Kelas & Bengkel Kraf Kreatif Akademi Sri Classic.
BENGKEL KRAF KREATIF
Belajar Kraf Kreatif Interaktif Bersama Akademi Latihan Sri Classic Hari Ini.
KEUTAMAAN #1 KAMI ADALAH
Belajar Mengikut Kraf Kreatif Pilihan Anda
Keutamaan #1 kami adalah anda, peserta bengkel kraf kreatif kami. Kami percaya dengan perkhidmatan kami dan memberikan servis rundingan dalam standard tertinggi. Justeru, sebagai peserta kami, anda berpeluang belajar kraf kreatif ini mengikut pilihan anda. Jika anda inginkan jensi kraf kreatif yang popular dan mendapat permintaan tinggi, anda boleh meminta pandangan kami. Apa yang penting, anda bebas belajar mengikut pilihan kraf kreatif anda.
Konsep Pembelajaran Akademi Latihan Kami.
BELAJAR MAHIR & KUASAI
Bengkel kraf kreatif kendalian Akademi Sri Classic mendukung 3 konsep pembelajaran iaitu belajar, mahir & kuasai. Ini bermakna, anda bukan sahaja sekadar belajar kraf kreatif tetapi kami akan pastikan anda mahir dan menguasai setiap teknik jahitan yang dipelajari. Untuk memastikan penguasaan anda dalam kemahiran kraf kreatif ini adalah 100%, maka kami berikan khidmat rundingan selepas kursus percuma seumur hidup anda. Segala kemusykilan anda akan dijawab terus oleh pengasas akademi kami sendiri.
Pattern & Modul Kraf Kreatif
BENGKEL KRAF KREATIF TERKINI
Kami menyediakan bengkel dan kursus kraf kreatif berdasarkan teknik pilihan dan pasaran kraf semasa. Kami sentiasa mengemaskini modul dan teknik kraf kreatif kami untuk membolehkan anda terus menjana pendapatan selepas mengikut bengkel kami. Oleh kerana itulah, modul kraf kreatif dalam kesemua bengkel latihan kami ini bersifat fleksibel dan mengikut arus fesyen kraf semasa.
BENGKEL BUNGA GENGGAM PENGANTIN
Bunga genggam pengantin merupakan trend yang disukai oleh pengantin masa kini. Jika dahulu, bunga segar menjadi idaman genggaman si jelita, kini ia dihasilkan untuk dijadikan kenangan sehingga ke akhir hayat. Bunga genggam pengantin ini ditampilkan dengan pelbagai reka bentuk gabungan daripada kristal, felt, fabrik dan juga kertas.
HIASAN BANTAL MANIK 3D
Hiasan bantal manik 3D ini merupakan kraf kreatif yang juga digemari masa kini. Ini kerana ia boleh digunakan untuk apa jua majlis ataupun dekorasi dalaman. Terdapat beberapa rekaan manik 3D yang sesuai untuk dihasilkan pada hiasan bantal ini. Agar hasil kraf bantal ini nampak lebih menarik.
Modul Kraf Kreatif Akademi Latihan Kami.
TEKNIK & MODUL
Ciri-Ciri Bengkel Kraf Kami
KEISTIMEWAAN & KEUNIKAN
Interaktif
Setiap sesi bengkel dikendalikan secara interaktifBengkel Interaktif
Untuk pembelajaran lebih seronok, pemahaman lebih mudah, dan penguasaan lebih pantas.Santai
Sesi Latihan Kami Dikendalikan Secara Santai.Belajar Santai
Tiada stress atau stress sifar bagi setiap peserta.Tanpa Asas Jahitan
Belajar Bengkel Kami Tanpa Perlu Asas Jahitan.Tanpa Asas Jahitan
Anda tidak perlu asas jahitan untuk mengikuti bengkel latihan kami.Nota Berwarna
Kesemua Nota Bengkel Kami Didatangkan Dengan FULL COLOR.Nota Warna Penuh
Memudahkan rujukan anda, memberikan gambaran lebih jelas & menjadi koleksi simpanan anda.Sijil
Sijil Akan Dikeluarkan Kepada Setiap Peserta Di Akhir Kursus.Sijil Diiktiraf
Sebagai Panel Pakar Runding yang berdaftar, anda tidak perlu ragu dengan sijil keluaran kami.Konsultasi Percuma
Khdimat rundingan percuma selepas bengkel.Rundingan Seumur Hidup
Anda boleh terus mendapatkan nasihat, panduan dan pertanyaan bersama tenaga pengajar anda secara percuma seumur hidup anda.KELAS KRAF KREATIF TERKINI
Bengkel Hiasan Bantal Manik 3D
Kursus Kraf Kreatif Hiasan Bantal Manik 3D telah diadakan selama 4 hari di Hotel Naza Talyya, Melaka. Kursus Kraf Kreatif ini telah dikendalikan oleh Akademi Latihan Sri Classic. Pengasas Akademi Latihan Sri Classic, iaitu Puan Syahida bte Ramli yang juga merupakan Panel Persijilan NOSS Kemahiran Malaysia dan Panel MARA Malaysia, telah mengendalikan proses perjalanan kursus tersebut.
KELAS KRAF KREATIF TERKINI
Bengkel Kraf Bunga Sabun Bersama JPW
Kursus Bengkel Kraf Kreatif Bunga Sabun anjuran Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Melaka telah diadakanselama sehari bertempat di Rumah Nur, Melaka. Kursus Bengkel Kraf Kreatif ini telah dihadiri lebih 30 orang peserta. Kursus ini dikendalikan sepenuhnya oleh Akademi Latihan Sri Classic. Pengasas Akademi Latihan Sri Classic, iaitu Puan Syahida bte Ramli merupkan tenaga pengajar yang telah mengendalikan modul di dalam kursus tersebut.
JOM BOOKING BENGKEL KRAF KREATIF KAMI
Hubungi & Daftar Sekarang
Hubungi kami pada hari ini untuk menempah tempat anda dalam bengkel kraf kreatif kendalian kami. Kami berbesar hati menawarkan 2 jenis perkhidmatan. Sama ada bengkel secara jemputan atau secara personal coaching.