TEMPAHAN SULAMAN KERAWANG

Tempahan Secara Eksklusif

Jika anda penggemar seni sulaman kerawang, pihak kami menyediakan perkhidmatan tempahan sulaman kerawang secara eksklusif untuk pelbagai jenis fabrik dan fesyen yang diingini. Kepakaran kami dalam menyulam membolehkan anda menempah sulaman bersama kami dari selembut-lembut material fabrik seperti sari dan organza hingga ke sekasar-kasar fabrik seperti songket.

Malahan setiap tempahan sulaman kerawang bersama butik sulaman kami menjanjikan hasil yang asli, unik, menarik serta lain daripada yang lain.

TEMPAH SEKARANG BERSAMA KAMI

Tempah Sekarang!

TEMPAH SEKARANG

Ciri Istimewa

TEMPAHAN SULAMAN KERAWANG

  • Kaedah Sulaman Ayak Mesin Tradisional.
  • Satu Design Untuk Satu Pelanggan.
  • Sesuai Untuk Aneka Fabrik.
  • Tempahan Siap 30 Hari.
  • Motif Kerawang Pelbagai.
  • Sentuhan Original dan Asli.
  • Hasil Sulaman Kerawang Tegap.
  • Hasil Sulaman Kerawang Tidak Berbulu.
  • Rekaan Eksklusif.
  • Tahan Cucian Mesin.
  • Aneka Tebuk Kerawang.
  • Corak Berdasarkan Fabrik.
  • Warna Harmoni.
  • Sulaman Tidak Lusuh.
  • Sulaman Kerawang Tidak Bergulung.
  • Tiada Duplikasi Corak.
  • Penggunaan Benang Lebih 3 Warna.
  • Sulaman Ayak Warisan Keluarga.
  • Hantar Baju Melalui Pos.
  • Tiada Tempahan Minimum.

Soalan Lazim Tentang Tempahan Sulam

TEMPAHAN SULAMAN KERAWANG

Kami menyediakan motif pelbagai mengikut kesesuaian warna dan cork fabrik penempah. Adapun setiap tempahan sulaman kerawang kami merangkumi motif kerawang buih, kerawang lebah, kerawang sarang lelabah, kerawang paku pakis, kerawang daun, dan bermacam lagi motif kerawang.
Setiap tempahan sulaman kerawang butik kami mengambil masa 30 hari untuk disiapkan. Dan 30 hari ini adalah untuk satu-satu tempahan tidak melebih 3 busana. Jika penempah ingin menyulam kerawang busana lebih dari 3 busana tangguhan 7 hari akan diminta. Ini kerana kami menyulam secara ayak tradisional dan bukannya menyulam menggunakan mesin sulam berkomputer.
Mudah sahaja.
1.Anda hanya perlu menghubungi kami terlebih dahulu bagi memastikan jenis design sulaman kerawang yang diingini, jenis fabrik yang bakal disulam, lokasi yang ingin disulam, ketebalan sulam yang diingini dan sebagainya. Ia bertujuan untuk melakukan perbincangan tentang kos dan jangka masa tempahan yang bakal diambil.
2.Kemudian, jika anda ingin meneruskan hasrat untuk menempah sulaman kerawang mesin ini bersama kami, anda perlu menempah menggunakan borang yang disediakan di bawah berserta dengan deposit ke dalam akaun kami.
3.Poskan baju atau fabrik anda kepada kami. Kami akan menghubungi anda sejurus selepas busana anda selamat sampai kepada kami.
4.Proses menyulam ayak kerawang busana anda dimulakan.
5.Dalam masa 30 hari, atau sejurus selepas tempahan sulaman kerawang anda disiapkan, pihak kami akan memaklumkan kepada anda melalui telefon dan emel.
6.Anda perlu memasukkan baki kos tempahan dan juga kos penghantaran semula busana anda.
7.Kami akan mengepos busana tempahan anda sejurus selepas pengesahan bayaran dibuat oleh anda pada hari tersebut.
Imej Tempahan Sulam Kerawang

Koleksi Corak Sulaman Kerawang

KOLEKSI TEMPAHAN SULAMAN KERAWANG

Berikut adalah antara koleksi tempahan sulaman kerawang kami yang dapat dimuatkan di sini.

Sulaman Kerawang Motif Bunga Jasmine Pada Baju Kurung Moden Dengan Kerawang Pagar2021-11-29T13:16:13+08:00
Kurung Moden Sulaman Kerawang Motif Bunga Matahari Kecil2021-09-17T11:18:35+08:00
Tempahan Sulaman Kerawang Baju Kurung Tradisi Motif Bunga Jasmine Dengan Kerawang Pagar2021-07-08T17:52:27+08:00
Kurung Moden Pendek Bersulam Kerawang Motif Bunga Ceri dan Biku Berscallop Dengan Kerawang Pagar2021-07-08T17:51:05+08:00
Rekaan Sulam Kerawang Kurung Tradisi Motif Bunga Magnolia Dengan 2 Corak Kerawang2021-06-18T12:14:06+08:00
Rekaan Kurung Tradisi Sulaman Kerawang Motif Bunga Dahlia Dengan 2 Corak Kerawang2021-06-18T12:13:30+08:00
Sulam Baju Kurung Pahang Motif Bunga Carnation Kerawang Sarang Tebuan2021-06-12T08:07:16+08:00

Layari Tempahan Eksklusif Yang Lain

KHIDMAT TEMPAHAN LAIN