BENGKEL SULAMAN KERAWANG

Kelas & Bengkel Sulaman Kerawang Akademi Sri Classic

Belajar Bengkel Sulaman Kerawang Secara Interaktif Bersama Akademi Latihan Sri Classic Hari Ini.

0
Tahun Pengalaman
0
Tahun Operasi
0
Bengkel Dikendalikan
0
Modul Sulam Mesin Disediakan

BELAJAR MENGIKUT TAHAP SULAMAN MESIN ANDA

KEUTAMAAN #1 KAMI

Keutamaan #1 kami adalah anda, peserta bengkel sulaman kerawang kami. Kami percaya dengan perkhidmatan kami dan memberikan servis rundingan dalam standard tertinggi. Kami sangat mengambil berat tentang kejayaan peserta kami seperti yang anda inginkan pada diri anda. Untuk memastikan anda benar-benar menguasi kemahiran sulaman ayak kerawang ini, kami telah sediakan 3 tahap untuk anda pelajari.

ANDA BERMINAT UNTUK BELAJAR SULAMAN AYAK MESIN?

Jom Ikuti Bengkel Sulaman Mesin Kami!

KLIK UNTUK DAFTAR SEKARANG

BELAJAR, MAHIR & KUASAI

Konsep Pembelajaran Bengkel Sulaman Kerawang Akademi Sri Classic

Bengkel sulaman kerawang kendalian Akademi Sri Classic mendukung 3 konsep pembelajaran iaitu belajar, mahir & kuasai. Ini bermakna, anda bukan sahaja sekadar belajar tetapi kami akan memastikan anda mahir dan menguasai setiap teknik menyulam ayak mesin yang dipelajari. Untuk memastikan penguasaan anda dalam kemahiran sulaman kerawang ini adalah 100%, maka kami berikan khidmat rundingan selepas kursus percuma seumur hidup anda. Segala kemusykilan anda akan dijawab terus oleh pengasas akademi kami sendiri.

Imej Kursus Bengkel Sulaman Kerawang

TEKNIK & MODUL

Kemahiran Sulaman Kerawang Akademi Sri Classic

Kami telah merangka dan menyusun modul bengkel sulaman kerawang kami berdasarkan tahap dan level anda. Ini bagi memastikan anda benar-benar menguasai kemahiran mengayak sulaman mesin ini. Untuk pengetahuan anda, kemahiran sulaman mesin ini bukanlah seperti kemahiran sulaman dan jahitan yang lain. Di mana, ia tidak boleh dikuasai selepas sekali anda melakukannya. Oleh kerana itulah, modul bengkel sulaman kerawang kami ini disusun mengikut tahap dan level anda.

  • Sulam Mesin Biku

  • Sulam Mesin Bunga

  • Sulam Mesin Sulur

  • Sulam Mesin Kerawang

  • Sulam Mesin Atas Benang

  • Sulam Mesin Serat Timbul

  • Sulam Mesin Bunga Lapis

  • Sulam Mesin Bunga Baldu

Klik Untuk Tonton Video

Bengkel Sulaman Mesin – Tahap 1

Dalam modul ini, anda akan mempelajari dan menguasai teknik-teknik asas sulaman mesin terlebih dahulu. Sulaman mesin pada kelas ini akan lebih tertumpu kepada sulaman biku.

Klik Untuk Tonton Video

Bengkel Sulaman Mesin – Tahap 2

Dalam bengkel sulaman mesin tahap 2 ini, anda akan mempelajari sulaman-sulaman motif bungaan dan juga motif kerawang. Terdapat pelbagai kaedah menyulam ayak mesin akan diajar di dalam bengkel ini. Bermula dari menyulam ayak bunga, menyulam motif kerawang, hingga ke tebuk kerawang.

Klik Untuk Tonton Video

Bengkel Sulaman Mesin – Lanjutan

Dalam bengkel sulaman mesin lanjutan ini, anda akan mempelajari beberapa kaedah menyulam mesin yang lebih advanced, seperti kaedah atas benang, kaedah bunga baldu, sulam serat timbul, bunga lapis dan sebagainya. Tahap ini sesuai untuk anda memperkemaskan lagi kemahiran sulaman mesin anda ke tahap yang lebih tinggi.

KEISTIMEWAAN & KEUNIKAN

CIRI-CIRI BENGKEL SULAMAN KERAWANG KAMI

Bengkel kami mempunyai beberapa ciri unik dan keistimewaannya tersendiri. Malah, setiap sesi bengkel dan kursus yang dikendalikan adalah secara santai dan interaktif.

Interaktif

Setiap sesi bengkel dikendalikan secara interaktif

Bengkel Interaktif

Untuk pembelajaran lebih seronok, pemahaman lebih mudah, dan penguasaan lebih pantas.

Santai

Sesi Latihan Kami Dikendalikan Secara Santai.

Belajar Santai

Tiada stress atau stress sifar bagi setiap peserta.
<