Kelas & Bengkel Sulaman Kerawang Akademi Sri Classic
BENGKEL SULAMAN KERAWANG
Belajar Bengkel Sulaman Kerawang Secara Interaktif Bersama Akademi Latihan Sri Classic Hari Ini.
KEUTAMAAN #1 KAMI ADALAH
Belajar Mengikut Tahap Sulaman Mesin
Keutamaan #1 kami adalah anda, peserta bengkel sulaman kerawang kami. Kami percaya dengan perkhidmatan kami dan memberikan servis rundingan dalam standard tertinggi. Kami sangat mengambil berat tentang kejayaan peserta kami seperti yang anda inginkan pada diri anda. Untuk memastikan anda benar-benar menguasi kemahiran sulaman ayak kerawang ini, kami telah sediakan 3 tahap untuk anda pelajari.
Konsep Pembelajaran Akademi Latihan Kami.
BELAJAR MAHIR & KUASAI
Bengkel sulaman kerawang kendalian Akademi Sri Classic mendukung 3 konsep pembelajaran iaitu belajar, mahir & kuasai. Ini bermakna, anda bukan sahaja sekadar belajar tetapi kami akan memastikan anda mahir dan menguasai setiap teknik menyulam ayak mesin yang dipelajari. Untuk memastikan penguasaan anda dalam kemahiran sulaman kerawang ini adalah 100%, maka kami berikan khidmat rundingan selepas kursus percuma seumur hidup anda. Segala kemusykilan anda akan dijawab terus oleh pengasas akademi kami sendiri.
Tahap & Level Sulam Ayak
BENGKEL SULAMAN KERAWANG TERKINI
Kami telah merangka dan menyusun modul bengkel sulaman kerawang kami berdasarkan tahap dan level anda. Ini bagi memastikan anda benar-benar menguasai kemahiran mengayak sulaman mesin ini. Untuk pengetahuan anda, kemahiran sulaman mesin ini bukanlah seperti kemahiran sulaman dan jahitan yang lain. Di mana, ia tidak boleh dikuasai selepas sekali anda melakukannya. Oleh kerana itulah, modul bengkel sulaman kerawang kami ini disusun mengikut tahap dan level anda.
Bengkel Sulaman Mesin – Tahap 1
Dalam modul ini, anda akan mempelajari dan menguasai teknik-teknik asas sulaman mesin terlebih dahulu. Sulaman mesin pada kelas ini akan lebih tertumpu kepada sulaman biku.
Bengkel Sulaman Mesin – Tahap 2
Dalam bengkel sulaman mesin tahap 2 ini, anda akan mempelajari sulaman-sulaman motif bungaan dan juga motif kerawang. Terdapat pelbagai kaedah menyulam ayak mesin akan diajar di dalam bengkel ini. Bermula dari menyulam ayak bunga, menyulam motif kerawang, hingga ke tebuk kerawang.
Bengkel Sulaman Mesin – Lanjutan
Dalam bengkel sulaman mesin lanjutan ini, anda akan mempelajari beberapa kaedah menyulam mesin yang lebih advanced, seperti kaedah atas benang, kaedah bunga baldu, sulam serat timbul, bunga lapis dan sebagainya. Tahap ini sesuai untuk anda memperkemaskan lagi kemahiran sulaman mesin anda ke tahap yang lebih tinggi.
Modul Sulam Ayak Kerawang Akademi Latihan Kami.
TEKNIK & MODUL
Ciri-Ciri Bengkel Sulam Ayak Kerawang Kami
KEISTIMEWAAN & KEUNIKAN
Interaktif
Setiap sesi bengkel dikendalikan secara interaktifBengkel Interaktif
Untuk pembelajaran lebih seronok, pemahaman lebih mudah, dan penguasaan lebih pantas.Santai
Sesi Latihan Kami Dikendalikan Secara Santai.Belajar Santai
Tiada stress atau stress sifar bagi setiap peserta.Tanpa Asas Jahitan
Belajar Bengkel Kami Tanpa Perlu Asas Jahitan.Tanpa Asas Jahitan
Anda tidak perlu asas jahitan untuk mengikuti bengkel latihan kami.Nota Berwarna
Kesemua Nota Bengkel Kami Didatangkan Dengan FULL COLOR.Nota Warna Penuh
Memudahkan rujukan anda, memberikan gambaran lebih jelas & menjadi koleksi simpanan anda.Sijil
Sijil Akan Dikeluarkan Kepada Setiap Peserta Di Akhir Kursus.Sijil Diiktiraf
Sebagai Panel Pakar Runding yang berdaftar, anda tidak perlu ragu dengan sijil keluaran kami.Konsultasi Percuma
Khdimat rundingan percuma selepas bengkel.Rundingan Seumur Hidup
Anda boleh terus mendapatkan nasihat, panduan dan pertanyaan bersama tenaga pengajar anda secara percuma seumur hidup anda.KELAS SULAMAN MESIN TERKINI
Bengkel Sulaman Kerawang Bersama Kolej Komuniti Sabak Bernam
Kursus Sulaman Kerawang Mesin telah diadakan selama 3 hari bertempat di Pusat Latihan Akademi Sri Classic, Melaka. Bengkel sulaman kerawang mesin ini telah dikendalikan oleh Akademi Latihan Sri Classic. Seramai 6 orang pensyarah daripada Kolej Komuniti Sabak Bernam telah hadir untuk mengikuti bengkel tersebut. Pengasas Akademi Latihan Sri Classic, iaitu Puan Syahida bte Ramli yang juga merupakan Panel Persijilan NOSS Kemahiran Malaysia dan Panel MARA Malaysia, telah mengendalikan kursus tersebut.
JOM BOOKING BENGKEL SULAM KERAWANG KAMI
Hubungi & Daftar Sekarang
Hubungi kami pada hari ini untuk menempah tempat anda dalam bengkel sulam kerawang kendalian kami. Kami berbesar hati menawarkan 2 jenis perkhidmatan. Sama ada bengkel secara jemputan atau secara personal coaching.