif ini telah dihadiri lebih 30 orang peserta. Kursus ini dikendalikan sepenuhnya oleh Akademi Latihan Sri Classic. Pengasas Akademi Latihan Sri Classic, iaitu Puan Syahida bte Ramli merupkan tenaga pengajar yang telah mengendalikan modul di dalam kursus tersebut.

JOM BOOKING BENGKEL KRAF KREATIF KAMI

Hubungi & Daftar Sekarang

Hubungi kami pada hari ini untuk menempah tempat anda dalam bengkel kraf kreatif kendalian kami. Kami berbesar hati menawarkan 2 jenis perkhidmatan. Sama ada bengkel secara jemputan atau secara personal coaching.

Jom Booking Khidmat Latihan Akademi Sri Classic

KHIDMAT RUNDINGAN

Jemputan Bengkel

KHIDMAT RUNDINGAN

Personal Coaching